“Kita Mesti Menilai Seorang Itu Waktu Dia Ada Kuasa, Jangan Waktu Dia Tidak Ada..." - PM Najib

“Kita Mesti Menilai Seorang Itu Waktu Dia Ada Kuasa, Jangan Waktu Dia Tidak Ada..." - PM Najib


YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengingatkan rakyat  agar menilai seseorang pemimpin itu ketika mereka sedang berkuasa.

Walaupun tidak menyebut  nama sesiapa semasa  berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO bahagian Sik Sabtu lepas namun semua orang tahu siapa pemimpin berkenaan yang Perdana Menteri maksudkan itu

“Kita mesti menilai seorang itu waktu dia ada kuasa. Jangan waktu dia tidak ada..." kata Najib yang juga Presiden UMNO.


 “Waktu dia ada kuasa apa dia buat?...Masa ada kuasa hari minggu dia balik Kuala Lumpur…hari Khamis balik Kuala Lumpur…hari Jumaat balik Kuala Lumpur...hari Ahad mai balik…London pun pi selalu..

“Macam mana…saya pun pernah jadi Menteri Besar…hari minggulah kita jumpa rakyat…nak tahu susah keluh-kesah…penderitaan rakyat, orang kampung..mereka yang toreh getah..pesawah dan lain-lain",  ujar Perdana Menteri.

 Menurut belaiu orang politik sebenarnya tidak ada waktu rehat mereka.

Beliau merujuk kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang kini memimpin parti pembangkang, PPBM bersama bapanya Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Gelagat Mukhriz itu dikatakan mencetuskan rungutan di kalangan orang politik sehingga sukar untuk membuat temujanji dengannya dan banyak program parti tergendala.

Ini jauh berbeza dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri lain yang duduk menetap bersama keluarga di negeri mereka tabir.

 Namun bila hilang jawatan Menteri Besar dan menyertai pembangkang Mukhriz masuk kampung dan berjanji berbagai macam-macam perkara yang hendak dibuat jika pembangkang menang.


Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi turut membangkit perkara yang sama  semasa merasmikan Persidangan  Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar  pada 5 Ogos lalu

Menurut Zahid, Menteri Besar Kedah sepatutnya orang yang sentiasa berada di Kedah dan
mengambil peduli tentang hal masyarakat dan ahli UMNO di Kedah.

“Tidak ada sejarah Menteri Besar atau Ketua Menteri yang tidak duduk di negeri itu...tidak berumah tangga di situ…tidak ada…kecuali seorang saja (Mukhriz) dalam sejarah politik Malaysia.

‘Itu pun rakyat Kedah boleh terima…itupun rakyat Kedah boleh bertoleransi…tetapi janganlah ulangi kesilapan itu,”katanya Zahid.


Mukhriz diminta melepaskan jawatan Menteri Besar awal tahun 2016 setelah beliau hilang kepercayaan oleh ADUN BN dan pemimpin UMNO bahagian di negeri ini.

Selepas  dipecat dari UMNO kerana menyerang kempimpinan parti, Mukhriz  bersama bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  menubuhkan PPBM, parti  diilhamkan oleh Dr. Mahathir dan bekerjasama dengan pakatan pembangkang yang diketuai DAP bagi menjatuhkan Perdana Menteri dan mengambil alih teraju pentadbiran Putrajaya.
Malaysia Diiktiraf Dunia, Tiada Sebab Tukar Kerajaan - PM Najib

Malaysia Diiktiraf Dunia, Tiada Sebab Tukar Kerajaan - PM Najib



SIK - Pengiktirafan yang diberi terhadap Malaysia oleh pelbagai pihak, termasuk dari negara lain, membuktikan pembangunan negara berada di landasan yang tepat, dan oleh sebab itu, kerajaan yang ada perlu dipertahankan.


YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cubaan pembangkang untuk menghasut rakyat kononnya kerajaan yang ada kini perlu ditukar, adalah gambaran tidak tepat dan rakyat perlu menolak cita-cita besar pembangkang itu.


Beliau berkata Malaysia kini mendapat pengiktirafan pelbagai pihak seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan agensi penarafan kredit iaitu Fitch serta Standard and Poor, adalah atas kekukuhan ekonomi negara yang kini di kedudukan 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini iaitu antara yang tertinggi di peringkat global.

"Selain itu negara juga mendapat pengiktrafan daripada ulama tersohor Tunisia, Sheikh Rashid Al Ghannushi yang menyatakan Malaysia adalah gambaran dan imej Islam sebenar di dunia," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sik di sini, hari ini.



Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, YB Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ketua UMNO Bahagian Sik, YB Datuk Tajuddin Abdullah dan Ketua UMNO Bahagian Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.


Presiden UMNO berkata Sheikh Rashid yang mengetuai parti terbesar di Tunisia itu dalam temuramah sebuah stesen televisyen Arab Saudi telah menyebut mengenai imej dan gambaran Islam di Malaysia adalah antara yang terbaik dunia.


"Selain itu, hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi melalui Raja Salman (Abdulaziz al-Saud) sehingga negara mendapat tambahan kuota teristimewa jemaah haji negara dan kelebihan cop pasport di Malaysia dan tidak perlu berbuat demikian lagi di Jeddah ketika musim haji," katanya.

Najib berkata tidak ada negara lain yang mendapat keistimewaan tersebut dan beliau berharap keistimewaan berkenaan juga dapat dibenarkan ketika melakukan umrah di Tanah Suci.


Sehubungan itu, beliau berkata tiada sebab pembangkang cuba menghasut rakyat untuk menukar kerajaan sedangkan mereka juga bermasalah dan tidak mungkin mampu melakukan seperti apa yang dilakukan kerajaan sekarang.

Beliau juga menyelar pemimpin pembangkang kerana bersungguh-sungguh kononnya untuk membuat pembaharuan sedangkan ada kalangan mereka yang pernah menjadi menteri besar gagal berbuat demikian ketika diberi kuasa.

"Bila hujung minggu dia balik Kuala Lumpur. Sepatutnya hari hujung minggu itulah waktu bertemu rakyat. Jumpa dan dampingi rakyat. Nak tahu keluh kesah orang kampung, penoreh getah dan pesawah padi. Hari minggulah kita buat kerja.


"Saya hari minggu pun kerja. Saya jaga kawasan. Kita sebagai wakil rakyat kena kerja. Waktu jadi wakil rakyat mana-mana pemimpin pun tak hebat tanpa sokongan orang bawahan," katanya.

Najib yang menggunakan analogi pasukan bola sepak mahukan seluruh anggota UMNO agar bekerja sebagai satu pasukan kerana jika sedikit kesilapan berlaku sama ada sengaja atau tidak boleh menyebabkan kekalahan kepada parti.

"Hantaran bola yang cantik dan tepat boleh jaringkan gol tetapi kalau pertahanan buat silap, gol kita boleh bolos," katanya yang mengambil contoh perlawanan bola sepak Malaysia menentang Myanmar di Sukan SEA Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kepada penduduk Sik, Najib mahu mereka agar terus memilih UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 akan datang agar kemajuan yang dirancang akan dapat terus dilaksanakan.

"Jangan ulangi sejarah dahulu yang Sik berada dalam kegelapan sehingga UMNO dan BN membawa perubahan terhadap daerah ini," katanya.


Perdana Menteri berkata parti lain terutama DAP tidak mungkin akan menolong penduduk Islam dan Bumiputera jika parti itu memerintah dan beliau yakin rakyat bijak menilai parti manakah yang mampu membela mereka.

"Tanya orang PAS mereka dah serik dan tidak mahu tengok wajah pemimpin DAP tetapi ada bekas pemimpin kita yang sanggup bersekongkol dengan DAP," tegas Najib.









YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kemudiannya merasmikan Kompleks Sukan Perdana di sini yang menelan belanja RM7 juta.

Kompleks berkenaan mengandungi tiga komponen iaitu mini stadium, dewan dan gimnasium untuk kegunaan rakyat daerah ini.

Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk program ?touch point' membaiki rumah penduduk di daerah ini.

Najib juga bersetuju supaya diasingkan Pejabat Pendidikan Daerah bagi Baling dan Sik yang kini diletakkan dalam satu pengurusan, berkemungkinan dilaksanakan pada tahun depan.
Tiada Guna Bergantung Kepada Parti Yang Berteraskan Dendam & Kekecewaan

Tiada Guna Bergantung Kepada Parti Yang Berteraskan Dendam & Kekecewaan

Image result for ADUN PEDU

KUALA NERANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu, YB Kama Noriah Ibrahim berkata UMNO tidak pernah mengambil mudah kempen pakatan pembangkang terutamanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kini semakin aktif memanipulasi isu, menyemai perasaan benci serta mengelirukan rakyat terhadap parti yang pernah mereka naungi.

Menurutnya, jentera parti Barisan Nasional (BN) dan UMNO juga tidak pernah memandang remeh kewujudan parti baharu dalam Pakatan Harapan itu yang mana pengasasnya berasal dari Kedah termasuklah bekas menteri besar (MB) dari negeri itu sendiri, Datuk Mukhriz Mahathir.

“Hakikatnya PPBM ini ditubuhkan golongan kecewa dan serpihan UMNO, bukanlah sebuah organisasi yang bersandarkan kepada perjuangan namun lebih untuk menyemai rasa benci dan dendam peribadi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Asas penubuhan parti itu juga tidak boleh dijadikan sandaran oleh rakyat yang dahagakan agenda pembelaan tetapi sekadar menguntungkan segelintir kumpulan semata-mata,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambahnya, beliau yakin BN mampu mengekalkan kemenangan di negeri Jelapang Padi itu malah dengan majoriti yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.


“Kita dapat lihat kepimpinan negeri di bawah era Datuk Seri Ahmad Bashah sebagai MB.. kerja berpasukan kita lebih tersusun dan lebih praktikal. Jadi saya yakin, BN mampu mempertahankan Kedah malah bukan itu sahaja, kita akan menang dengan majoriti lebih besar.

“Namun saya akui, PRU akan datang adalah PRU yang amat mencabar tetapi kami tidak pernah beranggapan mana-mana pilihan raya adalah mudah.

“Tidak ada jalan mudah untuk menang. Kerja keras dan bersatu adalah kuncinya, kerana itu kami khususnya di Padang Terap sentiasa menjaga momentum untuk berhadapan dengan PRU, kerana itu jugalah kami tidak pernah memandang remeh kewujudan PPBM ini,” tegasnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyokong penuh saranan Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang mahu sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita dari BN bertanding dalam PRU14 akan datang.

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Padang Terap menyifatkan bahawa Wanita UMNO mahupun Wanita BN akan tetap menjadi tulang belakang parti.

“Hakikatnya, Wanita UMNO hari ini terus berada dalam keadaan siap-siaga dan sedang memperkemaskan gerak kerja Jalinan Rakyat dan Jalinan Rakyat Plus untuk menghadapi PRU14 kelak.

“Pada bila-bila masa pun pilihan raya diadakan, kita sudah bersedia untuk menghadapinya. Selama ini, kita telah melakukan semua yang termampu untuk membela rakyat,” tambahnya. 
Tun M Perlu Bertanggung Jawab Atas Tragedi Memali

Tun M Perlu Bertanggung Jawab Atas Tragedi Memali


Cadangan sesetengah pihak supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat semula ‘Tragedi Memali’ bakal merungkai pihak bertanggungjawab ke atas tragedi itu.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata perkara itu kini menjadi hangat dikalangan masyarakat susulan terdapat fakta bercanggah yang tidak dipastikan kebenarannya.

Related image

“Kita menyokong diwujudkan RCI bagi menyiasat tragedi Memali yang berlaku pada 19 November 1985.

“Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu wajar bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kejadian ini atas sebab-sebab yang kukuh,” lapor Astro AWANI, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata kerajaan bersedia menubuhkan suruhanjaya itu sekiranya terdapat permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa.

Image result for mahathir dan memali


Dalam peristiwa di Baling itu, sekurang-kurangnya 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi bagi menahan Ibrahim Mahmud atau dikenali Ibrahim Libya.

Dalam pada itu, Shaiful berkata persoalan sebenar berkenaan tragedi itu perlu dijawab oleh bekas perdana menteri ke empat itu.

“Ia juga ‘dosa berzaman’ Dr Mahathir kepada warga Memali, rakyat Kedah khsususnya dan warga Malaysia amnya.

“Dengan merungkai persoalan ini secara jelas maka barulah Dr Mahathir dan PPBM layak untuk bercakap soal menerajui negeri jelapang padi.,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dilaporkan berkata cadangan menubuhkan RCI tragedi Memali bukan untuk menganiya sesiapa.
Rakyat Kedah Diingatkan Jangan Ulangi Kesilapan - Ahmad Bashah

Rakyat Kedah Diingatkan Jangan Ulangi Kesilapan - Ahmad Bashah


Rakyat Kedah diingatkan supaya tidak melakukan kesilapan dengan memberi kepercayaan kepada pihak pembangkang untuk menerajui negeri, kata YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah berkata kesilapan itu boleh menyebabkan rakyat sengsara dengan janji-janji kosong yang telah ditaburkan oleh parti pembangkang.

"Lihat sahaja apa yang jadi di Parlimen Pokok Sena bila pihak pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini.. semua yang dijanjikan tak kemana.


"Jadi jangan buat silap lagi.. Kalau mereka (pembangkang) menang, kita takut nanti dalam tempoh lima tahun lagi masyarakat Pokok Sena akan terus sengsara," katanya semasa berucap di Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pokok Sena di sini, hari ini.

Pada PRU13, kerusi Parlimen Pokok Sena telah dimenangi oleh wakil PAS, Datuk Mahfuz Omar manakala Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada dimenangi YB Datuk Ahmad Lebai Sudin (BN) dan DUN Bukit Pinang dimenangi wakil PAS, Romani Wan Salim.

Ahmad Bashah berkata kesilapan memberi pihak pembangkang memerintah juga boleh menyebabkan sesuatu bahagian itu kehilangan peruntukan yang besar daripada Kerajaan Persekutuan untuk kerja-kerja melaksanakan pembangunan.

“Di Parlimen Pokok Sena sahaja kita hilang RM30 juta setahun dan ini menyebabkan kerja-kerja pembangunan dan perancangan yang ingin dilaksanakan tergendala. Sebelum dipilih, macam-macam janji yang rakyat dengar tetapi alih-alih tiada perubahan dan kemajuan.

“Jangan kerana janji-janji yang mereka taburkan, rakyat salah buat pilihan walhal UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mendengar keluh kesah rakyat walaupun berlainan kefahaman politik,” katanya.

Katanya, beliau yakin UMNO mampu memberikan yang terbaik buat masyarakat Pokok Sena sekiranya kawasan itu mampu dimenangi semula pada PRU akan datang.

 
Usul PAS Mahu RCI Isu Memali, MB Kedah Serah Kepada Kerajaan Pusat

Usul PAS Mahu RCI Isu Memali, MB Kedah Serah Kepada Kerajaan Pusat


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah menyerahkan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat untuk memutuskan tentang keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) atau tidak berhubung isu tradegi Memali yang berlaku di negeri ini pada 1985.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, isu berkenaan adalah terletak kepada kuasa budi bicara Kerajaan Pusat untuk membuat keputusan.

"Yang itu kita serah kepada budi bicara Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan.

"Isu itu adalah isu di peringkat nasional. Jika ada keperluan, mungkin bolehlah dipertimbangkan. Itupun kalau ada keperluanlah. Kalau perlu, kalau tak perlu, maka tak perlulah," kata beliau kepada Kedahnews.com, di sini hari ini.

Ahmad Bashah berkata demikian ketika mengulas mengenai permintaan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang mahu pihak Kerajaan menubuhkan RCI terhadap kes Memali yang kembali hangat diperkatakan, baru-baru ini.

Isu tragedi Memali kembali menjadi bualan hangat selepas insiden "Nothing To Hide 2.0" yang menyaksikan kekecohan berlaku di program berkenaan ekoran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diajukan persoalan berkaitan isu berdarah tersebut.

Menerusi laporan media, Mahathir telah dibaling dengan beberapa objek seperti selipar dan botol air, selain kerusi yang dikatakan "melayang" di dalam kekecohan yang tercetus ketika itu.

Rentetan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan susulan menyindir Mahathir sebagai gagal menjawab soalan yang dikemukakan sehingga menaikkan kemarahan pihak tertentu berhubung isu Memali.
Menteri Besar Ucap Tahniah Kepada Speaker Dun Kedah

Menteri Besar Ucap Tahniah Kepada Speaker Dun Kedah


ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengucapkan tahniah kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Datuk Md Rozai Sapian atas kebijaksaan beliau mengendalikan sepanjang Persidangan Dun Kali Ke-5.

Mengulas mengenai perjalanan Sidang Dun kali ini, Ahmad Bashah berkata, Speaker Dun yang berpengalaman itu berjaya mengawal sidang dewan dengan baik dan mengetengahkan pelbagai soalan membabitkan kepentingan negeri dan rakyat Kedah.

"Tahniah saya ucapkan kepada Speaker Dun, Datuk Md Rozai Sapian. Beliau berjaya mengawal perjalanan Sidang Dun kali ini dengan baik dan berkesan.

"Saya tengok di sidang Dun negeri lain agak hangat, tapi kita di sini berlangsung dengan keadaan harmoni dan baik. Walaupun kita ada Adun pembangkang yang agak ramai, 16 orang, tapi agak tertib.

"Kalau ada pun, hanya seorang dua saja yang agak lantang sikit, itu hak merekalah. Biasalah, kalau kita di tempat pembangkang pun kita mungkin lebih kurang begitu juga," kata Ahmad Bashah kepada Kedahnews.com, di sini hari ini.

Kata Menteri Besar, sesi penggulungan Exco-Exco Kerajaan Negeri pada sidang Dun Kedah kali ini lebih terbuka berbanding biasa di mana Speaker Dun turut memberi ruang kepada pihak pembangkang untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang isu berbangkit.

Jelas beliau, sesi penggulungan persidangan kali ini turut disusuli dengan pencerahan dari Exco-Exco Kerajaan Negeri dan pendekatan itu dilihat mampu memberi penjelasan lanjut kepada semua pihak di dalam dewan.

"Selalunya sesi penggulungan adalah giliran Exco beri penjelasan, tapi kalau ada lagi pencerahan maka ia menunjukkan Exco kita adil dan saksama demi kepentingan rakyat dan negeri dengan memberikan penjelasan lebih lanjut," kata beliau.

Selain itu, Ahmad Bashah menjelaskan bahawa tempoh sidang Dun Kedah juga adalah normal dan sama seperti persidangan Dun di negeri lain yang hanya mengambil masa kira-kira tiga hingga empat hari.

Beliau berkata, selalunya hanya persidangan Dun yang melibatkan pembentangan Bajet Negeri sahaja yang akan memakan masa hingga empat hari.

"Tapi sidang Dun kali ini pun kita berlangsung hingga empat hari walau tiada pembentangan Bajet. Jadi tidak timbullah pertikaian tentang masa singkat dan sebagainya," kata Menteri Besar itu.

Difahamkan, bahawa segelintir Adun Pembangkang mendakwa kononnya tempoh persidangan Dun kali ini agak singkat dan tidak dapat mengemukakan soalan lebih banyak di dalam dewan.
Dasar Kerajaan Bukan Punca Kilang Industri Ditutup - Ku Rahman

Dasar Kerajaan Bukan Punca Kilang Industri Ditutup - Ku Rahman



Penutupan kilang di kawasan TamanTeknologi Kulim (KHTP) dan tempat lain di negeri ini tidak ada kaitan dengan dasar-dasar kerajaan tetapi keputusan komersial oleh syarikat pihak yang membuat pelaburan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Negeri, YB Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata keputusan itu juga bukan disebabkan faktor gaji minimum yang diterima oleh pekerja.

"Dasar kerajaan kita adalah mesra pelabur dan sentiasa menjaga pelabur yang ada untuk menarik pelaburan baharu selain usaha yang dibuat oleh Kementerian Perdagangan Luar Negeri dan MIDA," kata Ku Abdul Rahman.

Menjawab pertanyaan Dr. R. Krishnamoorthy - PKR-Bukit Selambau, Ku Abdul Rahman memberitahu, sepanjang tahun lepas negeri ini menerima pelaburan berjumlah RM2.13 bilion.


Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Kemajuan Luar Bandar dan Pembasmi Kemiskinan negeri, YB Datuk Mohd Tajudin Abdullah memberitahu dewan, sebanyak RM202 juta diperuntukkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di negeri ini pada 2017.

Daripada peruntukan 'rolling plan' RM202 juta itu, 20 peratus telah dibelanjakan sementara 82 peratus daripada RM168 juta peruntukan pada 2016 telah digunakan untuk projek pembangunan rakyat di luar bandar, kata Tajuddin menjawab pertanyaan YB Ali Yahaya -BN- Pantai Merdeka.
Kerajaan Kedah Bercadang Mempermudahkan Proses Pendaftaran Perkahwinan Rentas Sempadan - Mohd Rawi

Kerajaan Kedah Bercadang Mempermudahkan Proses Pendaftaran Perkahwinan Rentas Sempadan - Mohd Rawi



Kerajaan Kedah bercadang mempermudahkan proses pendaftaran perkahwinan rentas sempadan menerusi denda minimum antara RM300 hingga RM400 kepada pasangan terbabit, berbanding RM3,000 sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan serta Kerja Raya negeri, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid, berkata ia bertujuan mengelak pasangan tidak mendaftarkan perkahwinan, sekali gus menyebabkan hak isteri dan anak terabai.

Beliau berkata, usaha itu sudah dirancang dengan beberapa pihak berkaitan seperti Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan Mahkamah Syariah Kedah bagi melancarkan proses pendaftaran.


Katanya, rancangan itu turut juga merujuk usaha dianjurkan Selangor menerusi program Jom Daftar Nikah selama empat bulan bermula bulan ini.

"Kita akan memberi tumpuan kepada suami isteri yang sudah mempunyai anak. Kita mahu memastikan isteri memperoleh sijil nikah sah dan anak mendapat kad pengenalan kerana ketiadaan dua dokumen terbabit akan menyukarkan pelbagai urusan.

"Pelaksanaan proses pendaftaran perkahwinan rentas sempadan dijangka dilaksanakan seawal bulan depan selepas beberapa rancangan dan prosedur diperkemaskan supaya matlamat kita tercapai.

"Perbincangan sudah dilakukan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Suraya Yaacob yang membolehkan lagi proses dipermudahkan," katanya di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Md Zuki Yusof (PAS-Kuala Ketil) yang mahu mengetahui langkah kerajaan negeri membantu keluarga yang tidak mendaftar perkahwinan sehingga menjejaskan hak isteri dan anak.

Mohd Rawi berkata, pihaknya sudah menyiapkan risalah mengenai perkara itu untuk meminta mereka yang gagal mendaftar supaya tampil bagi menyelesaikan status pernikahan mereka dengan cara mudah.

Katanya, risalah terbabit menerangkan secara ringkas langkah yang perlu dilakukan serta menjelaskan masalah yang boleh berlaku ke atas masa depan keluarga dan pendidikan anak sekiranya gagal mendaftar.

"Kita dapati masalah boleh timbul apabila perkahwinan tidak didaftar kerana wanita tidak memiliki hak sebagai isteri sah, termasuk untuk membuat tuntutan selepas perceraian atau kematian.

"Anak pula menghadapi masalah dari sudut pendidikan, nafkah, isu kesihatan dan kewarganegaraan.

"Ini bukan menggalakkan orang ramai berkahwin di sempadan tetapi kita mahu pastikan mereka yang sudah lama berkahwin tetapi gagal mendaftar, dapat berbuat demikian bagi memudahkan masa depan keluarga masing-masing," katanya.
Masaalah Pengeluaran Visa Dari Kerajaan Arab Saudi Punca Jemaah Terkandas - Jamil Khir

Masaalah Pengeluaran Visa Dari Kerajaan Arab Saudi Punca Jemaah Terkandas - Jamil Khir


KODIANG: Orang ramai dinasihat tidak terpedaya dengan berita yang tersebar kononnya Tabung Haji bankrap sehingga menyebabkan ada jemaah haji terkandas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata berita itu tidak benar kerana isu jemaah haji terkandas berpunca daripada masalah pengeluaran visa oleh kerajaan Arab Saudi.

"Saya dihubungi beberapa individu yang bertanyakan betul atau tidak jemaah yang terkandas kerana Tabung Haji bankrap disebabkan tidak mampu nak membeli tiket kapal terbang.

"Ini tidak benar... isu visa dapat atau tidak bergantung kepada pihak Arab Saudi. Jadi orang ramai perlu hentikan dakwaan ini," katanya ketika berucap merasmikan cawangan Bank Islam ke-147 di Pekan Kodiang, di sini, hari ini.

Pembukaan Bank Islam di Kodiang menjadikan jumlah keseluruhan 12 bank itu di Kedah, dengan keseluruhan 27 cawangan di wilayah utara.

Pada majlis itu, pesara guru, Ab Razak Musa, 61, memperoleh 'durian runtuh' apabila diumum pemenang cabutan bertuah RM1 juta melalui simpanan akaun Al-Awfar.

Mengulas lanjut isu jemaah haji terkandas, Jamil Khir berkata sehingga kini hanya seorang yang masih mengalami masalah itu dan pihaknya yakin ia dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

"Daripada 1,400 orang yang berdepan masalah itu, hanya seorang jemaah haji yang masih terkandas. Jumlah yang terkandas sebenarnya tidak ramai, tetapi kerana individu yang terkandas saling berkaitan jadi kes berkenaan nampak seperti besar.

"Ada kes suami yang terkandas, jadi isterinya tidak mahu pergi... ada pula kes hingga membabitkan lapan individu kerana mereka saudara mara," katanya. 
Sekolah Agama Persendirian Perlu Imbangi Akademik Dan Kokurikulum - Jamil Khir

Sekolah Agama Persendirian Perlu Imbangi Akademik Dan Kokurikulum - Jamil Khir


YAN: Pengurusan sekolah aliran agama persendirian disaran mengimbangi silibus pendidikan akademik dan kokurikulum bagi memberi nilai tambah kepada pelajar aliran itu apabila memasuki pasaran pekerjaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pembabitan pelajar sekolah agama dalam bidang kokurikulum bukan saja memberi manfaat kepada mereka sendiri, malah kepada negara jika terpilih mewakili negara.

"Kita akui kekangan dihadapi pihak pengurusan sekolah agama dari aspek kawasan yang terhad... ada sekolah yang tiada padang dan dewan permainan menyebabkan mereka sukar untuk melakukan aktiviti sukan, sekali gus kokurikulum tidak menjadi subjek tumpuan.

"Di peringkat kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kita anjurkan sukan di peringkat sekolah termasuk di peringkat kebangsaan untuk sekolah agama.

"Kita juga adakan sukan di peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) yang boleh dijadikan sebagai landasan untuk pelajar dalam aliran ini mempamerkan bakat mereka dalam acara sukan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyampaian bantuan kepada Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan sekolah pondok bagi Zon Utara di Pejabat Agama Yan di sini, hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak RM10.18 juta bantuan diagihkan kepada 26 SMAR dan 18 sekolah pondok di Kedah, manakala RM2.39 juta diberikan kepada tujuh SMAR dan empat sekolah pondok dari Pulau Pinang.

Turut hadir, Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha dan Mufti Negeri Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang.

Jamil Khir berkata nilai sumbangan yang diberikan kepada penerima berbeza berdasarkan bilangan pelajar sekolah masing-masing.

Syarat untuk mendapat bantuan adalah sekolah perlu berdaftar di neg7eri masing-masing.

"Saya dapat tahu masih ada sekolah agama persendirian yang tidak berdaftar... alasannya saya tidak pasti, mungkin disebabkan mereka tidak prihatin atau sudah ada dana yang cukup untuk keperluan sekolah," katanya.
Sekolah Sebagai Hab Komuniti Masyarakat - Mahdzir Khalid

Sekolah Sebagai Hab Komuniti Masyarakat - Mahdzir Khalid


PADANG TERAP - Kerajaan memperuntukkan RM27.5 juta untuk melaksanakan Program My New School tahun ini, iaitu menaiktaraf kemudahan sekolah untuk manfaat masyarakat setempat.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata projek menerusi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu bertujuan menjadikan sekolah sebagai hab komuniti seperti mengadakan ceramah bahaya dadah atau tempat memeriksa dan menderma darah.

Beliau berkata, sehingga kini empat sekolah terpilih dengan masing-masing menerima dana RM5 juta dan peruntukan selebihnya dalam proses perbincangan.


Katanya, empat sekolah yang sudah menerima peruntukan itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Rawa di sini, SK Ulu Yam di Selangor, SK Selandar di Melaka dan SK Kampung Acheh di Pahang.

"Peruntukan RM7.5 juta lagi untuk disalurkan kepada empat lagi sekolah iaitu SK Dato' Klana Putra di Negeri Sembilan dan SK Pandasan di Sabah yang masing-masing membabitkan peruntukan RM3 juta.

"Sebanyak RM1 juta untuk pembangunan dewan di Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut dan kerja penyelenggaraan di SK Datin Fatimah di sini, dengan kos RM500,000," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Perasmian NBOS My New School di SK Datin Fatimah, di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Pendidikan Kedah, Datuk Azuyah Hassan dan Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Mastura Mohd Khalid.

Sempena program itu, PTPTN diwakili Mastura turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM12,000 kepada 240 pelajar SK Datin Fatimah bagi membolehkan mereka membuka akaun SSPN.

Mengulas lanjut mengenai program My New School, Mahdzir berkata, ideanya adalah untuk memaksimumkan penggunaan sumber sedia ada dengan kerjasama kementerian serta agensi lain.

Beliau berkata, sekolah daif yang terpilih dinaiktaraf melalui pembangunan fizikal membabitkan pembinaan infrastruktur menggunakan bahan mesra alam manakala tempoh siap juga singkat.

Katanya, sekolah dengan kemudahan terkini boleh dijadikan hab komuniti untuk mengadakan kegiatan kemasyarakatan, iaitu agensi kerajaan boleh mengadakan program dan memberi khidmat kepada rakyat.

"Sebagai contoh jika Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh mengadakan penerangan berkaitan jenayah dadah atau Kementerian Kesihatan pula mengadakan pemeriksaan darah dan kesihatan,"
Jemaah Haji Kedah Diingatkan Jaga Imej Negara - Sultan Kedah

Jemaah Haji Kedah Diingatkan Jaga Imej Negara - Sultan Kedah


DYMM Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, menasihatkan bakal jemaah haji dari negeri ini supaya menjaga nama baik Malaysia sepanjang berada di Tanah Suci.

Baginda bertitah, patuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan Kerajaan Arab Saudi supaya hubungan baik antara kerajaan Malaysia dengan Arab Saudi sentiasa terjaga.

"Jutaan umat Islam dari seluruh dunia akan berkumpul untuk menyerah diri kepada Allah. Ini juga mengajar umat Islam untuk bertoleransi dan berkasih sayang tanpa mengira warna kulit, adat dan budaya.


"Semua bakal jemaah perlu ambil iktibar haji dengan bersatu hati tanpa melihat perbezaan dan elak perbalahan demi kesejahteraan ummah.

"Peliharalah kelakuan kerana selama ini, jemaah dari Malaysia dipuji kerana baik dan berdisiplin. Bakal jemaah dari Kedah, patuhi arahan dan jangan libatkan diri dengan kegiatan haram yang boleh menjejas nama baik sendiri dan negara," titah baginda.

Baginda bertitah sempena majlis mengucapkan selamat jalan kepada seramai 287 jemaah haji dari Kedah, di sini, hari ini.


Titah ucapan baginda dibacakan oleh DYMM Raja Muda Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.

DYMM Raja Puan Muda Kedah, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff, turut berkenan hadir pada majlis berkenaan. 

Hadir sama, YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sultan Abdul Halim turut menitahkan jemaah supaya menjaga kesihatan sepanjang berada di Tanah Suci.


"Beta difahamkan cuaca kali ini sedikit panas, maka jika tidak rasa sihat, segeralah mendapatkan rawatan di klinik yang disediakan.

"Janganlah terlalu tumpu kepada ibadat tanpa mempedulikan kesihatan diri.

"Elakkan juga daripada melakukan pembaziran masa dengan perkara tidak berfaedah kerana ia boleh menganggu usaha mengejar haji mabrur.

"Penuhi masa terluang dengan memperbanyakkan amalan wajib dan sunat, zikir, membaca al-Quran dan solat," titah baginda.











Tuduhan Tidak Berasas Mengatakan Kedah Mengemis Ihsan Persekutuan - Ahmad Bashah

Tuduhan Tidak Berasas Mengatakan Kedah Mengemis Ihsan Persekutuan - Ahmad Bashah


YAB Menteri Besar, Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kerajaan negeri tidak pernah 'mengemis' ihsan kerajaan persekutuan untuk mendapatkan peruntukan bagi projek-projek mega yang dirancang di negeri ini.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat dipimpin YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mempunyai kebijaksanaan untuk menentukan keperluan rakyat secara adil termasuklah untuk Kedah.

"Saya tidak setuju kalau kata Kerajaan Kedah mengemis daripada Kerajaan Persekutuan, ...apa yang berlaku selama ini ialah saya bincang dan mohon, malah pelbagai peruntukan disalurkan (Kerajaan Persekutuan) bagi membantu Kedah.

"Selama ini, Perdana Menteri banyak membantu Kedah, malah negeri lain pun memerlukan bantuan Kerajaan Persekutuan, ...apa yang saya boleh tegaskan Perdana Menteri tidak pernah menghampakan kedah dan beliau amat membantu Kedah.

"Kementerian lain juga sentiasa bersedia membantu Kedah dengan pelbagai projek yang bernilai jutaan ringgit," katanya ditemui ketika sesi rehat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kritikan Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam ketika Sidang DUN Kedah bahawa kerajaan negeri terpaksa mengemis kepada Kerajaan Persekutuan bagi memperoleh peruntukan, biarpun kerap menjaja Kedah mempunyai hubungan baik dengan pusat.

Tegas Ahmad Bashah, YAB Perdana Menteri melayan semua negeri mengikut keperluan rakyat dengan mengambil kira yang mana perlu didahulukan.

"Sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan membantu kerajaan negeri, bantu untuk kepentingan rakyat maka bantuan tetap akan disalurkan.

"Justeru itu tidak perlulah membandingkan Kedah dengan negeri lain seperti Sarawak dengan mengatakan Kedah dapat peruntukan sikit, manakala Sarawak dapat banyak...ini kerana pelbagai eleman diambil kira Perdana Menteri dan itu budi bicara dan kebijaksanaan beliau.

"Mukhriz kerap memainkan isu terbabit sedangkan pada zaman beliau memerintah, beliau langsung tidak meminta peruntukan demi rakyat Kedah," jelas Ahmad Bashah. 
Bukti Kerajaan Dan UMNO Tidak Campur Tangan Kes Penahanan Isa Samad - Ahmad Bashah

Bukti Kerajaan Dan UMNO Tidak Campur Tangan Kes Penahanan Isa Samad - Ahmad Bashah


Penahanan Tan Sri Isa Samad oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan pembelian dua hotel di London dan Sarawak bukti ketelusan kerajaan dan UMNO.

YAB Menteri Besar, Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, parti dan kerajaan menyerahan kepada SPRM dan tidak sepatut diganggu oleh mana-mana pihak.

" Kita tidak patut campur tangan atau ganggu tugas pihak berkuasa yang menjalankan siasatan seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang di mana mereka buat perhimpunan di mahkamah apabila pemimpin mereka ditahan SPRM, "  kata Ahmad Bashah pada sidang media di Wisma Darulaman hari ini 
  
Beliau diminta mengulas mengenai penanahan Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang juga bekas Pengerusi Felda oleh (SPRM) di Putrajaya  semalam berhubung pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Mohd Isa ditahan kira-kira 4.30 petang semalam ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM di sini untuk memberi keterangan. 

Ahmad Bashah berkata lagi, penahanan Isa yang juga pemimpin UMNO bahagian tidak akan menjejaskan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam perkembangan lain, YAB Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah berpuas hati dengan perjalanan pada Sidang Dewan Undangan Negeri yang bermula Isnin dan berakhir Khamis.

Tidak banyak isu yang dibangkitkan, membuktikan ada permuafakatan antara ahli Dewan Undagan Negeri baik di pihak Barisan Nasional dan pembangkang, katanya lagi.

"Saya amat memerlukan cadangan semua ADUN untuk merancang pembangunan negeri ini dan berterima kasih kepada mereka kerana turut memberikan ideayang baik," katanya lagi.
Masih Dalam Perbincangan Dengan Persekutuan Mengenai Pampasan Tadahan Air Ulu Muda

Masih Dalam Perbincangan Dengan Persekutuan Mengenai Pampasan Tadahan Air Ulu Muda


Kerajaan negeri masih dalam perbincangan dengan kerajaan Persekutuan mengenai langkahnya untuk mendapatkan pampasan untuk memulihara kawasan tadahan air di rizab hutan Ulu Muda yang membekalkan air mentah untuk Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

YAB Menteri Besar, Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah berkata perkara itu masih dalam rundingan antara kedua-dua pihak, dengan jumlah pampasan belum diputuskan oleh kedua-dua belah pihak.

Ahmad Bashah menjelaskan bahawa pampasan itu adalah satu permintaan yang diminta oleh kerajaan negeri untuk menampung kos memulihara dan memulihkan kawasan tadahan air di hutan Ulu Muda. Ini untuk melindungi bekalan air mentah untuk Kedah dan negeri jirannya.

"Rundingan itu telah berlaku kadang-kadang dan pampasan itu bertujuan untuk menampung kos peluang yang hilang untuk memulihara hutan Ulu Muda supaya rakyat dan jiran kita memperolehi akses kepada bekalan air bersih," jelas Ahmad Bashah.

Tegas Ahmad Bashah bahawa langkah untuk mencari tanda itu tidak bermakna kerajaan negeri tidak mengiktiraf pembiayaan daripada kerajaan persekutuan ke Kedah.

"Kami banyak bergantung kepada dana dari kerajaan persekutuan, seperti projek penaiktarafan Lapangan Terbang Antarabangsa RM89 juta dan peruntukan RM208 juta untuk membina sebuah jeti baru di Kuala Kedah," jelas beliau..

Dilaporkan bahawa kerajaan negeri yang diterajui Pas telah menuntut pampasan RM100 juta daripada persekutuan untuk menampung kerugian kerana tidak meluluskan lesen pembalakan di hutan rizab Ulu Muda untuk melindungi tadahan air.

Mengenai perbincangan itu untuk mendapatkan bayaran dari kerajaan Pulau Pinang untuk menarik air dari hilir Sungai Muda di Seberang Perai, Ahmad Bashah berkata perbincangan diadakan di peringkat agensi, bukan antara kerajaan negeri.
Jeniang Transfer, Naok Tak Babitkan Penempatan Semula - EXCO Kedah

Jeniang Transfer, Naok Tak Babitkan Penempatan Semula - EXCO Kedah


Peruntukan lebih RM1 bilion untuk membangunkan projek Jeniang Transfer dan pembinaan empangan Naok di selatan Kedah, tidak membabitkan kos penempatan semula penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Suraya Yaacob, berkata bagaimanapun peruntukan itu meliputi kos pengambilan tanah penduduk.

"Dalam perancangan ini (Jeniang Transfer dan Naok) kita tak ada peruntukan untuk penempatan semula penduduk seperti projek empangan Beris (yang membabitkan penempatan semula penduduk).

"Peruntukan yang ada cuma untuk pengambilan tanah projek. Tanah yang diambil untuk projek ini akan dibayar oleh kerajaan. Maksudnya mereka (penduduk terjejas) beli sendiri (rumah).

Beliau berkata, seramai 150 penduduk terbabit dalam pengambilan tanah untuk projek itu meliputi dua kampung iaitu Kampung Kota Bukit dan Kampung Tala.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mahadzir Abdul Hamid (BN-Jeneri) ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, hari ini.

Projek Jeniang Transfer dan empangan Naok yang akan membabitkan kawasan sekitar Sik dan Pendang, dirangka bagi mengelak Kedah berdepan dengan masalah bekalan air menjelang 2025.

Mengenai kos projek, Suraya berkata anggaran asal kira-kira RM1 bilion kini semakin meningkat dan kajian sedang dilakukan untuk agar kos tidak terlalu tinggi.

"Tujuan utama sekarang ialah untuk guna air dari empangan Beris kerana sekarang ini kita tak boleh guna langsung. Kita hanya bawa air (empangan Beris) ke Sungai Muda banyak digunakan oleh Pulau Pinang.

"Kita ada kaji untuk keluarkan Naok daripada cadangan pembangunan dengan membawa terus air dari empangan Beris ke selatan MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda).

"Bagaimanapun kajian mendapati ia tak sesuai kerana ketiadaan kawasan tadahan (Naok) akan menyukarkan untuk kita hantar air sejauh 24 kilometer (km)," katanya.

INFO
Sasaran pengairan Jeniang Transfer dan Naok

34,000 hektar kawasan penanaman MADA

1,700 sawah di pinggiran MADA

Kawasan pertanian di sepanjang terusan dibina
Tambah Laluan Penerbangan Dan Naik Taraf LTAL Siap, Lonjak Pelancongan Langkawi - EXCO Kedah

Tambah Laluan Penerbangan Dan Naik Taraf LTAL Siap, Lonjak Pelancongan Langkawi - EXCO Kedah


Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) merancang menambah jumlah penerbangan terus ke Langkawi bagi meningkatkan jumlah pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Badan-Badan Kerajaan negeri, YB Datuk Tajul Urus Mat Zain, berkata LADA sudah berunding dengan tujuh syarikat penerbangan antarabangsa kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) hanya mempunyai dua penerbangan terus antarabangsa iaitu dari Singapura dan Guangzhou, China.


Katanya, syarikat terbabit ialah Scoot Airlines (Singapura), Happy Air (Thailand), Tuifly Airlines (Jerman), Finnair (Finland), Air India (India), Qatar Airways dan Emirates Airlines (Emiriah Arab Bersatu).

"AirAsia juga menambah laluan dari Shenzen (China) ke Langkawi sebanyak tiga kali seminggu bermula Khamis lalu.

"Penerbangan terus Langkawi-Kuching pula sebanyak empat kali seminggu," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Nor Saidi Nanyan (BN - Kuah) ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, di sini, hari ini.

Tajul Urus berkata, sehingga 31 Julai lalu penerbangan berjadual seminggu ke Langkawi adalah sebanyak 278 penerbangan membabitkan Malaysia Airlines, AirAsia, Malindo Air, Tiger Air, Firefly dan China Southern Airlines.

"Penerbangan sewa khas ke Langkawi meningkat daripada 24 pada 2013 kepada 77 pada tahun lalu, manakala tahun ini sehingga 31 Julai, Langkawi menerima sebanyak 23 penerbangan sewa khas," katanya.

Mengenai projek pembesaran LTAL yang membabitkan kos keseluruhan RM89 juta, Tajul Urus berkata, kerja naik taraf itu membabitkan tempoh 10 bulan melalui dua fasa dengan projek akan bermula pada 1 September ini.

"Fasa pertama membabitkan kerja pembesaran parkir yang memakan masa kurang dua bulan bermula 1 September ini, diikuti fasa kedua meliputi pembesaran balai ketibaan, tandas, terminal komersial, surau dan laluan kenderaan ke terminal utama.

"Projek (Fasa kedua) akan bermula pada 15 Oktober ini hingga 31 Ogos tahun depan," katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PPBM-Ayer Hitam), Tajul Urus menafikan kerajaan mengetepikan keselesaan pelancong ke Langkawi yang masuk ke pulau itu melalui jeti penumpang.

"Pada Mac lalu, kerajaan sudah diluluskan peruntukan RM208 juta untuk mengubahsuai dan menaik taraf jeti penumpang di Kuala Kedah bersama-sama jeti kargo untuk mengatasi isu kesesakan.

"Selain itu, Jabatan Laut Malaysia juga sudah meluluskan lesen untuk syarikat mengendalikan bot dan feri eksekutif," jelas Tajul Urus.
Usaha PKR, PPBM Tawan Kedah Pada PRU14 Tidak Akan Berjaya - Dato' Sabrina

Usaha PKR, PPBM Tawan Kedah Pada PRU14 Tidak Akan Berjaya - Dato' Sabrina

Image result for sabrina exco kedah

Exco Kedah, Datuk Noor Sabrina Mohd Noor menempelak usaha pembangkang mahu merampas negeri itu daripada Umno.

Mengulas strategi yang sedang disusun PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), beliau menyifatkan usaha itu akan gagal memandangkan dua parti itu tidak punya kata sepakat.

"Jika PPBM ada strategi dan calon MB, PKR pun ada strategi dan calon MB.

"Nampak sangat mereka tidak sepakat untuk membentuk kerajaan di Kedah," Jelas Sabrina.

Dua parti pembangkang itu dilaporkan sedang mengatur langkah menawan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, selepas PAS tidak lagi bersama dalam Pakatan Harapan (PH).

PAS sebelum ini pernah mentadbir Kedah menerusi Allahyarham Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

PKR sebelum ini memberitahu partinya akan bertanding sekurang-kurangnya di 16 kerusi DUN pada PRU14 akan datang.

Manakala PPBM, yang diwakili Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula menyatakan minat partinya untuk menawan Kedah.

PKR dan PPBM Kedah kini dilaporkan sedang sibuk mengadakan rundingan berkenaan kerusi supaya pertindihan dapat dielakkan.

Sabrina yang juga ADUN Bandar Baharu ketika mengulas lanjut berkata sukar untuk rundingan itu berjaya sementelah 'banyak kepala' dalam dua parti itu.

"Mereka nampaknya banyak nakhoda dalam satu kapal. Jika hendak menang Kedah, mereka kena ada satu pakatan yang kuat, iaitu antara PPBM, PKR dan lain-lain," katanya.

Malah mengulas strategi PKR untuk meletakkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sebagai calon menteri besar selepas PRU14, Sabrina mempersoal kredibiliti pemimpin parti berkenaan.

"Beliau dahulu orang Umno, sekarang menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani. Kita tak nampak apa yang dibuat Johari Abdul di Sungai Petani. Peruntukan Parlimen pun kita tak tahu apa yang dibuatnya, sumbangan kepada negeri pun tiada sejak dahulu, apa legasinya pun kita tak nampak," katanya.

Johari sebelum ini juga dikatakan bakal bertanding di DUN Gurun yang kini disandang oleh Datuk Dr Leong Yong Kong dari Barisan Nasional (BN), malah mengakui usaha parti untuk menjadikan dirinya bagi menerajui Kedah.