Ahli PPBM Adalah Golongan Kecewa, Kembalilah Ke Pangkal Jalan

Ahli PPBM Adalah Golongan Kecewa, Kembalilah Ke Pangkal Jalan



Pemuda UMNO Kedah percaya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini dilanda keretakan dan diyakini semakin merebak, termasuk ke negeri ini. Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menggesa bekas ahli UMNO yang kini bersama PPBM segera kembali menyertai UMNO.

Beliau berkata, Pemuda UMNO yakin beberapa petunjuk termasuk tindakan pengasas PPBM yang dilihat meninggalkan parti itu sebagai petanda awal ia sedang mengalami keretakan dalaman dan menunggu masa untuk dibubarkan.

Malah, katanya Pemuda UMNO Kedah percaya ada beberapa pimpinan PPBM di beberapa kawasan di Kedah juga akan mengalami masalah yang sama, ibarat retak menanti belah. "Pemuda UMNO Kedah yakin fenomena ini terjadi atas beberapa faktor. Pertamanya adalah faktor kepemimpinan khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden yang tidak berapa diterima dan diyakini oleh akar umbi parti itu.

"Ahli PPBM lebih melihat aura dan legasi Tun Dr Mahathir Mohamad beserta keturunannya sebagai kayu ukur utama. Fantasi pengikut PPBM ini dilihat melemahkan parti di mana Tun Mahathir hakikatnya adalah pemimpin 'de facto' PPBM," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Shaiful Hazizy berkata isu kemahiran berpolitik pimpinan PPBM turut menjadi faktor apabila dua pemimpin tertinggi iaitu Muhyiddin dan Timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, cenderung diangkat atas dasar gelombang dan bukannya berlandaskan kemahiran mengemudi parti dan berpolitik.

"Struktur ahli yang lemah dan kurang sambutan juga perlu diambil kira. Ahli PPBM sebenarnya ramai dalam kalangan kumpulan UMNO yang kecewa dan serpihan individu yang kalah dalam pertandingan di peringkat parti UMNO... jati diri lemah dan prinsip goyah akan membawa kepada penghijrahan beramai-ramai pada masa akan datang.

"Oleh itu Pemuda UMNO Kedah menyeru bekas ahli UMNO yang menyertai PPBM supaya segera kembali ke pangkal jalan. UMNO terbukti sebuah parti 'pemaaf' dan progresif dan boleh menerima kembali ahlinya yang tersilap langkah.

"PPBM boleh diibaratkan sebagai sebuah bahtera yang sedang bocor dan menunggu masa untuk karam akibat pertelagahan nakhoda, oleh yang demikian wajarlah ahlinya segera mencari bahtera baharu yang lebih kukuh dan stabil," katanya.






Kerajaan Peruntuk RM783.7 Juta Untuk Selesai Masalah Air Di Kedah

Kerajaan Peruntuk RM783.7 Juta Untuk Selesai Masalah Air Di Kedah


Kerajaan persekutuan dan negeri memperuntukkan RM783.7 juta bagi menangani masalah bekalan air di seluruh Kedah, kata Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Datuk Tajuddin Abdullah.

Beliau berkata sejak 2015, Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan RM48.5 juta bagi menyelesaikan masalah air di luar bandar dan Syarikat Air Darulaman (SADA) pula memperuntukkan RM735.2 juta bagi menyelesaikan masalah air di negeri ini.

"Ini menunjukkan kerajaan sentiasa membantu rakyat menerusi kerjasama erat yang terjalin antara dua kerajaan negeri dan pusat," katanya kepada pemberita selepas majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Sistem Retikulasi KEDA Sungai Senang di sini semalam.

Turut hadir merasmikan majlis tersebut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Tajuddin berkata, bagi daerah Sik sahaja, KKLW memperuntukkan RM15.7 juta bagi menyediakan kemudahan bekalan air dan sebanyak RM48 juta diperuntukkan SADA yang telah memanfaatkan 68,000 penduduk di daerah itu.

Tajuddin juga memohon supaya masyarakat serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) melaporkan kepada kerajaan melalui agensi berkaitan dan wakil rakyat sekiranya berlaku masalah air untuk diberi perhatian dan diselesaikan.

Dalam pada itu, projek BALB Sistem Retikulasi yang menelan kos RM4.5 juta itu memanfaatkan 1,500 penduduk di Sungai Senang yang selama ini dibelenggu dengan masalah bekalan air yang sering terputus.

Rata-rata penduduk yang ditemui bersyukur kerana penantian mereka selama ini berakhir dengan terbinanya projek loji rawatan air baharu itu. Natrah Mohd Saad, 38, berkata sebelum ini, mereka menggunakan air bawah tanah untuk kegunaan seharian.

"Kami sangat bersyukur dengan keprihatinan kerajaan yang bersungguh-sungguh membantu kami dalam isu air kerana sebelum ini kami sering terputus bekalan air dan hanya menadah air pada sebelah malam sahaja," katanya.

Nor Azian Abdul Rahman, 30, pula berkata dengan kewujudan tangki air baharu yang lebih besar ini membolehkan agihan air dibuat sepanjang masa dan semua penduduk dapat menikmati air bersih setiap hari. - Bernama
 BN Kedah Siap Siaga Hadapi PRU14

BN Kedah Siap Siaga Hadapi PRU14

Image result for ahmad bashah

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pihaknya telah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 jika ia berlaku dalam tempoh terdekat.

"Setakat ini jentera parti sama ada UMNO ataupun BN Kedah, kita memang dah bersedia dari awal lagi di semua peringkat iaitu bahagian, cawangan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM).

"Saya pun dah pergi buat lawatan di bilik-bilik gerakan di peringkat Parlimen, jadi makna kata kita dah bersedia kiranya kalau Perdana Menteri umum bila-bila masa pun jentera parti memang dah bersedia di semua peringkat.

"Ini arahan yang diberi oleh ibu pejabat kepada UMNO dan BN supaya kita siap awal boleh dikatakan sejak tahun lalu kita dah sedia, walaupun tempoh masa boleh sampai tahun depan.

Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar berkata beliau juga yakin, rakyat Kedah dapat menilai jasa dan sumbangan yang dilakukan kerajaan selama ini yang banyak membuat perubahan demi membela nasib rakyat di seluruh negeri dan negara.

"Kita yakin rakyat sekali lagi akan memberi kepercayaan kepada BN di Kedah, insya-Allah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darulaman.
BARAKAH :INSENTIF BERTERUSAN UNTUK RAKYAT KEDAH

BARAKAH :INSENTIF BERTERUSAN UNTUK RAKYAT KEDAH


1. Saya terpanggil untuk membetulkan tafsiran sonsang Tun Mahathir berkaitan skim Barakah yang kerajaan negeri Kedah perkenalkan sejak 14 April 2016 didalam tulisan terbaru beliau http://chedet.cc/?p=2478

2. Pemberian skim ini tidak ada kaitan dengan kononya usaha kerajaan negeri atau persekutuan memberi gula gula kepada masyarakat susulan selepas lawatan pimpinan pembangkang sepertinya.

3. Barakah adalah usaha menyuruh menyeleraskan skim bantuan pelbagai agensi untuk disalurkan pada sasaran memerlukan supaya tidak ada pertindihan.

4. Tun Mahathir terkeliru apabila sekadar menyebut kotak makanan Barakah sebagai satu satunya pemberian kerajaan negeri pada penduduk sama ada di Pulau Tuba atau tempat lain.

5. Hakikatnya Barakah punyai 5 komponen yang disesuaikan dengan kumpulan sasar. Bagi komponen Barakah Anak Muda sepanjang 2016-2017 RM2juta disalurkan bagi skim.latihan misalnya program IMAN, latihan kepimpinan, Town Hall TN50 ANAK, Kedah Job Fair selain insentif pengurusan persatuan mahasiswa. Selain SUKDA yang membolehkan 1500 bakat sukan dicungkil di Kedah. Demikian juga ADAB, ratusan pemain bola sepak pelapis dilahirkan demi memenuhi tuntutan bahawa sukan sudah menjadi satu industri kerjaya.

6. Demikian juga komponen.Barakah Pendidikan dan Modal Insan. 1600 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah diberi bimbingan tuisyen percuma melibatkan kos RM600 ribu. Jelas dari keputusan SPM 2016 pelajar yang tidak pernah diberikan harapan berjaya mencapai keputusan membanggakan.

7. Barakah Pendidikan dan Modal insan turut menyediakan penyaluran bantuan per head untuk semua pelajar Sekolah Agama Rakyat dengan nilai RM2.7 juta setahun di Kedah. Satu hak yang dinafikan Tun Mahathir tatakala beliau menjadi Perdana Menteri atas justifikasi kononya sekolah agama melahirkan kader PAS. Bukan itu sahaja melalui skim Barakah ini, 11 buah pondok pengajian agama dibawah naungan Yayasan Pondok Malaysia yang beroperasi di Kedah dibantu oleh YAB DATO SERI DIRAJA AHMAD BASHAH dengan sokongan kerajaan Persekutuan. Bantuan menerusk geran berjumlah RM330 ribu bagi membantu aspek pengurusan selain urusan belian kitab pengajian.

4. Skim ini merupakan antara kegagalan anak Tun semasa menjadi MB Kedah untuk melaksanakannya sungguhpun ianya terkandung dalam akujanji PRU KE13 khusus untuk Kedah. Menjadi menteri besar bukan sekadar menunding jari ataupun mencari alasan "tiada kerjasama kerajaan persekutuan", tetapi ianya memerlukan dedikasi dan sentiasa mengambil risiko demi rakyat.

5. Tun Dr Mahathir juga terlepas pandang kerana skim Barakah adalah sistem bantuan kepada rakyat di Kedah yang dilaksana secara konsisten tanpa perlu menunggu musim pilihanraya atau dilakukan tergesa gesa selepas pemimpin pembangkang melawat sesuatu kawasan. Barisan Nasional yang menunjangi kerajaan negeri sentiasa berkhidmat tanpa musim pada setiap ketika dan waktu.

6. Biarlah Tun menuduh kononya Barakah ini adalah gula gula kerajaan sama seperti dia berpolemik dengan menyatakan BRIM itu rasuah.

7. Secara realitinya kerajaan ini memahami keperluan rakyat dan berusaha memenuhi keperluan berkenaan sebaik mungkin. Bagi Tun Mahathir ianya mungkin gula gula kerana dia sendiri dan kaum keluarganya sudah kaya raya hasil apa yang dikatakan 'kecekapan berniaga".

8. Namun bagi rakyat kebanyakkan yang dikatakan ' gula gula' itulah sedikit sebanyak meringankan kos sara hidup dan bebanan keluarga mereka. Pemuda UMNO Kedah menyanjung tinggi usaha dan komitmen Kerajaan negeri dan YAB Menteri Besar yg ingin terus menerus membela nasib rakyat dengan terus-menerus membekalkan kotak "Barakah" pada masa yg akan datang. Bagi Pemuda Kedah, inilah kerajaan yg mesra rakyat dan sentiasa peka terhadap masalah dan keperluan semasa rakyat.

DATO SHAIFUL HAZIZY B. ZAINOL ABIDIN
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO KEDAH