Bukti Kerajaan Dan UMNO Tidak Campur Tangan Kes Penahanan Isa Samad - Ahmad Bashah


Penahanan Tan Sri Isa Samad oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan pembelian dua hotel di London dan Sarawak bukti ketelusan kerajaan dan UMNO.

YAB Menteri Besar, Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, parti dan kerajaan menyerahan kepada SPRM dan tidak sepatut diganggu oleh mana-mana pihak.

" Kita tidak patut campur tangan atau ganggu tugas pihak berkuasa yang menjalankan siasatan seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang di mana mereka buat perhimpunan di mahkamah apabila pemimpin mereka ditahan SPRM, "  kata Ahmad Bashah pada sidang media di Wisma Darulaman hari ini 
  
Beliau diminta mengulas mengenai penanahan Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang juga bekas Pengerusi Felda oleh (SPRM) di Putrajaya  semalam berhubung pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Mohd Isa ditahan kira-kira 4.30 petang semalam ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM di sini untuk memberi keterangan. 

Ahmad Bashah berkata lagi, penahanan Isa yang juga pemimpin UMNO bahagian tidak akan menjejaskan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam perkembangan lain, YAB Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah berpuas hati dengan perjalanan pada Sidang Dewan Undangan Negeri yang bermula Isnin dan berakhir Khamis.

Tidak banyak isu yang dibangkitkan, membuktikan ada permuafakatan antara ahli Dewan Undagan Negeri baik di pihak Barisan Nasional dan pembangkang, katanya lagi.

"Saya amat memerlukan cadangan semua ADUN untuk merancang pembangunan negeri ini dan berterima kasih kepada mereka kerana turut memberikan ideayang baik," katanya lagi.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post