Latest
Loading...
ADUN BN, PEMBANGKANG Bermuafakat Meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2016.

ADUN BN, PEMBANGKANG Bermuafakat Meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2016.




Perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2016 peringkat negeri di sini mencuri tumpuan dengan kehadiran sebanyak 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) dan PEMBANGKANG yang julung-julung kali berarak memeriahkan acara.

Kontinjen berkenaan adalah daripada keseluruhan 109 kontinjen melibatkan 3,597 orang daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, pasukan beruniform dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai perarakan meraikan hari bersejarah itu.

Perarakan bermula kira-kira pukul 8.30 pagi di Dataran Balai Besar di sini hari ini sebaik sahaja, keberangkatan tiba Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehudin Sultan Badlishah dan isteri, Tunku Puan Temenggong Kedah, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff.

Turut hadir, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah serta jemputan lain.
Kontinjen berkenaan berarak melintasi pentas khas dengan diiringi dengan lagu-lagu patriotik oleh kumpulan pancaragam dalam acara berlangsung meriah dengan kehadiran ribuan penduduk negeri ini.

Turut menyerikan acara pertandingan perbarisan terbaik mengikut kategori termasuk kategori keseluruhan terbaik yang dimenangi oleh kontinjen daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).


Segak bergaya Kontinjen Ahli - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah yg diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Dato Rozai Md Safian.
Lebih manis lagi apabila ADUN2 Kerajaan dan ADUN2 Pembangkang sama berkawad dalam satu barisan. Inilah yg dikatakan Muafakat Merdeka. Atas semangat Hari Kemerdekaan mereka mengetepikan fahaman dan ideologi politik dan kemudian tampil bersama2 untuk meraikan nikmat kemerdekaan.













 P/S : ADUN Pembangkang daripada Ayer Hitam langsung tak nampak muka! Tak muafakat betul la!



#Piala Malaysia: KFA Sedia Pertimbang Habuan Jika Kedah Juara

#Piala Malaysia: KFA Sedia Pertimbang Habuan Jika Kedah Juara



ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan mempertimbangkan ganjaran setimpal kepada pemain sekiranya Kedah menjuarai Piala Malaysia musim ini.

Menteri Besar yang juga Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata prestasi ditunjukkan pemain pada masa ini amat baik dan berhak menerima ganjaran sekiranya menjulang piala berprestij itu.

"Saya harap mereka mengekalkan rentak permainan bagi membolehkan pasukan Lang Merah mara ke final, sekali gus menjuarai Piala Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bas KFA di Wisma Darul Aman di sini, Selasa.



KFA menerima tajaan bas bernilai RM1 juta daripada Syarikat Cosmic Ekspres selepas menunjukkan prestasi cemerlang dengan menjadi naib juara Piala Malaysia musim lepas.

Skuad Kedah kini berada pada kedudukan ketiga Liga Super dan layak ke perlawanan suku akhir Piala Malaysia.

Pasukan itu mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Negeri Sembilan pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Ahad lepas.

Perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung di Stadium Darul Aman di sini, pada 17 September ini.





Ahmad Bashah turut meminta penyokong skuad Lang Merah untuk terus memberi sokongan bagi menyemarakkan semangat pemain, sekali gus mempamerkan aksi yang cemerlang.

Sementara itu, beliau berkata bas dua tingkat berkenaan yang turut dilengkapi ruang perbincangan akan memberi keselesaan kepada pemain khususnya ketika bertandang ke gelanggang lawan.

"Syarikat Cosmic juga bersetuju melakukan penyelenggaraan secara percuma selama dua tahun," katanya. - Bernama
#VIDEO : KEMERIAHAN SAMBUTAN DIAMBANG KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 59.

#VIDEO : KEMERIAHAN SAMBUTAN DIAMBANG KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 59.


Ucapan Sambutan Ambang Merdeka 2016 Peringkat Negeri Kedah oleh YAB MB Kedah Dato' Seri Hj Ahmad Bashah Md.Hanipah.
MUAFAKAT MERDEKA,
SEHATI SEJIWA !!!

Assalammualaikum warahmatullah hi wabarakatuh,
Salam Muafakat Merdeka, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa...
1. Alhamdulilah bersyukur kita kehadrat Allah kerana dgn izinya di malam yg berbahagia ini, sambutan ambang merdeka, sempena ulangtahun ke 59 kemerdekaan negara dapat kita langsungkan.
2. Segala puji dan muanajat bagi Allah ingin saya lafazkan kerana Malaysia terus kekal aman. KEDAH pula terus harmoni dan maju. Dengan rakyat berbilang kaum dapat hidup rukun dan damai.
3. Alhamdulilah. Hadirin-Hadirat yg dihormati sekelian, sepertimana tahun yg lalu, tema sambutan kemerdekaan negara ialah Sehati Sejiwa. Tema ini cukup bermakna kerana dalam tempoh 59 tahun, perpaduan yg terbina di antara Melayu, Cina dan India serta lain lain kaum telah membolehkan banyak agenda pembangunan dan kemajan dilaksanakan.
4. Tema ini juga selaras dengan daya usaha kerajaan negeri yg memperkenalkan konsep Muafakat Kedah. TUAN-TUAN, PUAN PUAN SEKELIAN,
5. Atas dasar itu saya ingin menyeru supaya seluruh komponen masyarakat di negeri ini dapat bersetia mendokong kerajaan sedia ada. Hakikatnya kerajaan ini komited membina perpaduan.
6. Secara jujurnya kerajaan ini bersungguh menjamin kestabilan. Paling penting kerajaan ini juga senantiasa konsisten menggubal dasar terbaik untuk rakyat. Dengan segala rekod, pengalaman pentadbiran, kerajaan ini juga diyakini untuk terus mempertahankan kedaulatan.
Hadirin hadirat yg dikasihi sekelian,
7. 446 tahun dibawah naungan dan jajahan pelbagai kuasa asing cukup banyak menyedarkan kita. Kekayaan negara diragut, bakat anak tempatan dinafi. Dominasi ekonomi dikuasai demi kepentingan kuasa besar luar negeri.
8. Sebab itu tatkala almarhum Tunku Abdul Rahman selaku anak Kedah melaungkan kata MERDEKA pada pagi 31 ogos 1957 di Stadium Merdeka, ianya membawa rahmat dan kebanggaan buat seluruh negara.
9. Kemerdekaan membuka jalan ke arah menentukan halatuju pentadbiran negeri dan negara. Agenda membasmi kemiskinan dapat digerakkan. Peluang pendidikan diperkukuhkan. Agihan ekonomi disamaratakan. Kuasa politik dan pentadbiran dapat pula disusun mengikut acuan setempat.
Tuan tuan puan puan yg saya hormati sekelian,
10. Oleh yg demikian nikmat merdeka yg dirasai kini wajar diinsafi. Kerja meruntuh lebih mudah dari membina. Sekali dijajah, amat sukar untuk kita bebas seperti sediakala.
11. Maka kemerdekaan yg terbina hasil kudrat, perjuangan, solidariti sesama kita wajar dipertahankan. Berpegang teguhlah dengan prinsip Dimana bumi dipijak di situlah langit dijunjung.
12. Insafilah, Malaysia tanah tumpahnya darahku, Kedah Darul Aman negeriku. Bumi barakah penuh bertuah. Ibarat kata pantun Melayu lama ' SEGAK DAN GAGAH DATUK HANG TUAH, MELAWAN MUSUH HADAPI BAHAYA, MALAYSIA INI BUMI BERTUAH, JANGAN DIBIAR ROSAK BINASA'.
13. Janganlah mendengar guruh dilangit air tempayan kita curahkan Janganlah mudah digula gulakan dgn fitnah dan mehnah yg mahu merosakkan keamanan negara. Jangan sesekali membuka ruang pada petualang yg mengambil peluang kesan kemelut sesama.kita. Golongan yang hanya menunggu detik dan ketika. Jika alpa maka tidak mustahil penjajahan semula pasti direkacipta.
HADIRIN HADIRAT SEKELIAN,
14. Yakinlah sistem yg sedia ada sudah cukup baik untuk hidup kita. Jika ada kekurangan kita baiki dari masa ke semasa. Ruang demokrasi terbuka luas untuk menyatakan hak kita.
15. Maka jika ingin menukar kerajaan gunalah hak sebagai pengundi dan ikutilah saluran demokrasi. Kenapa perlu duduk semeja dengan musuh asing yang berhati durja?.
16. Ingatlah kemerdekaan ini wajib dipertahankan. Sedarlah proses menuju merdeka sudah memakan perjuangan yg lama. Pengorbanan nyawa, keringat yg tumpah dan linangan air mata datuk nenek kita yg tak mampu disingkap sekadar dengan sebuah CERITA.
17. Lantas, bersamalah kita seluruhnya, MUAFAKAT MEMPERTAHANKAN MERDEKA. Dengan penuh SEHATI DAN SEJIWA.Ingatlah, bangsa Malaysia bangsa bermaruah. Negara kita tanggungjawab kita bersama..
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!.


#VIDEO : WARNA WARNI SAMBUTAN DIAMBANG KEMERDEKAAAN KE 59..





#BiarGambarMenceritakanSuasana
#SifatMudahMesraMBKedahDiSayangiRakyat










































#SELAMATMENYAMBUTHARIKEMERDEKAANKE59
#MUAFAKATMERDEKA
#LEGASIANAKMERDEKA
#SALUTEANDPROUDMBKEDAH