Wawancara Khas Bersama CEO SADA Mengenai Isu Air Di Kedah


Satu wawancara khas bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif @CEO Syarikat Air Darul Aman ( SADA ) Dato Abdul Ghani @ Zulkifli bin Haji Zainuddin bagi menjelaskan beberapa perkara mengenai isu sebenar bekalan air di negeri Kedah di Ibu Pejabat SADA.

Menurut Dato Abdul Ghani terdapat 3 isu dasar dalam konteks bekalan air di negeri Kedah iaitu :

1. Melengkapi infrastruktur agar selaras dengan penggunaan air semasa di negeri Kedah. Ini melibatkan kerja - kerja naiktaraf Loji Rawatan seperti mana yang sedang giat dilakukan sekarang. Terdapat 5 buah Loji Rawatan Air yang sedang dinaiktaraf selain pembinaan sebuah Loji Air baru di Sg Santap yang dijangka akan siap dan boleh beroperasi pada 26 Ogos ini.

Loji Air Sg Santap baru ini dapat membekalkan bekalan air dan menyelesaikan masalah air di kawasan Pokok Sena dan Utara Pendang. Bermakna selepas ini Loji Air Pelubang dan Loji Air Bukit Pinang dapat membekalkan bekalan air sepenuhnya ke kawasan Alor Setar, Kuala Kedah, Kubang Pasu dan Padang Terap.

2. Kos modal yang besar bagi menyelenggara 12000.50 KM paip utama di seluruh negeri Kedah, 36 Loji Rawatan Air di seluruh Kedah,operasi Rumah Tangki, agihan bekalan, takungan air di Empangan, faktor cuaca dan juga masalah jangka hayat paip yang sudah berusia agak lama.

3. Pihak SADA juga akan mengutamakan aspek pembetulan budaya kerja dalam organisasi SADA agar respon terhadap setiap aduan, tindakbalas segera terhadap masalah bekalan air, fokus staf dan kakitangan semua peringkat dalam SADA untuk menghayati fungsi SADA selaku operator utama membekalkan perkhidmatan air bersih terawat kepada pengguna.

Jumlah pemilik akaun SADA di seluruh negeri Kedah adalah 557000 akaun. daripada jumlah tersebut, hanya 1.9% akaun yang menghadapi masalah bekalan air. 1.9% akaun tersebut jika dilibatkan dengan jumlah isi rumah bermakna ianya melibatkan seramai 64000 orang yang akan terjejas. namun ini tidak bermakna mereka semua itu langsung tidak menerima bekalan air.

Ada yang menghadapi masalah bekalan air yang kadang kala terputus. namun pihak SADA tetap memberi perhatian serius bagi menangani masalah ini kerana air merupakan keperluan asas bagi kita semua. Jadi bagi menangani masalah air bagi jangka pendek piahk SADA melakukan operasi penghantaran bekalan air bersih melalui lori tangki air secara berkala.

Dari sudut aduan masalah air dari pengguna pada musim perayaan tahun 2017 didapati menurun dengan agak drastik apabila mencatatkan hanya 1610 panggilan sahaja berbanding 6297 panggilan pada musim perayaan 2016. Ini bermakna jumlah penurunan aduan sebanyak 75%. Manakala bagi jumlah aduan berkaitan ketiadaan bekalan air bersih bagi tahun 2017 berjumlah sebanyak 273 aduan berbanding 661 aduan pada tahun 2016.

Ini menunjukan penurunan sebanyak 41%. Penurunan jumlah bilangan peratus aduan pada musim perayaan adalah hasil dari kesan langkah persediaan awal pihak SADA melalui 9 pendekatan praktikal serta perhatian khusus dari YAB MB Kedah DS Diraja Ahmad Bashah.

Menurut Dato Abd Ghani, sebaik sahaja beliau diberi amanah untuk mengemudikan SADA sejak 4 bulan yang lepas, beliau mengambil langkah - langkah proaktif bagi menyelesaikan masalah bekalan air dan memperbaiki mutu perkhidmatan.

Antaranya beliau telah berjaya kurangkan peratus bilangan NRW kepada 42 - 43% pada tahun ini berbanding 46.6% pada tahun 2015. Malah beliau bersama dengan pasukan pengurusan dari pelbagai peringkat di dalam SADA turut melaksanakan tugas dengan sistematik demi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan SADA melalui KPI yang telah ditetapkan. 

Antaranya mengadakan "Dasar Pintu Terbuka" kepada semua pihak terutamanya pihak media agar segala maklumat dan berita dapat disalurkan dengan tepat dan tidak berat sebelah. Satu aplikasi baru akan diperkenalkan iaitu SADA Apps bagi memudahkan pelanggan SADA untuk berurusan. Kempen penjimatan air turut dirancang bagi menyemai kesedaran di kalangan rakyat Kedah.

#MuafakatKedah
#SADA

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post