Nostalgia dan Pembangunan Semasa : Sorotan Isu Stadium Darul Aman.

Nostalgia dan Pembangunan Semasa : Sorotan Isu Stadium Darul Aman.

Hasil carian imej untuk stadium darul aman

Yang Benar tentang Stadium Darul Aman dan Titik tolak disebalik apa yang sedang diperkatakan. Sorotan  Nostalgia dan pembangunan semasa.

 1. Di era 80 an tempat dimana terletaknya outlet KFC hanyalah kawasan lapang yg ditar untuk pemandu baru belajar memandu.

2. Kini 65 orang anak bangsa dapat mencari rezeki selain outlet berkenaan menjadi antara pilihan.

3. Demikian juga Hotel Seri Malaysia yg gah berdiri dan membuka peluang pada hampir 211 tenaga kerja walhal dulunya kawasan lapang yg tidak memberi apa apa pulangan.

4. Hakikatnya pembangunan adalah sesuatu yang dinamik.

5. Lanskapnya perlu berubah mengkut keperluan semasa bukan mengikut kehendak nostalgi..

6. 2011 dengan penuh tipu daya kerajaan Pakatan dengan rakus merobohkan sebuah rumah Allah dan merampas tanah waqaf khas yg lebih 100 tahun usianya.

7. YB Gooi dan YB Mahfuz ketika itu kelu, diam seribu bahasa.Tanah tidak diganti rupa madrasah yg dikatakan mahu dibangun dengan Masjid sekadar illusi.

Hasil carian imej untuk stadium darul aman

8. Kini dua badut srkas berkenaan cuba menjadi hero.

9. Draf rancangan struktur MBAS yang direncana sehingga 2025 diceduk mereka melalui tafsiran sendiri.

10. Konsep bandraya dalam taman dan pembangunan lestari tidak pula mereka peduli namun yg disensasikan adalah cadangan pembangunan bandar baru di Stadium Darul Aman dan stadium sendiri dipindahkan ke kawasan lebih selesa dan kondusif di Stargate. 

11. Jika pun draf ini terealiti banyak lagi sudut lain seperti kos, pengambilan tanah harus difikirkan, ianya tidak semudah sepertimana kelulusan pusat judi, arak, pusat hiburan keluarga berjumlah 452 sepanjang kerajaan pakatan memerintah.Hinggakan di Kg Batin megah berdiri Disko Black and White dan di Alor Mengkudu terjulang House Bar.

12. Itu kawasan sawah bendang dan kampung Melayu namun sensitivi langsung mereka tidak peduli.

13. Kedua YB Badut sarkas ini meski menjadi MP didaerah Kota Setar mereka tidaklah akan peduli masa depan ekonomi, keperluan perumahan, pekerjaan dan kemajuan pembangunan untuk penduduk daerah Kota Setar yg mencecah 550 ribu kini.

14. Jika diberi mandat sekali lagi mereka akan menelan elaun RM15ribu sebulan sambil memberi khidmat dikawasan secra remote control melalui salakan di Fb.

15. Maka kerajaan negeri jualah yg perlu memikul peranan berkhidmat dengan bantuan kerajaan persekutuan.         

16. Realiti kini lebih 23 ribu rumah mampu milik diperlukan.6 ribu peluang pekerjaan didambakan setiap tahun oleh anak muda.Pembesaran pembangunan bandaraya Alor Setar sesuatu yg perlu untuk penyuraian trafik dan hidup yg lebih seleaa dalam tempoh 10 tahun akan datang 

17. Inilah rasional kenapa draf rancangan struktur MBAS yg sedang dipamirkan dan dibuka peluang sesi town hall untuk dibahas itu mencadangkan pembangunan semula Stadium Darul Aman.

18. Antara lain memberi laluan bagi pembangunan bercampur, perumahan rakyat dan pusat komersial dengan dibuka 2500 peluang pekerjaan.

19. Ianya satu draf dan plan menarik jika disambut rakyat. Dan jika sekalipun gelanggang Darul Aman diubah..di Stargatr ia akan menjadi stadium lebih selesa dengan kapasiti 70 ribu penonton. 

20. Banyak isu seperti soal kesesakan, ketiadaan tiket perlawanan dapat diatasi.100 outlet dan 160 premis untuk gerai jualan dan kemudahan sampingan disediakan. 

21. Dan jikapun tanah bendang perlu diambil untuk pembangunan stadium baru ianya menjadi syarat wajib untuk digantikan.

22. Kerana dalam sesuatu masa 125 ribu hektar sawah padi perlu dikekalkan selaku kawsan strategik makanan negara. Inilah fungsi negeri jelapang padi.

23. Maka kita perlu move on..jika Stadium Merdeka dan Stadium Negara yg lagi punya banyak nostlagia dan sejarah itu digantikan dengan Kompleks sukan Bukit Jalil dan Stadium Nsional..yg lebih selesa kenapa kita perlu bersentimental hanya kerana mahu melayani asakan badut badut sarkas ini?.     
24. Maka tepuk dada, renung sejenak..Nostalgia sekadar imbauan kenangan. Masa depan dan keperluan generasi adalah sesuatu yang pasti..yang harua diisi. Agar generasi ini tidaklah akhirnya terpaksa keluar ke Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan JB semata mata untuk mencari rezeki.

25. Nyatanya Kedah sedang menempuh masa depan yang cerah. Dan jangan dibiarkan ia terpalit hanya kerana mahu melayan karenah dua ekor badut sarkas ini yg kian kehilangan arah setelah mengetahui peluang mereka untuk dicalonkan kembali oleh parti lama mereka kian pudar dan gelap. Kesan kegelojohan mereka sendiri yang sekadar bekerja memberi khidmat pada pengundi menggunakan mulut. Bukan akal fikir untuk manfaat masyarakat yg diwakili.  
                         
Catatan : Kie Tandop, 
Generasi ke 4 anak Kedah..
24 Febuari 2017.
Menteri Besar Ketuai Kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah Ikrar Bebas Rasuah.

Menteri Besar Ketuai Kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah Ikrar Bebas Rasuah.


Kerajaan Negeri Kedah menegaskan pendirian dan komitmen untuk membanteras gejala rasuah di negeri ini khususnya di dalam pentadbiran kerajaan negeri dalam usaha menunaikan amanah kepada rakyat.

Menteri Besar, YAB Datuk Seri Diraja Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, usaha menangani gejala rasuah itu bukan hanya terletak pada bahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahaja, malah turut melibatkan kepimpinan kerajaan negeri dan masyarakat.

"Dalam masa sama ia memperlihatkan keikhlasan, komitmen kerja dan keinginan untuk berkhidmat dalam suasana kerja yang kondusif dan bebas rasuah di pihak kerajaan negeri Kedah, demi menjalankan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat di seluruh negeri ini.


"Ikrar Bebas Rasuah ini juga membuktikan bahawa usaha membanteras dan memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab SPRM semata-mata, tetapi merupakan amanah dan tugas yang perlu digalas dan dikongsi oleh seluruh ahli masyarakat, khususnya barisan kepimpinan di negeri Kedah," tegasnya di sini, hari ini.

YAB Datuk Seri Diraja Ahmad Bashah Md Hanipah berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang berlangsung di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Aman, di sini.

Tegas Menteri Besar, komitmen kerajaan negeri amat tinggi untuk membanteras gejala rasuah di negeri Kedah ekoran ia merupakan tuntutan agama selain menyalahi undang-undang dan memberi impak negatif sekiranya dibiarkan berleluasa.

"Sesungguhnya komitmen kerajaan negeri terhadap isu rasuah ini amat tinggi kerana ia menjadi salah satu tuntuan dalam agama Islam selain ia juga menyalahi undang-undang negara kerana implikasi negatifnya yang amat besar jika ia dibiarkan berleluasa di dalam negara ini," katanya.


Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Diraja Ahmad Bashah Md.Hanipah hari ini mengetuai kepimpinan kerajaan negeri menjalin kerjasama strategik dengan SPRM bagi membendung dan memperkasa undang-undang terhadap pihak yang terlibat dengan jenayah rasuah di negeri ini.

Kerjasama Politik Dengan PAS Bukanlah Agenda Utama  - Pemuda UMNO Kedah

Kerjasama Politik Dengan PAS Bukanlah Agenda Utama - Pemuda UMNO Kedah


Pemuda UMNO Kedah menyarankan agenda kerjasama politik di antara PAS dan UMNO bukanlah keutamaan yang perlu ditumpukan oleh UMNO pada masa ini.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, paling penting kini menyelesaikan 'aku janji' pilihan raya dan memperkemaskan gerak kerja jentera di peringkat parti.

"UMNO tidak boleh mengharapkan kemenangan hasil daripada kelemahan dan perpecahan pihak lawan.

"Kita yakin UMNO sebagai sebuah kerajaan perlu membuat kerja-kerja mentadbir serta memberi penumpuan penuh kepada rakyat," katanya.

Pada pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) lepas, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan manifesto Barisan Nasional (BN) bukan hanya sekadar manifesto, tetapi satu dokumen 'aku janji' kepada rakyat.

Jelas Datuk Seri Najib, pada pilihanraya yang lalu rakyat memberi mandat dan kepercayaan kepada UMNO dan rakyat yakin UMNO dan Barisan Nasional mampu menggalas tanggungjawab mereka sebagai sebuah kerajaan.

Dalam pada itu Shaiful menyeru agar jentera parti dan ahli-ahli parti tidak terlalu terbawa-bawa dengan agenda kerjasama politik yang belum pasti.

"Hakikatnya ahli UMNO perlu yakin dengan kepimpinan yang sedia ada dan pada masa yang sama memperkuatkan parti daripada dalam.

"Ia bagi memastikan parti berada di dalam keadaan yang lebih bersedia bagi menghadapi PRU yang akan datang.

"Kerjasama politik yang mungkin bakal terjadi boleh dianggap sebagai 'bonus politik' dan bukannya sebagai agenda tetap parti sebagai menambah kekuatan parti pada PRU," tegasnya.

Bagaimanapun Shaiful menjelaskan, Pemuda UMNO Kedah menyedari bahawa telah wujud satu kematangan politik yang tinggi di antara kedua-dua parti.

"Konsep kerjasama tidak perlu semata-mata ditakrifkan daripada ruang lingkup politik tetapi ianya melibatkan keperluan dan persefahaman yang bersifat 'ummah'.

"Perjuangan memperkasa Rang Undang-Undang Persendirian bagi memperkasa Mahkamah Syariah (RUU 355) dan misi kemanusiaan adalah satu permulaan yang baik dan wajar diteruskan," katanya.


Shaiful turut menyarankan agar parti sentiasa bersedia dan mempersiapkan diri bagi kemungkinan satu lawan satu pada pilihanraya akan datang.

"Kita tidak seharusnya memasang angan-angan akan wujudnya pertandingan tiga penjuru untuk menang dalam pilihanraya.

"Bagi Pemuda UMNO Kedah tumpuan perlu dibuat terhadap gerak kerja mempersiapkan kesiagaan jentera.

"Kebimbangan Pemuda Kedah adalah kita bakal terperangkap dalam permainan 'politik yang tidak menguntungkan," ujarnya.
Bukan Langkawi Sebagai Wilayah Persekutuan, Kedah Berusaha Mahu Ambil Semula Pulau Pinang - Exco

Bukan Langkawi Sebagai Wilayah Persekutuan, Kedah Berusaha Mahu Ambil Semula Pulau Pinang - Exco

Image result for RAWI EXCO KEDAH

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah bukan sahaja tidak membenarkan Langkawi dijadikan sebahagian Wilayah Persekutuan tetapi akan berusaha mengambil semula Pulau Pinang, demikian menurut salah seorang exco negeri berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata, sebagai ‘tuan tanah’, kerajaan negeri mempunyai hak untuk membantah cadangan berkenaan.

"Justeru, kami bukan saja membantah sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Pulau Langkawi sebagai sebahagian dari Wilayah Persekutuan malah akan berusaha mengambil semula Pulau Pinang," katanya yang dipetik sebuah agensi portal berita.

Beliau mengulas cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai sebahagian dari Wilayah Persekutuan.

Mengenai Pulau Pinang, Mohd Rawi berkata, kerajaan negeri akan meminta kerajaan pusat mengkaji semula harga pajakan yang dibayar oleh kerajaan negeri Pulau Pinang setiap tahun mengikut harga semasa.

Bayaran pajakan itu ditandatangani melalui Perjanjian Pajakan 1786.

"Cukuplah selama ini kita rugi dan kini ada pihak yang mahu mengambil Pulau Langkawi pula. Bila merdeka, Pulau Pinang dimasukkan sebagai sebuah negeri secara senyap-senyap tanpa mengira perjanjian pajakan yang telah dimeterai dahulu.

"Kalau tidak ada, untuk apa mereka (Pulau Pinang) masih membayar RM10,000 itu setiap tahun dari dahulu sehingga sekarang malah terpaksa dimasukkan ke dalam bajet kerajaan mereka.

“Seolah-olah ada akujanji berkaitan pajakan ini," katanya.

Mohd Rawi berkata, kerajaan Kedah telah menghantar surat kepada kerajaan pusat pada bulan lalu berhubung perkara berkenaan.-AP
Galeri Pameran 100 potret Diraja

Galeri Pameran 100 potret Diraja




Rakyat Kedah berpeluang menatap 100 keping potret Diraja yang menampilkan perjalanan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sejak usia remaja sehingga mencatat sejarah dilantik sebanyak dua kali sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Tuanku Abdul Halim dan Sultanah Kedah, Tuanku Hajah Haminah Hamidun mencemar duli berangkat merasmikan Pameran Potret DiRaja Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah - ‘Images of Majesty’ berlangsung di Galeri Sultan Abdul Halim, semalam.

Tuanku Abdul Halim berkenan menyampaikan titah perasmian, disusuli paluan gong sebanyak tiga kali sebagai gimik perasmian, seterusnya dipersembahkan potret baginda dan Sultanah Kedah sebagai cenderakenangan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din.

Hadir sama, Raja Muda Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Raja Puan Muda Kedah, Tengku Maliha Tengku Ariff; serta Menteri 
Besar, Datuk Seri Diraja Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri, Datin Seri Diraja Hizam Awang Ahmad.

Bakar berkata, ruang pameran dikategorikan bermula dari usia muda Tuanku Abdul Halim, zaman persekolahan, dilantik sebagai Raja Muda Kedah, Istiadat pertabalan sebagai Sultan Kedah (1959), Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong kelima dan ke-14, potret Kerabat Diraja Kedah, hobi dan 
sukan kegemaran.
“Turut dipaparkan potret Tuanku Abdul Halim ketika menjalankan tugas rasmi dan tidak rasmi sebagai Sultan Kedah dan Yang di-Pertuan Agong. Pameran ini cetusan idea Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi memastikan sejarah ini sentiasa terpahat dalam hati rakyat Kedah,” katanya.

Menurutnya, ia juga sebagai merakamkan kegemilangan Tuanku Abdul Halim sebagai Raja Melayu pertama dimasyhurkan dua kali sebagai Yang di-Pertuan Agong.
“Ia simbolik untuk merakamkan kenangan sejarah dan kegemilangan pemerintahan seorang Raja berdaulat dan berjiwa rakyat, sempena meraikan sambutan ulang tahun Keputeraan Sultan Kedah ke-89,” katanya.

Bakar berkata, pameran ini membolehkan rakyat mengenali lebih dekat pemerintah tertinggi negeri, malah boleh dijadikan tarikan baharu pelancong ke negeri ini.

Pameran berlangsung sehingga penghujung 2017 dan terbuka kepada orang ramai secara percuma.
Umno Kedah Sedia Bekerjasama Dengan PAS - MB Kedah

Umno Kedah Sedia Bekerjasama Dengan PAS - MB Kedah


ALOR SETAR: Umno Kedah bersedia menjalin kerjasama dengan PAS di peringkat negeri demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Diraja Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata bagaimanapun kerjasama itu mesti bermula di peringkat pusat terlebih dahulu.

"Kerjasama yang terjalin seperti dalam misi 'Food Flotilla for Myanmar' yang berlepas baru-baru ini melambangkan penyatuan ummah di Malaysia berikutan terdapat wakil Umno dan PAS dalam misi berkenaan," katanya kepada Bernama selepas menghadiri perjumpaan Umno Bahagian Alor Setar di Seri Mentaloon di sini, Ahad.

Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah berkata pihak pembangkang tiada sebab untuk mempersoalkan pemberian peruntukan kepada kawasan Parlimen yang diwakili Barisan Nasional (BN) di negeri ini.


"Mereka perlu faham bahawa peruntukan yang disediakan itu adalah hanya untuk anggota Parlimen daripada BN manakala pihak pembangkang perlu mencari dana atau peruntukan sendiri.

"Malah wakil BN pun (di negeri yang diperintah pembangkang), mereka terpaksa cari dana dan peruntukan sendiri bagi kawasan mereka," katanya.



Setahun Merintis Muafakat, Melebar Khidmat.

Setahun Merintis Muafakat, Melebar Khidmat.



YAB Datuk Seri Diraja Ahmad Bashah Md Hanipah
Menteri Besar Kedah Darul Aman :

Setahun Merintis Muafakat, Melebar Khidmat.

1. Tanggal 04 Febuari 2016 meskipun lantikannya bersulam Kontroversi namun kesabaran selama puluhan tahun akhirnya Allah mentakdirkan ianya diberi mandat menakhoda negeri.

Image may contain: 5 people, people sitting and indoor

2. Meskipun PRU 13 beliau adalah Jeneral Perang, mengolah gerakerja BN Negeri sehingga merampas kembali tampuk kerajaan dari pakatan yang mengharu birukan rakyat dan masyarakat Kedah dengan dasar caca marba, namun kerana sifat taat, akur pada kehendak PM ketika itu agar Mukhriz diberi laluan.            

#Video : Ahmad Bashah Merubah Kedah





3. Namun Mukhriz sekadar berpaksi pada aura, pembangunan fizikal, modal insan, ekonomi negeri gagal dijana.

4. Saban tahun bajet defisit mencatatkan angka luar biasa, yg gah nampak dimata hanyalah program Ya Hana Na sehinggakan RM2 juta habis dibelanja tapi kesannya menjalar sehingga ke bawah disana.

5. Memang benar Bashah diberi tugas dipertegahan jalan.



6. Beliau tidak menunggu lama. Ekonomi negeri distruktur semula

7. 10 bulan Pertama lebih RM700 juta pelaburan dijana.              

8. Program pembangunan modal insan, skim IMAN, Tusiyen Barakah, GENIUS, KASIH, Jelajah Muafakat Mahasiswa Anak Kedah, Kedah First, Bright Kedah dan SUKDA diperkasa.


9.  Kerana memahami masa depan Kedah bermula hari ini.

10. Economi growth mencecah 4.5 peratus, gaya pengurusan kasual kurang protokol diperkenalkan.

11. Skim Barakah diperhebat, 50 ribu insan berjasa yg kurang dipeduli diberi perhatian yg sewajarnya.

12. Pelancong pula dengan promosi yang berganda hampir 3.5 juta mengunjungi Kedah tahun lalu.


13. Defisit bajet negeri dikurangkan hampir 5 peratus, selain prestasi kewangan naik 23.26%.
          
14. Naik taraf pekan Rabu yg dijangka siap Julai ini menelan belanja RM36 juta. Dataran Medan Bandar diberi sentuhan semula dengan kos RM9 juta. Jeti kuah sudah hampir siap menerusi perbelanjaan 86 juta.

15. Nun di Padang Terap sana 1500 hektar disediakan dan kerja membangun infra sedang giat untuk Kedah Rubber City. KSTP di Bukit Kayu Hitam menjadi katalis baru ekonomi Kedah Utara apatah lagi Bukit Kayu Hitam dan kawasan seluas 6 ribu hektar menjadi Zon Free Duty yg menyedia 15 ribu peluang kerja dalam tempoh 4 thun akan datang.

     
16. Paling manis 2016, Lang Merah menjulang Piala Malaysia dan awal Januari 2017 Piala Sumbangsih dalam dakapan kita.

17. Itulah YAB Datuk Seri Diraja Ahmad Bashah Md Hanipah. Sentuhan keimpinan dan naungan seorang bapa yg melahirkan kejayaan berterusan.

18. Biar dikata dan ditokmah namun resminya ikut padi makin tunduk makin berisi.

19. Biar Rakyat menilai antara kaca dan permata.

 Nukilan: PENA ANAK BENDANG KEDAH.











 Ahli Politik Berkebolehan Mampu Menguruskan GLC - MB Kedah

Ahli Politik Berkebolehan Mampu Menguruskan GLC - MB Kedah


ALOR SETAR: Cadangan supaya ahli politik tidak dilantik mengendali syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mencegah amalan rasuah dan salah guna kuasa, seolah-olah menafikan peluang serta kemampuan mereka menerajui syarikat korporat. 

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata ahli politik tidak seharusnya dipandang sebagai golongan yang cenderung melakukan rasuah, sedangkan hakikatnya sesiapa sahaja boleh terbabit dalam jenayah itu. 

"Kita tak boleh kata orang politik macam itu sebab ada juga mereka yang baik... kalau ada unsur perbuatan rasuah, tak kira sama ada ia dilakukan orang politik atau bukan. "Tidak seharusnya kita menidakkan hak, kemampuan dan kepakaran mereka dalam menguruskan GLC ... kalau kepakaran itu disia-siakan kita juga yang rugi, " katanya selepas melancarkan Skuad Sukarelawan Bantuan Rakyat Kedah (BARAKAH), di sini.. 

Beliau berkata demikian mengulas saranan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, bahawa ahli politik tidak harus dilantik dalam menguruskan GLC berikutan mereka berkemungkinan berdepan percanggahan kepentingan yang membawa kepada penyalahgunaan kuasa dan tanggungjawab. 

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, berkata usaha bagi mengawasi perbuatan rasuah itu seharusnya diserahkan kepada agensi berkaitan iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

"Kita ada agensi yang mengawasi, jadi serahkan kepada mereka kerana tak kira sesiapa pun boleh kena (tindakan jika bersalah)... kalau terbukti salah, mereka tak boleh lari sama ada ia membabitkan rasuah kecil atau besar," katanya. 

Ahmad Bashah berkata beliau sentiasa memberi kepercayaan kepada ahli politik menguruskan GLC di Kedah kerana percaya dengan kemampuan SPRM yang sentiasa peka mengawasi perlakuan sedemikian jika ada. "Kerajaan negeri akan sentiasa bekerjasama dengan SPRM, malah tidak akan membela mana-mana individu sama ada ahli politik atau pegawai kerajaan yang terbabit dalam kegiatan rasuah," katanya. 

Mengenai majlis hari ini, beliau berkata Skuad Sukarelawan BARAKAH diarahkan menjejaki semua golongan miskin di Kedah yang berkemungkinan terlepas pandang daripada menerima bantuan sebelum ini untuk dibantu.
Kerajaan Negeri Kedah Tidak Lindungi Penerima Rasuah – Ahmad Bashah

Kerajaan Negeri Kedah Tidak Lindungi Penerima Rasuah – Ahmad Bashah


Kerajaan negeri Kedah memberi jaminan akan terus menyalurkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya ada pegawai kerajaan negeri yang terlibat dengan rasuah.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, teguran mengenai bahaya rasuah sudah kerap kali dibuat dan sudah sampai masanya tindakan tegas diambil dengan mengheret yang terlibat ke muka pengadilan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Penerangan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan Program Tranformasi Pemikiran Islam Malaysia (TRAPI) peringkat negeri Kedah di Dewan Wawasan di sini, hari ini.

Ahmad Bashah mengulas kes seorang penolong jurutera kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) di negeri ini yang direman berhubung kes rasuah projek penyelenggaraan dan naik taraf jalan di Sik sejak 2012.

Bagaimanapun suspek lelaki berusia 56 tahun itu dilepas dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM100,000 semalam.

Forum hari ini menarik penyertaan kira-kira 3,000 peserta terdiri daripada penghulu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pegawai masjid, imam, penjawat awam dan pelajar institusi pengajian tinggi.

Forum anjuran kerajaan negeri Kedah bersama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Felo Kanan IKSIM, Karim Omar; dan Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM, Datuk Prof Mahamad Naser Disa.