Tun M Perlu Bertanggung Jawab Atas Tragedi Memali


Cadangan sesetengah pihak supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat semula ‘Tragedi Memali’ bakal merungkai pihak bertanggungjawab ke atas tragedi itu.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata perkara itu kini menjadi hangat dikalangan masyarakat susulan terdapat fakta bercanggah yang tidak dipastikan kebenarannya.

Related image

“Kita menyokong diwujudkan RCI bagi menyiasat tragedi Memali yang berlaku pada 19 November 1985.

“Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu wajar bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kejadian ini atas sebab-sebab yang kukuh,” lapor Astro AWANI, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata kerajaan bersedia menubuhkan suruhanjaya itu sekiranya terdapat permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa.

Image result for mahathir dan memali


Dalam peristiwa di Baling itu, sekurang-kurangnya 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi bagi menahan Ibrahim Mahmud atau dikenali Ibrahim Libya.

Dalam pada itu, Shaiful berkata persoalan sebenar berkenaan tragedi itu perlu dijawab oleh bekas perdana menteri ke empat itu.

“Ia juga ‘dosa berzaman’ Dr Mahathir kepada warga Memali, rakyat Kedah khsususnya dan warga Malaysia amnya.

“Dengan merungkai persoalan ini secara jelas maka barulah Dr Mahathir dan PPBM layak untuk bercakap soal menerajui negeri jelapang padi.,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dilaporkan berkata cadangan menubuhkan RCI tragedi Memali bukan untuk menganiya sesiapa.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post