Ucapan Dasar Pemimpin Tertinggi PPBM Sekadar Melontar Hasutan - KP UMNO Kedah

Ucapan Dasar Pemimpin Tertinggi PPBM Sekadar Melontar Hasutan - KP UMNO Kedah


Ucapan Dasar Pengerusi dan Presiden PPBM : Ucapan menghasut dan tiada tawaran baru untuk rakyat.

1) Menyifatkan ucapan dasar Pengerusi dan Presiden PPBM baru-baru ini adalah “menghasut” dan tiada tawaran baru untuk rakyat. Banyak isu diputar belit dan di ulang berkali-kali seolah-olah mereka mahu rakyat terus termakan perkara yang tidak benar ataupun separa benar. Bagi Pemuda Kedah ini menunjukkan “Kedangkalan” hala tuju parti PPBM itu sendiri yang jelas semata-mata bersandarkan hasad dan dendam peribadi.

2) Ingin berpesan kepada Tan Sri Muhyiddin untuk tidak terus menerus memutarbelitkan fakta ataupun membohongi dan pada masa yang sama menghasut rakyat dengan terus menerus menjadikan isu 1MDB sebagai tajuk utama.

Umum telah mengetahui bahawa Kerajaan telah pun menangani isu ini dengan penuh siasatan secara profesional, dibuat secara telus tanpa sebarang tindakan salah laku. Hakikatnya pelan rasionalisasi 1MDB sedang dilaksanakan dan segala beban hutang telah pun dilunaskan tanpa menggunakan sebarang dana daripada rakyat.

3) Mendesak supaya Tan Sri Muhyiddin tidak terus menerus menfitnah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dimana beliau mendakwa usaha penambahbaikan proses pilihanraya melalui penambahan anggota perkhidmatan kerajaan untuk menjadi pengundi pos adalah satu usaha penipuan adalah penghinaan besar terhadap penjawat awam yang terlibat. Ini adalah satu lagi permainan persepsi ala “isu 40 ribu Bangladesh” yg amat murah cuba dimainkan oleh Presiden PPBM yang dahulunya adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

4) Pemuda UMNO Kedah ingin tegaskan, agar Tan Sri Muhyiddin tidak terus menerus menjadikan rakyat sebagai “Tebusan”. Rakyat telah pun diberi maklum dan penjelasan bahawa ini adalah sistem percukaian baru yang lebih efektif dan menyeluruh. Hakikatnya hasil GST jugalah yang telah menyelamatkan ekonomi negara akibat kejatuhan harga minyak dunia. Secara jelas beberapa mekanisme baru untuk menangani peningkatan kos sara hidup telah pun diperkenalkan oleh Kerajaan. Saya harap Tan Sri Muhyiddin tidak menjadi terlalu “bebal” dan pada yang sama dibutakan mata dan paradigma politik berasaskan dendam dan kebencian.

4) Pemuda UMNO Kedah percaya permohonan maaf Pengerusi PPBM, Tun Mahathir adalah terlalu murah nilainya dan boleh dikatakan bersifat politik. Permohonan maaf beliau hanyalah untuk menghalalkan tindakan diktator ataupun “draconian” yang cuba ditebus pada masa kini.

Hakikatnya janji -janji beliau iaitu kebebasan bersuara, dan pengasingan kuasa eksekutif dan penghakiman adalah dosa lampau beliau yang cuba dijadikan modal politik baru PPBM.

Pemuda UMNO Kedah mohon agar rakyat faham dan jangan mudah terpedaya dengan air mata murahan Tun Mahathir yang cuba bermain sentimen nostalgia.

5) Dari sudut ekonomi Pemuda UMNO Kedah tidak yakin akan penyelesaian politik Pengerusi PPBM. Umum sedia maklum Kerajaan masa kini masih terbeban dengan beban hutang dan liabiliti keputusan ekonomi kroni pemimpin terdahulu.

Tun Mahathir tidak perlu menjadi berlakon untuk menjadi “hero ekonomi” masa kini dengan mencadangkan beberapa pendekatan yang populis dan tidak mampu dilaksanakan.

Fantasi untuk mengurangkan jumlah pekerja asing daripada 7 juta orang ke hanya 2 juta dan tempat mereka akan diisi oleh tenaga tempatan adalah amat kabur dan tidak mungkin dapat dilaksanakan.

Begitu juga kononya sesi konsultasi bersama pemegang ekonomi dimana kerajaan sedia ada telah lama laksanakan secara terbuka dan telus.

6) Pemuda UMNO Kedah juga ingin mempersoalkan cadangan PPBM untuk menjadikan Tun Mahathir sbg Perdana Menteri atas dasar pengalaman.

Bagi Pemuda Kedah inilah jenaka paling besar dlm sejarah dimana sebuah parti yg paling bongsu dan hanya wujud di 137 kawasan Parlimen mahu menuntut sebuah pengiktirafan yang cukup besar.

Nasihat Pemuda Kedah kepada Timbalan Presiden PPBM Dato Seri Mukhriz untuk sentiasa ukur baju dibadan sendiri dan jangan buat cadangan yang bakal memalukan partinya sendiri.

7) Pemuda UMNO Kedah juga mengalu-alukan hasrat Tun Mahathir untuk bertanding di 2 kawasan utama dalam negeri Kedah iaitu di Parlimen Kubang Pasu dan Langkawi. Bagi Pemuda Kedah jentera UMNO Negeri sentiasa bersiap sedia dan menunggu sesiapa pun dan apa pun juga latar belakangnya.

8) Namun Pemuda UMNO Kedah yakin rakyat negeri Kedah dan ahli UMNO sudah bijak membuat penilaian akan sebuah nostalgia songsang dan sebuah “Kerajaan Masa Depan” yang mampu memberi perkhidmatan dan jaminan masa depan yang lebih terjamin untuk rakyat.

9) Pemuda UMNO Kedah yakin ini adalah langkah “desperado” dan terdesak PPBM untuk terus kekal relevan sehinggakan sanggup memperjudikan “kederat” seorang yg berumur 92 tahun dipentas politik.

Pemuda UMNO Kedah ingin mempersoalkan kemampuan Tun Mahathir sendiri menyampaikan “khidmat” dan “komitmen” beliau sebagai wakil rakyat.

Hakikatnya tugas sebagai wakil rakyat adalah amat berat dan Pemuda UMNO Kedah sama sekali tidak yakin Tun Mahathir dapat menggalas tanggungjawab tersebut dengan berkesan.

10) Namun Pemuda UMNO Kedah sedia menanti kehadiran Tun Mahathir dimana-mana  Parlimen pun dalam negeri Kedah.

Kami juga sedia memadamkan terus “nostalgia songsang” Tun Mahathir dinegeri ini. Kami juga sedia untuk memberikan komitmen dan berjuang habis-habisan bagi memastikan rakyat tidak terus dipengaruhi oleh pemimpin senja ini.

Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Ketua Pemuda UMNO Kedah
Kedah Fokus Tanam Kelapa Disetiap Daerah

Kedah Fokus Tanam Kelapa Disetiap Daerah



Kerajaan negeri akan memfokuskan kepada penanaman kelapa di Kedah dengan memastikan setiap daerah mempunyai kluster tanaman itu, bagi memenuhi permintaan bekalan menjelang tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan, Pertanian dan Asas Tani negeri, Datuk Suraya Yaacob, berkata usaha itu boleh direalisasikan dengan menggalakkan setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya lima hingga 10 tanaman kelapa.

Beliau berkata, sehingga kini bekalan kelapa bagi Kedah tidak mencukupi sehingga pembekal terpaksa mengimport dari Indonesia khususnya apabila musim perayaan tiba.

"Sudah tiba masa untuk penduduk di negeri ini memainkan peranan dengan menanam sekurang-kurangnya lima batang pokok kelapa di rumah masing-masing.

"Kelapa ini banyak kegunaan khususnya dalam pemakanan, malah banyak juga produk hiliran boleh dicipta melalui tanaman itu termasuk minyak kelapa dara ataupun sabun, " katanya kepada pemberita pada Majlis Sumbangan Back To School Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang, dekat sini.

Suraya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, berkata bukan sahaja pemakanan, kelapa juga boleh dikomersialkan dalam bidang perubatan dan rawatan kerana khasiatnya.

Katanya kajian dijalankan di luar negara juga membuktikan air kelapa boleh memberikan tenaga.

"Sebab itu kita harus mengambil peluang ini menanam pokok kelapa dan apabila keluar hasilnya, kita akan membantu untuk tujuan menghasilkan produk hiliran, " katanya.

Terdahulu, Suraya menyampaikan sumbangan berbentuk baucar sebanyak RM100 dan RM120 kepada kira-kira 700 pelajar sekolah rendah dan menengah di DUN Sungai Tiang.

Beliau berkata, bagi bantuan 'Back To School', kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM720,000 untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan membeli barangan keperluan harian.

"Setiap DUN akan diberikan RM20,000 dengan ADUN sendiri akan sampaikan kepada pelajar yang memerlukan...selain itu kita akan beri sumbangan 200 beg sekolah kepada pelajar berkelayakan, " katanya.

Mahathir Sutradara Politik Wayang Lapuk Pakatan Harapan

Mahathir Sutradara Politik Wayang Lapuk Pakatan Harapan


UMNO tidak mempunyai sebab untuk berasa gusar dengan tindakan Pakatan Harapan diketuai DAP yang mengambil keputusan untuk mengangkat semula Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

Malah menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, ucapan takziah seharusnya diberikan kepada PKR atas kesanggupan mereka menjilat kembali hamburan penghinaan terhadap Mahathir sekali gus menampakkan betapa mereka terdesak sehingga sanggup mengambil jalan yang tidak bermaruah serta mengaibkan.

"Persetujuan dinyatakan PKR untuk menjadikan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri interim merupakan langkah yang cukup dangkal, cetek dan dipenuhi wayang politik lapuk sehingga menguburkan sama sekali paksi idealisme parti itu.

"Kesediaan PKR termasuk angkatan mudanya menjulang kembali Mahathir memberi bayangan betapa jentera muda parti itu sudah menjadi pengecut. Idea reformasi sudah terperosok dalam saku politik Mahathir dan kembalinya beliau menjawai sutradara wayang politik Pakatan Harapan diketuai DAP hanya membuatkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) kelihatan lemah," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam sebuah portal berita pro pembangkang melaporkan PKR secara prinsip bersetuju dengan cadangan Pakatan Harapan untuk menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara jika gabungan pembangkang berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Memetik sumber, laporan itu mendakwa keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat biro politik PKR pada 19 Disember lalu dan turut mendapat restu daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara sinis Shaiful Hazizy menambah, pakatan itu hakikatnya perlu diingatkan yang pengundi di negara ini cukup cerdik dan matang untuk tidak meletakkan pemimpin bersifat 'draconian' kembali ke kancah politik negara.

"Kami menganggap keputusan PKR ini sebagai penghinaan besar kepada semua penggerak utama gerakan reformasi yang diperkenalkan PKR. Malah ramai antara mereka sendiri yang menentang cadangan itu sudah mula menyuarakannya di medai-media sosial.

"Tindakan ini bagi kami mengesahkan bahawa pakatan dicipta pembangkang hanyalah kerjasama politik lapuk yang melelahkan. Ketiadaan tenaga baharu, progresif dan muda untuk ditonjolkan sebagai calon Perdana Menteri merupakan kelemahan mereka paling ketara dan pengundi wajar menghukum kedangkalan pemikiran mereka pada pilihan raya umum akan datang," katanya


Anggota Tentera Bukan Untuk Raih Undi - Johari Baharom

Anggota Tentera Bukan Untuk Raih Undi - Johari Baharom



JITRA - Kerajaan tidak pernah mempergunakan anggota tentera dengan menempatkan mereka di kawasan tertentu untuk meraih undi semasa Pilihan Raya Umum (PRU), sebaliknya penempatan mereka adalah untuk tujuan keselamatan negara.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Johari Baharum, berkata dakwaan pembinaan kem tentera di Sembrong bermotifkan politik oleh Ahli Parlimen Kluang dari DAP, Liew Chin Tong, menghina pasukan pertahanan seolah-olah mereka mudah dipergunakan.

"Tujuan kita membina kem di Sembrong tak ada kena mengena dengan politik, kira-kira 12 kem tentera akan dibina di seluruh negara.

"Ia dibina untuk tujuan keselamatan dan keperluan serta strategi yang sudah disusun oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Kalau nak kata pembinaan kem di Sembrong untuk menyelamatkan Ahli Parlimennya yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, saya rasa beliau sudah selesa di sana," katanya.

Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, Khamis lalu bahawa pembinaan kem tentera baharu membuktikan BN menggunakannya untuk meningkatkan pengundi di kawasan pilihan raya yang menang dengan majoriti tipis dalam PRU lalu.

Chin Tong mendakwa kem tentera berkenaan semuanya terletak di kawasan utama, termasuk Segamat, Johor, yang dipegang oleh Menteri Kesihatan, S Subramaniam; dan Hutan Melintang, Perak, yang terletak di dalam Parlimen Bagan Datuk, iaitu kerusi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu menegaskan kementeriannya tidak berkompromi mengenai keselamatan dan akan menempatkan anggotanya di mana saja walaupun tanpa kem yang besar.

Katanya, terdapat banyak bangunan yang disewa oleh ATM di kawasan tertentu dan ia juga menggunakan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan.

"Biarpun kem belum siap dibina sepenuhnya tapi kementerian tetap akan menempatkan anggota di kem terbabit bagi tujuan taktikal dan teknikal.

"Jika dakwaan mengata ia untuk tujuan PRU-14 bagi memenangkan memenangkan Barisan Nasional (BN), itu tidak betul. Saya beri contoh, kita ada kem tentera yang besar di Port Dickson dan Lumut, tapi kedua-dua kawasan Parlimen itu kita kalah, dakwaan pembangkang ini tidak berasas," katanya.

Terdahulu, Johari menyerahkan sumbangan dua set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, dua pasang sarung kaki dan alat tulis kepada 200 murid Tadika Kemas yang disumbangkan UEM Group Berhad. - BH Online
Pemuda UMNO Kedah Yakin Ada Unsur “Penipuan” Dalam Isu Tanah Felda Jalan Semarak

Pemuda UMNO Kedah Yakin Ada Unsur “Penipuan” Dalam Isu Tanah Felda Jalan Semarak


Pemuda UMNO Kedah amat terkejut dan kecewa terhadap isu terbaru tanah felda jalan semarak yang bakal hilang kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan pada masa yang sama menyebabkan kerugian yang cukup besar kpd Felda.

Pemuda UMNO Kedah yakin bahawa perkara ini bukan setakat “salah tadbir urus” tetapi wujud gerakan pihak-pihak tertentu yang berniat utk menipu dan menyeleweng melalui “tindakan strategi korporat” dan dlm pada yang sama mengaburi kepimpinan tertinggi Felda.

Pemuda UMNO Kedah bimbang sekiranya perkara ini tidak diselesaikan dengan segera rakyat akan kembali melontarkan persepsi negatif yang bakal sukar ditangani oleh kerajaan dan parti. Namun apa yang terjadi adalah terlalu besar dan ianya perlu ditangani dgn kadar segera dan terbuka.

Hakikatnya sudah terlalu banyak isu dan kontroversi menyelubungi Felda dan rakyat sudah tentu mengharapkan kerajaan dengan segera menyelesaikan kemelut ini dengan lebih tegas tanpa melindungi sesiapa yang bertanggungjawab.

Pemuda UMNO Kedah mencadangkan agar pihak jawatankuasa tertinggi Felda mewujudkan sebuah jawatan kuasa “inkuiri” bagi membawa pihak yg bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Pemuda UMNO Kedah yakin, rakyat perlu jawapan yg “penghabisan” akan kemelut Felda yang bakal memberi “krisis kredibiliti” terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Hakikatnya rakyat sudah letih dan muak akan kemelut dan salah tadbir urus Felda ini. Frasa “enough is enough” adalah yang terbaik bagi gerakan yg seterusnya. Kerajaan dan parti perlu buat keputusan yang tegas walaupun “sukar” demi mengembalikan keyakinan rakyat dan para peneroka.

Pemuda UMNO Kedah yakin Felda akan terus menerus menjadi kudis dan bisul dalam kerajaan dan parti sekiranya ianya tidak ditangani dgn segera dan tegas.

Pemuda UMNO Kedah hari ini juga menyambut baik tindakan dan azam pengerusi Felda yg baru yang berjanji akan mengembalikan tanah Felda jalan semarak dan ianya amat bertepatan dgn masa dan keadaan. Namun Pemuda UMNO Kedah juga mendesak agar Pengerusi Felda yang baru tidak melindungi individu-individu tertentu yang membenarkan keputusan yang “merugikan” dan “tidak bertanggungjawab” ini.

Hakikatnya, tindakan  Pengerusi Felda yg baru ini bakal menentukan keputusan rakyat utk PRU yang akan datang nanti.

Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Ketua Pemuda UMNO Kedah
22 Disember 2017
Kedah Sedia Naiik Taraf Terminal Feri

Kedah Sedia Naiik Taraf Terminal Feri


SUNGAI PETANI - Kerajaan negeri bersedia melaksanakan projek naik taraf Terminal Feri Kuala Kedah dengan kos RM208 juta bermula Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain, berkata proses tender juga akan dibuka sebelum kerja dimulakan.

"Semua persediaan bagi projek naik taraf Terminal Feri Kuala Kedah sudah ada, termasuk peruntukan. Kita hanya tunggu proses tender yang dijangka Januari depan sebelum melaksanakan projek ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Dawai, di sini hari ini.

Katanya, projek naik taraf terminal itu akan dijalankan di tapak asal.

"Sebelum ini ada cadangan nak pindah (terminal), tetapi selepas kajian oleh Jabatan Laut Malaysia, tidak ada tempat lagi selain di situ (tapak asal) sahaja.

"Mahu tak mahu, walaupun orang kata air di situ cetek dan ada masalah selut, tak ada tempat lain lagi yang lebih sesuai," katanya.

Pada majlis hari ini, beliau menyerahkan elaun sara hidup kepada 904 ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tanjung Dawai.

Tajul Urus berkata, sepanjang tahun ini, sebanyak RM2.79 juta diperuntukkan kerajaan Persekutuan bagi pemberian elaun sara hidup kepada nelayan Tanjung Dawai. - BH Online
BDB Agih Zakat Perniagaan RM477,375 Kepada 1,200 Asnaf Seluruh Kedah

BDB Agih Zakat Perniagaan RM477,375 Kepada 1,200 Asnaf Seluruh Kedah


SUNGAI PETANI - Bina Darulaman Bhd (BDB) mengagihkan zakat perniagaan bagi tahun 2016 berjumlah RM477,375 kepada lebih 1,200 asnaf di seluruh Kedah.

Pengarah Urusan, Datuk Izham Yusoff, berkata zakat diagihkan mengikut kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) terpilih selain turut diberikan terus ke rumah asnaf.

"Agihan zakat ini sudah bermula pada bulan lalu dengan kita sampaikan terus ke rumah asnaf di seluruh Kedah.


"Bagi kawasan terpilih, tahun ini kita agihkan zakat ke kawasan Parlimen Jerlun, DUN Tanjung Dawai, DUN Bayu dan DUN Bandar Baharu," katanya pada Program Penyerahan Zakat Kumpulan Bina Darulaman di Kampung Bujang, Merbok, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Izham berkata, dalam program itu, seramai 250 penerima dari DUN Tanjung Dawai menerima zakat berjumlah RM350 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan RM87,500.

Katanya, program yang bermula sejak 2015 itu adalah hasil keuntungan perniagaan BDB.

"Penerima dipilih daripada permohonan yang diterima dan kita agihkan kepada mereka yang belum pernah menerima bantuan daripada BDB sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, DUN Tanjung Dawai adalah kawasan pertama agihan zakat dilakukan seterusnya akan diagihkan ke kawasan lain hingga Mac depan.

"Kita akan meneruskan agihan zakat biarpun berlaku sedikit kelewatan memandangkan menerima pulangan zakat agak lewat namun pengagihan akan diteruskan di lokasi lain hingga Mac depan," katanya. - BH Online
PDRM Kedah Mohon Anggota Tambahan Untuk PRU-14

PDRM Kedah Mohon Anggota Tambahan Untuk PRU-14


Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah menyatakan hasrat bagi memohon 500 anggota tambahan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sebagai membantu pegawai dan anggota sedia ada di negeri ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, pihaknya pada masa sama juga akan menggunakan khidmat 370 anggota sukarelawan polis pada hari mengundi.

"Kita perlukan minimum kurang dari 500 anggota tambahan daripada Bukit Aman tetapi jika tidak dapat, kita boleh uruskan.

"Selain itu, kita juga akan mendapat bantuan daripada 370 anggota sukarelawan polis pada hari mengundi. Yang mana mereka akan mengambilalih kerja-kerja tidak kritikal anggota polis," katanya selepas latihan Ex-Undi PRU-14, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Asri memberitahu, pihaknya berpuasa hati dengan kelima-lima fasa latihan membabitkan 432 anggota sejak 9 November lalu.

"Latihan ini memberi peluang kepada kita untuk mengenal pasti kelemahan ketika berdepan situasi ancaman keselamatan dan ketenteraman awam.

"Pada hari ini, kita dapat mengenalpasti masalah berkaitan rangkaian komunikasi dan sistem 'online'... selepas ini, kita akan membuat 'post mortem' untuk mengatasi kelemahan tersebut," ujarnya.- BH Online
Sultan Kedah Namakan "Mahawangsa" Buat Burung Helang Merah THLL

Sultan Kedah Namakan "Mahawangsa" Buat Burung Helang Merah THLL


LANGKAWI - Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan memberikan nama 'Mahawangsa' untuk burung Helang Merah yang dipelihara di Taman Hidupan Liar Langkawi (THLL) di sini.

'Mahawangsa' adalah singkatan daripada Hikayat Merong Mahawangsa yang menceritakan susur galur pengasas Kedah.

Nama untuk haiwan jinak yang dipelihara sejak kecil dan kini mencecah usia 15 tahun itu diperkenankan Sultan Sallehuddin ketika baginda mengunjungi produk pelancongan itu, hari ini.

Terdahulu, baginda yang ditemani Sultanah Kedah, Tengku Maliha Tengku Ariff tiba pada jam 10 pagi dan disambut Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya negeri, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan dan Pengurus Besar THLL, Teoh Cheng Kung.

Turut berkenan berangkat, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin bersama Raja Puan Muda Kedah, Zaheeda Mohamad Ariff.

Ketika ditemui, Cheng Kung berkata, pihaknya sangat teruja apabila Sultan Kedah dan Sultanah Kedah berkenan mengunjungi taman itu yang kebetulan menyambut ulang tahun ke-15 pada tahun ini.

"Kunjungan diraja ini menjadi lebih bermakna apabila Tuanku sudi menamakan burung Helang Merah peliharaan kami yang juga dikenali Brahminy Kite atau nama saintifiknya Haliastur indus sebagai 'Mahawangsa'.

"Tuanku turut berkenan melepaskan 15 burung Serindit sebagai gimik ulang tahun ke-15 taman ini selepas memulakan operasi pada 2002 dan kini muncul antara destinasi mesti lawat kepada pengunjung di pulau ini," katanya.

THLL juga telah mendapat lima pengiktirafan portal pelancongan terbesar Tripadvisor.com selama lima tahun berturut-turut sejak 2013 iaitu Anugerah Kecemerlangan 2013, 2015, 2016 dan tahun ini, selain Tempat Tarikan Pilihan Pelancong (2014). 
Perhimpunan Masyarakat Veteran Bersama Pemimpin

Perhimpunan Masyarakat Veteran Bersama Pemimpin



MAJLIS PERHIMPUNAN ANGGOTA MASYARAKAT VETERAN BERSAMA PEMIMPIN NEGERI KEDAH DARUL AMAN. 

YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah turut hadir dimajlis tersebut yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon, kediaman Menteri Besar Kedah petang tadi. 

Dimajlis tersebut, YAB Menteri Besar turut menyampaikan cenderahati buat pemimpin-pemimpin veteran yang banyak berjasa kepada masyarakat. 

Jasa dan bakti pemimpin-pemimpin veteran tidak dilupakan. 





























#MuafakatKedah

Lebih 10 Pusat Hiburan Diarah Tutup Di Kedah

Lebih 10 Pusat Hiburan Diarah Tutup Di Kedah


ALOR SETAR - Lebih 10 pusat hiburan di Kedah sudah diarah tutup sepanjang tahun ini selepas dikesan melanggar syarat lesen yang ditetapkan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan dan Sumber Air serta Tenaga negeri, YB Dato' Badrol Hisham Hashim, berkata kerajaan negeri tidak akan berkompromi dalam soal terbabit dalam usaha mengekang aktiviti jenayah dengan kerjasama pihak berkuasa.

Katanya bagi tujuan itu, kerajaan negeri menubuhkan satu jawatankuasa khas disertai polis, pihak berkuasa tempatan (PBT), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Jawatankuasa itu dipengerusikan saya sendiri dan sekiranya ada di antara pengusaha yang beroperasi lebih masa, kita mengarahkan TNB dan SADA memotong bekalan elektrik dan air.

"Setakat ini beberapa pusat hiburan sudah diambil tindakan terbabit kerana masih degil walaupun amaran dikeluarkan. Kebanyakkan pusat hiburan yang dibatalkan lesen dan beroperasi lebih masa ini adalah di Sungai Petani, Alor Setar dan Kulim," katanya.

Image result for Lebih 10 Pusat Hiburan Diarah Tutup Di Kedah

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Pakaian Seragam Operasi Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Dewan Serbaguna Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, petang ini.

Badrol Hisham berkata tindakan itu membuktikan kerajaan negeri serius menangani isu jenayah yang membabitkan pusat hiburan terutama sindiket judi haram.

"Menerusi beberapa operasi bersepadu, lebih 200 mesin judi dirampas pihak berkuasa dan menahan berpuluh suspek yang disyaki terbabit dalam jenayah.

"Operasi seperti ini kita akan teruskan secara berkala dan tidak akan berhenti sekerat jalan sahaja.

"Bandar besar di negeri ini kita akan pantau agar aktiviti jenayah di pusat hiburan dapat dikekang. Di sini juga saya ingin tegaskan bahawa kerajaan sudah tidak mengeluarkan lesen pusat hiburan sejak YAB Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik menjadi Menteri Besar," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan kepada KDN agar anggota RELA dapat menjadi 'mata dan telinga' kerajaan dalam menyalurkan maklumat terhadap penyalahgunaan dadah.

Katanya anggota berkenaan turut dicadangkan membuat pemantauan di kawasan kuala, kampung dan kawasan taman berikutan penyalahgunan dadah semakin membimbangkan di kawasan terbabit, sekali gus menyumbang berlakunya jenayah lain sehingga membuatkan masyarakat kurang rasa selamat. - BH Online
Tuanku Sultan Kedah Rasmi Sambutan 15 Tahun KKL

Tuanku Sultan Kedah Rasmi Sambutan 15 Tahun KKL



LANGKAWI: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mencemar duli merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-15 Kereta Kabel Langkawi (KKL) di Oriental Village, Teluk Burau di sini, hari ini.

Terdahulu keberangkatan baginda yang ditemani Sultanah Kedah, Tengku Maliha Tengku Ariff pada jam 10 pagi disambut Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad; Pegawai Daerah Langkawi, Isahak Murat dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Datuk Azizan Noordin.

Ia turut disertai kira-kira 500 penduduk tempatan dan pelancong asing.

Turut berkenan berangkat, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin bersama Raja Puan Muda Kedah, Zaheeda Mohamad Ariff.

Sempena perasmian itu, Sultan Sallehuddin turut berkenaan menandatangani plak dan memotong riben pada gondola khas sebagai gimik perasmian.

Nawawi ketika berucap berkata, sepanjang beroperasi selama 15 tahun, KKL mencatat jumlah pengunjung seramai 11.5 juta orang, sekali gus menggambarkan masa depan yang cerah bagi produk pelancongan itu untuk berkembang maju.

"Berdasarkan rekod, jumlah pengunjung ke KKL ketika memulakan operasinya pada 2002 hanya sekitar 353,000 orang dan meningkat kepada 1.28 juta pada tahun ini, malah pada tahun hadapan pihak pengurusan mensasarkan 1.5 juta pengunjung.

"Pada masa sama, KKL yang dibina oleh syarikat Austria, Doppelmayr diuruskan Panorama Langkawi Sdn Bhd (Panorama Langkawi) yang juga anak syarikat LADA memenangi lebih 10 anugerah kebangsaan dan antarabangsa," katanya.

Beliau berkata, antara anugerah itu termasuk Malaysia Power Brand 2016/2017, Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA), Langkawi Tourism Award 2014/2015, The Longest Fee Span Mono-Cable Car, The First Stand Alone 360 darjah Panorama Screen Dome Theatre, The Biggest 3D Mural dan The Biggest Indoor Projection Mapping untuk Muzium 3D Art In Paradise Langkawi (Muzium 3D).

"Kita juga berbangga kerana KKL kini muncul antara 10 perkhidmatan kereta kabel terbaik dunia dan sentiasa menjadi sebutan pengunjung tempatan dan luar negara," katanya. - BH Online
Mahathir Cipta Isu Sampah Baru Untuk Tutup Skandal Forex

Mahathir Cipta Isu Sampah Baru Untuk Tutup Skandal Forex


Tuduhan dilakukan Tun Mahathir kononnya kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami kerugian sehingga RM160 bilion, hanyalah semata-mata taktik Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu untuk menyelamatkan dirinya daripada dipertanggungjawabkan berhubung skandal urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990-an yang menyebabkan negara kehilangan RM31.5 bilion.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP itu dilihat cuba mengalih perhatian rakyat terhadap isu sebenar iaitu perbuatan menyembunyikan fakta kerugian daripada Kabinet pada waktu itu.


"Kami tegaskan bahawa penurunan rizab kerajaan pada waktu tertentu bukanlah disebabkan kecuaian atau ketidakcekapan sesebuah kerajaan mengurus ekonomi sebaliknya perkara itu menjurus kepada keadaan dan faktor mata wang selain keadaan ekonomi dunia.

"Sebagai Menteri Kewangan, Mahathir sepatutnya mengetahui yang penyusutan dan pertambahan rizab bergantung kepada lebihan dagangan antarabangsa serta pengaliran masuk modal ke dalam negara. Secara dasarnya ia boleh bertambah atau menguncup bersandarkan keluar dan masuknya mata wang dolar Amerika,” katanya dalam satu kenyataan kepada portal berita.

Mengulas lanjut katanya, tindakan dilakukan Mahathir itu seolah-olah sengaja mahu melempar ‘umpan’ persepsi supaya disahut oleh rakyat.

"Beliau seolah-olah ketandusan idea untuk terus mencipta tohmahan dan fitnah terbaru terhadap kepemimpinan negara. Dalam hal ini, beliau tampak amat yakin mampu mencipta dan mewujudkan polemik baharu bagi meracuni pemikiran rakyat,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, pihak berkuasa terutamanya polis perlu memanggil pihak bertanggungjawab dalam skandal forex tersebut untuk segera dibawa ke muka pengadilan.

"Buat rakyat, mereka perlu tahu akan kebenaran bahawa ada pemimpin sebelum ini yang tidak maksum dan sempurna. Hakikatnya kehilangan lebih RM31 bilion merupakan kerugian yang amat besar dan rakyat perlu tahu siapa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara itu,” tegas Shaiful Hazizy.
Tahap Kepercayaan Rakyat Meningkat Apabila Semua Segmen Masyarakat Disentuh

Tahap Kepercayaan Rakyat Meningkat Apabila Semua Segmen Masyarakat Disentuh

KUBANG PASU - Tahap kepercayaan rakyat kepada kerajaan semakin meningkat berikutan pelbagai perancangan dan pelan pembangunan berjaya dilaksanakan oleh kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata antara kunci kepada keyakinan itu adalah kerajaan sentiasa mengambil sikap “mengotakan” janji-janji yang dibuat dan mengambil kira semua segmen masyarakat untuk disentuh.



“Kita mengharapkan agar rakyat terus faham apa yang dibuat kerajaan sejak Mei 2013 hingga ke hari ini, Insya-Allah pada masa hadapan pun kita memang betul-betul melaksanakan kerja-kerja untuk membela dan mensejahterakan rakyat.

”Baik orang muda, anak kecil orang dewasa, veteran, tok imam, Jawatankusa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) semua ini kita sentuh dan kita santuni…diharapkan rakyat terus memberi sokongan padu kepada kerajaan melalui peti undi nanti ,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan rumah di bawah Program Touch Point Cabinet Away Day 2017 Politeknik Sultan Abdul Halim (POLIMAS) Fasa 1 di Kampung Kuala Tunjang di Jerlun dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Othman yang juga Anggota Parlimen Jerlun mengingatkan agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai persepsi negatif yang sengaja dilontarkan oleh pihak pembangkang yang ingin menggangu gugat kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

“Janganlah kita mendengar pelbagai tohmahan, fitnah dan janji-janji kosong daripada pihak pembangkang…kerana (mereka) ini hanya sekadar nak bercakap tapi tak ada tanggungjawab untuk melaksanakan…ini berbeza macam kita kalau kita janji, kita akan buat…mesti kena buat kalau tak buat rakyat ada hak untuk menolak kita,” katanya.

Menyentuh mengenai program itu Othman berkata sebanyak 28 rumah yang daif di kawasan sekitar Pendang, Kubang Pasu dan Kuala Kedah berjaya dibaik pulih setakat ini menerusi program itu di bawah kelolaan POLIMAS dengan melibatkan peruntukan RM140,000 daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Othman berkata sebanyak 36 rumah lagi akan dibaik pulih pada fasa 2 yang bermula 15 Dis ini hingga akhir bulan ini. - UMNO Online
#PAU2017 : Dato' Mohd Yusof Ismail Jawab Isu Tun Dan Proton

#PAU2017 : Dato' Mohd Yusof Ismail Jawab Isu Tun Dan Proton


Dato' Mohd Yusof Ismail, Timb Ketua UMNO Bahagian Alor Setar menjawab isu yang dimainkan pembangkang berkaitan jasa Tun Mahathir dan Proton yang di bawa beliau dalam ucapan usul ekonomi di Perhimpunan Agung UMNO 2017.

"Usul proton yang dibangkitkan didalam ucapan usul ekonomi dalam dewan merdeka semalam, saya menyebut langkah yang dibuat YAB Perdana Menteri untuk menyelamatkan proton sekarang ni dengan mencari "smart partnership" tetapi yang saya tengok dalam viral yang dibuat pihak pembangkang ni depa tidak dengar habis apa yang saya cakap yang dasar Tun tu saya kata yang pasal FTZ tu, Free Trade Zone di Bukit Kayu Hitam".


"Tun jadi Perdana Menteri 22 tahun, jadi Ahli Parlimen lebih dari 30 tahun, dia tak buat pun benda tu tapi Datuk Najib yang buat tapi dalam proton saya tak sebut dari segi dasar dia, dasar dia memang ada dalam proton. tapi sekarang ni proton dah tenat dan langkah yang dibuat YAB Perdana Menteri untuk menyelamatkan proton dan pekerja-pekerja proton, itu yang penting".

"Kalau kita biaqkan benda ni terus berlaku dan proton masih rugi dan tidak boleh bersaing dalam pasaran sebab itu tindakan yang dibuat YAB Perdana Menteri amat tepat sekali pada masa ni. Dan saya pun tidak pernah pertikai jasa Tun dalam "develope proton" dan masa tu dia Perdana Menteri dia yang buat proton tu dan kita akui perkara tu dan kita tidak nafikan, tapi saya tidak sebut dasar dia dalam proton mintak pihak-pihak yang dok viral tu cuba dengaq bagi habih jangan dok pekak telinga, jangan dok buta mata, dengaq bagi habih jangan kata kat orang nanti orang kata pekak badak".

"Asalkan depa ni pekak telinga, buta mata, dengaq tak habis tapi dok komen. Saya kata jasa Tun pasal pa dia tak buat FTZ dan kita amat kecewa Datuk Najib yang buat FTZ ni. Maknanya orang yang disebelah utara negeri Kedah ni boleh menjana pendapatan sepatutnya dibuat tahun 80an-90an... la ni orang Kubang Pasu mesti dah kaya raya. la ni orang Kubang Pasu takdak apa 20-30 tahun Tun jadi Ahli Parlimen Kubang Pasu, orang Kubang Pasu dok miskin macam tu la".

"Jangan jadi pekak badak dan buta mata sampai viral cerita palsu"

#PAU2017
#MuafakatKedah
#PAU2017 : " Kenyataan Dato' Hasmuni KP UMNO Kubang Pasu Telah Diputar Belit Pembangkang "

#PAU2017 : " Kenyataan Dato' Hasmuni KP UMNO Kubang Pasu Telah Diputar Belit Pembangkang "


Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu, Y.Bhg Dato' Hasmuni Hassan menjelaskan isu mengenai kenyataan beliau semasa Persidangan Agung UMNO (PAU2017) rabu lepas yang telah diputar belitkan pihak pembangkang yang ternyata tidak mahu menerima kenyataan bahawa parti Bersatu(PPBM) sebagai sampah.

"Saya tak berniat menghina pengunjung pasar malam, kenyataan saya diputar belit pihak tertentu", tegas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu, Dato' Hasmuni Hassan.

Kenyataan beliau sebelum ini telah ditular setelah memberikan reaksi sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) rabu lalu, berhubung perbezaan antara UMNO dan Bersatu(PPBM).

Sila tengok kembali video ni adakah Dato' Hasmuni menghina pengunjung pasar malam mahupun pekan nat. Fahamkan maksud sebelum mahu menyebarkan perkara tidak betul. Jangan jadi " Pekak Badak dan Buta Mata" selepas itu menular perkara palsu.


Dalam kenyataan itu, Hasmuni menyebut, "UMNO parti berstruktur dan sistematik", berbanding parti Bersatu (PPBM) angan-angan setahun jagung yang ahlinya entah dari mana. Dikutip sembrono di pasar malam, pekan nat dan ditepi jalan, barangkali inilah punca AGM mereka hanya dihadiri 12 ahli sahaja".

Kenyataan itu yang dimuat naik di laman sosial, kemudian mendapat reaksi pelbagai apabila ada pihak yang tidak mendengar dan melihat secara jelas perkara yang betul dari petikan dari video yang ditular terus mendakwa Dato' Hasmuni menghina pengunjung pasar malam serta melabel mereka sebagai "sampah"... (penulis nak sambung .."Keji sungguh kaki tular berbayar dari pihak yang tidak bertanggung jawab asalkan mereka berjaya membuat fitnah melampau".)

Dato' Hasmuni ketika ditemui menegaskan, kenyataan itu bukan bertujuan menghina pengunjung pasar malam ataupun pekan nat, sebaliknya ditujukan kepada parti politik yang mengutip ahlinya dengan membuka kaunter ditempat seperti itu. (Memang benar apa yang dikata.. bukti ada pun yang parti sampah tu buka kaunter sambil berbangga mereka dengan pendaftaran keahlian ditepi jalan - ADMIN)

"Saya sendiri suka beli barang basah di pasar malam atau pekan nat. Tak timbul langsung soal hina pengunjung pasar malam. Saya dapati media Bersatu(PPBM) dan beberapa laman sosial pro pembangkang telah putar belitkan kenyataan saya dengan tafsiran sebegitu", tegas Hasmuni.

Jelas Hasmuni, tujuan mereka mahu memburukkan imejnya selain mencalarkan imej UMNO kononnya menghina rakyat yang berkunjung ke pasar malam mahupun pekan nat.

"Saya cukup kental untuk dihina kerana saya juga berasal dari bawah. Belum pernah parti politik buka kaunter di pasar malam, pekan nat kerana tempat itu adalah untuk rakyat tanpa mengira kaum, agama, ideologi politik membeli belah", tegas Hasmuni.



Tegas Hasmuni lagi, ia khusus untuk aktiviti perniagaan dan sebahagian besar pengunjung bukan sahaja dari kawasan berdekatan. "Tindakan seperti itu dilihat sebagai sembrono atau terdesak untuk mencari seramai mungkin ahli, maka mereka sanggup buka kaunter tanpa mengira tempat, ditepi longkang sekali pun".

Dato' Hasmuni turut menegaskan, beliau juga tidak pernah melabelkan golongan yang gemar ke pasar malam sebagai 'sampah", itu semua fitnah yang cuba dimanipulasi pihak yang tidak bertanggung jawab yang cuba mengambil kesempatan diatas apa yang beliau jelaskan.

"Yang 'sampah" adalah bekas ahli UMNO yang dibuang atau keluar parti kerana kecewa, kemudian sertai Bersatu(PPBM). Selepas itu mereka serang, hina dan fitnah UMNO, Parti yang sebelum ini banyak membantu mereka. Inilah "sampah" sebenarnya", Jelas Hasmuni.

Dalam masa yang sama, Dato' Hasmuni berkata, kenyataannya itu selari dengan kenyataan Pengerusi Bersatu(PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan ahli Bersatu(PPBM) yang keluar dari parti itu sebagai "sampah".

"UMNO sudah lama bela nasib golongan marhaen dengan pelbagai bantuan dan sumbangan. Sedangkan Bersatu(PPBM) baru setahun jagung dan menuduh UMNO tak membela nasib orang melayu. Saya harap cukuplah gunakan modal fitnah untuk tarik sokongan rakyat", katanya.

Tambah Hasmuni lagi, sebaliknya Bersatu(PPBM) perlu tunjukkan kepada rakyat apa yang aprti itu mampu membantu rakyat bukannya menanam kebencian melalui fitnah kerana mahukan sokongan rakyat.

"Parti yang bermaruah tidak akan guna isu fitnah dan rekaan untuk menarik sokongan rakyat dan untuk memenangi pilihanraya. Kepada mereka yang hilang kepercayaan kepada Bersatu (PPBM), Kembalilah menyokong UMNO" tegas Hasmuni.

#KPUMNOKubangPasu
#JauhiFitnahPembangkangTerdesakKuasa
#PPBMPartiKutipSampahSarapSisaBuanganUMNO
#PAU2017
#PAU2017 : Wanita UMNO Cadang Penubuhan STEM

#PAU2017 : Wanita UMNO Cadang Penubuhan STEM


Wanita UMNO mencadangkan penubuhan pusat tahfiz aliran sains, kejuruteraan, teknologi dan matematik (STEM) bagi memenuhi keperluan semasa dalam bidang berkenaan.

Program yang menggabungkan model Ulul Albab dan kemahiran vokasional dan teknikal (TVET) itu diharapkan mampu membantu pelajar tahfiz bersaing dalam pasaran kerja

Ketua Wanita UMNO Kedah, Y.Bhg Dato' Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah, berkata program itu penting memandangkan 60 peratus atau 900,000 daripada 1.5 juta peluang kerja menjelang 2020 adalah untuk mereka yang mempunyai kemahiran TVET.

Kejayaan program Ulul Albab yang diperkenalkan di Maktab Rendah Sains Mara sejak 2009 perlu diperluaskan ke pelbagai peringkat pendidikan terutama peluang meneruskan pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi awam dan swasta", Jelasnya.

Menjelang 2019 akan menyaksikan sejumlah 13,070 pelajar Tahfiz Model Ulul Albab dan kurikulum bersepadu tahfiz mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sedangkan pengambilan pelajar aliran agama ke universiti awam hantar sekitar 4,000 saja dengan hanya Kolej Universiti Islam Malaysia dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menawarkan kursus berkaitan.

Sebanyak 93 peratus pelajar aliran agama tidak berpeluang meneruskan pengajian di universiti awam," katanya ketika membahaskan usul pendidikan, agama dan sosial di Perhimpunan Agung UMNO 2017.

Satu formula khusus juga perlu bagi membolehkan program Ulul Albab dapat dilaksanakan menggunakan kurikulum yang selaras bagi semua peringkat pengajian, tegas Dato' Sharifah Maznah.
#PAU2017 : Bunga PPBM Memang Parti Sampah Kutip Ahli Tepi Jalan!!!

#PAU2017 : Bunga PPBM Memang Parti Sampah Kutip Ahli Tepi Jalan!!!


Parti sampah Bunga PPBM hanyalah parti sampah yg ditubuhkan madey kutty utk menyambung legasi penyamunan saja.. semua harap maklum!!! Sampah tetap sampah...jangan sembang kemas jika 12 org saja mai AGM.. jadi apa masaalah nak spin sana sini. Terimalah kenyataan PPBM parti sampah yang sememangnya diakui Mahathir pun.. Sampah tetap sampah tidak kiralah kat pasar malam.. pekan nat mahupun ditempat pembuangan sampah..

Admin nak habaq satu ja... kenapa Nasir Jamaludin ni nak sentap dengan statement dari Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu Dato Hasmuni Hassan pasai apa ? Memang sudah jadi hakikat yg telah termaktub dalam sejarah bahawa UMNO ditubuhkan di Istana Johor. UMNO ditubuhkan hasil kesedaran umat Melayu untuk bersatu padu di dalam satu wadah perjuangan tanpa dibatasi tembok semangat kenegerian yg sempit.

Juga sudah termaksud dalam sejarah bahawa PPBM ditubuhkan setelah UMNO buang sampah "Boboi dan Muhyiddin". Akibat kecewa melihat anak manjanya dibuang bagaikan sampah, sang bapak yg hatinya penuh dengan dendam kesumat telah tubuh parti baru yg dinamakan PPBM. Ahli2 PPBM juga dikutip dari sampah2 yg UMNO buang, contohnya seperti Nasir Jamaludin dan isterinya sendiri.


Ahli2 PPBM juga dikutip dari tepi2 jalan dan pasar malam. Pakai sumbat ikut dan depa saja..dan yg jadi ahli pun sekadar syok2 saja bila pi pasar malam ada orang suruh isi borang. Jadi sebab itulah bila nak buat Mesyuarat Agung peringkat Cawangan, Bahagian ataupun Pusat, sampai hari ini PPBM belum mampu melakukannya. Sebab depa pun tak kenai orang yg mai isi borang jadi ahli PPBM dan lebih lawak lagi bila yg tukang kutip borang ahli pun tak pernah ada pengalaman. Jadi bila nak buat Mesyuarat Agung..mampuih nak cari ahli bagi cukup korum. Kes tu la Mesyuarat Agung PPBM sampai hari ini Mahathir, Muhyiddin atau Boboi tak mampu buat.

Lekeh gila. 
Parti pun parti SAMPAH - SARAP buangan UMNO. Jadi statement yg dibuat oleh KP UMNO Bahagian Kubang Pasu adalah TEPAT, PADAT dan PADU !!! Harap Nasir Jamaludin terima hakikat SAMPAH adalah SAMPAH biarpun direcycle.

#'PAU2017 : Serah Kepada Kedah Jika Guan Eng Tolak Peruntukan Pusat

#'PAU2017 : Serah Kepada Kedah Jika Guan Eng Tolak Peruntukan Pusat


Keengganan Pulau Pinang menerima peruntukan kerajaan dicadang disalurkan ke Kedah untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa di Kulim.

Perwakilan UMNO Kedah, Dato' Mohd Yusof Ismail, ketika mengetengahkan cadangan itu, menyifatkan keangkuhan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menolak peruntukan berkenaan tidak harus diendahkan.

Mohd Yusof berkata, peruntukan itu sebaliknya boleh disalur ke Kedah untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa di Kulim, selaras pelan pembangunan Zon Perdagangan Bebas (FTZ) Bukit Kayu Hitam.

"Semalam, ketika ucapan dasar Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Najib Razak kelihatan tidak berapa senang hati apabila peruntukan yang nak diberi kepada Pulau Pinang bagi menaik taraf lapangan terbang tidak disokong pembangkang.

"Macam inilah. Kalau orang nak bagi, depa (mereka) tak mau, mai pakat bagi kat Kedah sebab Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah) ada pesan.

"Chop (Yusof), hang habaq la kat YAB Perdana Menteri. Kalau Guan Eng tak mau, saya (Ahmad Bashah) mau.

"Jadi, saya pun pakat sampaikanlah ke YAB Datuk Seri Najib Razak," katanya ketika membahaskan usul ekonomi sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Keberanian Ahmad Yusof menyuarakan amanat ketuanya itu menggamatkan suasana Dewan Merdeka, selain mencuit hati barisan kepemimpinan yang duduk di pentas utama.

Beliau berkata, keterbukaan YAB Datuk Seri Najib Razak menyalurkan peruntukan untuk membina FTZ di Kedah, walaupun mewakili Parlimen Pekan adalah bukti kepemimpinan bersifat 'tidak pilih bulu'.

Pekerti itu, katanya, berbeza dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun yang tidak pernah merangka inisiatif strategik demi manfaat Kedah, meskipun menjadi anak jati negeri berkenaan.

Langkah membina FTZ di Bukit Kayu Hitam ini amat bertepatan kerana kontena dari China kini tidak boleh berlabuh di Kulim tanpa perlu ke Pulau Pinang.

Elok sangatlah sebab mereka (Guan Eng) sombong. Orang sudah bagi kelulusan, sokong sajalah. Tapi baguih jugak la, Kulim la ni jadi lagi hebat," katanya.