Latest
Loading...
Penanaman Ketum Di Tanah Pertanian Milik Kerajaan Negeri Tidak Dibenarkan - MB

Penanaman Ketum Di Tanah Pertanian Milik Kerajaan Negeri Tidak Dibenarkan - MB



JITRA - Kerajaan Kedah tidak teragak-agak merampas tanah pertanian milik kerajaan negeri yang disalah guna untuk tanaman ketum, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak pernah mengiktiraf tanaman pokok ketum kerana terdapat banyak tanaman pertanian lain yang boleh menyumbang pendapatan lebih lumayan kepada pengusahanya.

"Jika ada pengusaha yang gunakan tanah kerajaan negeri untuk tanaman ketum, yang bukan tanaman yang diiktiraf, kita tidak teragak-agak untuk merampasnya. 

Kita akan menggunakan peruntukan undang-undang tertentu untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) Peringkat Negeri Kedah di Dataran Darul Aman di sini, semalam.

Katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga diminta mengambil tindakan sewajarnya terhadap aktiviti penanaman ketum di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah menyeru semua anggota Umno di negeri ini kekal bersama parti itu dan tidak berpaling tadah dengan menyertai parti baharu di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga Pengerusi Umno Kedah berkata, ia kerana parti itu telah banyak berjasa kepada rakyat selama ini.

"Tidak perlu tukar parti...duduk sahaja dalam parti ini (Umno) kerana yang dibawa oleh mereka (Dr Mahathir) belum wujud," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mempelawa anggota Umno menyertai parti baharu.

Mukhriz dalam ucapannya pada satu majlis jamuan hari raya di Kodiang, semalam meminta anggota Umno menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi.-bernama
Hari Koperasi Peringkat Negeri Kedah Dirasmikan Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Bashah.

Hari Koperasi Peringkat Negeri Kedah Dirasmikan Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Bashah.


Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Kedah yg dirasmikan oleh YAB MB Kedah DS Ahmad Bashah di Dataran Bandar Darulaman, Jitra.
Dalam ucapan DS Ahmad Bashah, beliau menjelaskan tema Hari Koperasi Negara tahun ini iaitu "Satu Untuk Semua,Semua Untuk Satu" menggambarkan kekuatan gerakan koperasi di Malaysia dalam menghadapi apa jua cabaran dan rintangan.




Antara tetamu yg hadir ialah EXCO YB Dato' Dr Ku Rahman bin Ku Dr Ismail Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Industri dan Pelaburan Perdagangan Dalam Negeri,Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi serta YBhg Dato'Basaruddin bin Sadali,Timbalan Ketua Setiausaha(Perdagangan Dalam Negeri),kementerian  Perdagangan Dalam  Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan.






- Pengalaman MB sebagai menteri KPDNKK dapat meningkatkan lagi koperasi di kedah.
- Ucap terima kasih selepas 2013 pernah berlangsung di kedah sebagai tuan rumah peringkat kebangsaan
- Program ini berfungsi sebagai medan untuk promosi produk dan aktiviti koperasi.
- Untuk orang ramai dapatkan maklumat baru koperasi dan produk baru setiap koperasi di kedah ini.



Setakat 31 Disember 2015, di negeri Kedah terdapat 922 buah Koperasi dengan jumlah keanggotaan 326 600 orang dan memiliki aset rm 678.7 juta dengan jumlah perolehan sebanyak rm 367.2 juta. 
Program sebegini dapat berfungsi sebagai medan untuk mempromosikan produk dan aktiviti Koperasi dan orang ramai berpeluang untuk mendapatkan maklumat baru Koperasi dan produk baru setiap Koperasi di negeri Kedah.


Pengisytiharaan tokoh koperasi negeri kedah sebagai penghargaan untuk menghargai mereka berjuang di sektor koperasi ini utk meningkatkan keprcayaan org ramai sejajar kerajaan untuk menjadikan koperasi sebagai satu medan orang ramai mendapatakn nasihat kerajaan dalam perniagaan atau sebagainya.





- Tema Satu untuk semua, Semua untuk satu adalah untuk menggambarkan kekuatan gerakan koperasi di malaysia dalam menghadapi apa jua cabaran dan rintangan.

- Sehingga 31 disember 2015 malaysia terdapat 12 769 koperasi dengan keanggotaan berjumlah 7.5 juta orang yang memiliki jumlah /modal syer 13.81 billion.

- Di Kedah pula ada 922 koperasi dengan anggota sebanyak 326 600 orang dan aset sebanyak RM678.7 juta dan jumlah perolehan RM367.2 Juta. Diharapkan semua koperasi di Kedah bermuafakat untuk memperkasakan koperasi sebagai satu entiti yg efisien.

- Menggalakkan setiap lapisan masyarakat mewujudkan koperasi berkualiti diperingkat komuniti Taman2 Perumahan, Masjid2, Institusi2 Pertubuhan Berdaftar dan sebagainya bagi memudahkan kerajaan menyalurkan kemudahan seterusnya kesejahteraan rakyat dapat dinikmati bersama.

- Ini adalah sejajar dengan dasar koperasi negara 2011-2020 yg mensasarkan sekurang kurangnya 50% penduduk Malaysia utk jadi anggota koperasi dan menyumbang nilai perolehan RM50 Billion kpd KDNK pada tahun 2020.

- Gerakan koperasi harus bersifat terbuka dan bukan hanya kepada golongan veteran tetapi harus ada dari golongan belia profesional dan aktiviti harus pelbagai mengikut keperluan semasa.

- MB menyeru kepada anggota pentadbiran dan pengurusan supaya meningkatkan ilmu dalam pelbagai bidang dengan mengambil peluang menghadiri apa sahaja program pemantapan yang dianjurkan olrh Suruhanjaya Koperasi Malaysia mahupun Maktab koperasi Malaysia,ANGKASA dll.

- Marilah bersama sama merealisasikan hasrat menjadikan malaysia negara maju 2020.

- Mendoakan agar gerakan koperasi di Malaysia yg dipimpin oleh KPDNKK dan SKM terus memperkasakan Objektif Kemajuan dan melaksanakanTransformasi sektor koperasi negara seiring dgn agenda Transformasi pembangunan ekonomi negara.

#HariKoperasiNegara2016
Satu untuk semua,Semua untuk satu. 
#MuafakatKedah

Hasil carian imej untuk koperasi malaysia
                     

#Kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Bukit Lada.

#Kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Bukit Lada.



Kelangsungan Kemeriahan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Bukit Lada Dato Ahmad Lebai Sudin yg diadakan di perkarangan Pusat Khidmat ADUN Bukit Lada,Pokok Sena malam tadi.
Kehadiran Tetamu dan Masyarakat Melayu dan berbilang bangsa menunjukkan "Permuafakatan" yang cukup menggambarkan kepimpinan yang berwibawa ADUN Bukit Lada dgn Masyarakat setempat. Pemimpin yang berjiwa rakyat sentiasa disayangi rakyat tidak mengira bangsa dan agama.



Lebih daripada 8000 orang hadir membanjiri khemah2 yg disediakan hingga ada yg mengambil inisiatif untuk duduk berkelah di atas rumput yg dilapik dengan suratkhabar bersama sahabat taulan dan keluarga.

Anak2 masa depan tidak melepaskan peluang bersalam dengan Dato Ahmad Lebai Sudin



Duit Raya buat Anak2 masa depan .. meriahnya Aidilfitri buat mereka.


Antara Tetamu yang hadir.... jelas menggambarkan kemeriahan majlis rumah terbuka aidilfitri ADUN Bukit Lada.



Majlis Diserikan lagi dengan Alunan Muzik Tradisional Tempatan.


Banyak juadah2 menarik disediakan pada tahun ini dengan tarikan utamanya adalah pulut durian. Pengunjung juga dikejutkan dengan persembahan bunga api yg menerangi ruang udara angkasaraya bandar Pokok Sena.



Terima kasih buat Dato Ahmad Lebai Sudin dan keluarga yg menyantuni para tetamu dengan penuh mesra. Insyaallah berjumpa lagi ditahun hadapan. SALAM AIDILFITRI & Maaf Zahir Batin dari ADUN Bukit Lada, Dato Ahmad Lebai Sudin dan Keluarga buat semua yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Beliau. 


Salam dari Admin Blog Muafakatkedah.blogspot.com
#MuafakatKedah.
Ketum Tidak Diiktiraf Bidang Perubatan - Exco Kesihatan.

Ketum Tidak Diiktiraf Bidang Perubatan - Exco Kesihatan.





ALOR SETAR – Rakyat Kedah disarankan supaya lebih berhati-hati dalam isu cadangan tanaman pokok ketum di seluruh negara kononnya untuk memenuhi permintaan pasaran luar negara.
Exco Kesihatan, Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, ia kerana isu pokok ketum masih dalam proses pindaan daripada Akta Racun kepada Akta Dadah Berbahaya.

“Saya ada dengar pihak Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) cadang tanam dan eksport pokok ketum, tapi kita tak tahu negara mana yang nak terima. Adakah Malaysia benarkan untuk tanam sebab perundangan itu pun belum selesai.

“Kita masih dalam proses pindaan Akta. Apabila Risda buat cadangan itu ia seolah-olah bercanggah dengan kerajaan. Tahun lepas kita nak letak ia dalam Akta Dadah Berbahaya, tapi tergendala sebab ada pihak kata ia mempunyai kesan kesihatan,” katanya.

Menurutnya, pihak Risda sepatutnya membuat kajian terperinci terlebih dahulu mengenai kesan dan kebaikan pokok ketum kepada manusia sebelum membuat cadangan untuk mengeksport ke luar negara.

“Kita sedia maklum ketum ini memudaratkan kesihatan, tapi kalau mengambilnya dengan dos atau kuantiti yang terlalu sedikit ia boleh memberi tenaga dan boleh hilangkan sakit badan.
“Tapi kalau diambil dengan dos atau kuantiti yang banyak, ia boleh menyebabkan kesan kepada kulit menjadi kehitaman, letih, kesan kepada otak dan organ dalaman,” katanya.

Yong Kong berkata, daun ketum juga tidak pernah diiktiraf dalam bidang perubatan untuk merawat penyakit.

“Cuma ia dikatakan boleh menyembuhkan penyakit tertentu. Bagaimanapun, hasil kajian tidak membuktikan ia boleh merawat penyakit, termasuk kanser.

“Ada beberapa kawasan di utara Kedah yang dikenal pasti mempunyai tanaman pokok ketum, tapi pihak berkuasa telah menasihatkan supaya tukar tanaman itu kepada tanaman lain,” katanya.-sinar
Penduduk Mohon Buat Garisan Kuning Di Jalan Air Merah-Junjung,Kulim

Penduduk Mohon Buat Garisan Kuning Di Jalan Air Merah-Junjung,Kulim


Jamaludin menunjukkan jalan utama yang perlu diwujudkan ciri keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.

KULIM - Beberapa penduduk di Taman Melur Indah, di sini, memohon pihak bertanggungjawab mewujudkan garisan kuning di simpang masuk ke kawasan perumahan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk, Jamaludin Hashim berkata, jalan utama Jalan Air Merah-Junjung itu berselekoh dan membahayakan penduduk untuk keluar dan masuk ke kawasan perumahan.

“Jalan ini berselekoh, nak masuk ke kawasan perumahan pun bahaya, tambah lagi nak keluar ke Junjung. Ada garisan belang kuning tapi hanya di sebelah jalan saja.

“Kita harap pihak terlibat boleh segera mewujudkan garisan kuning bagi mengurangkan kelajuan kenderaan dan berjaga-jaga,” katanya.

Malah katanya, di kawasan itu juga kerap berlaku kemalangan maut kerana kekurangan ciri keselamatan.

“Boleh dikatakan sebulan sekali kemalangan maut, itu tak termasuk kemalangan biasa, sebab kebanyakan kenderaan lalu di sini, jalan pula berselekoh. Kalau ada garisan jalur kuning itu, kenderaan akan jadi perlahan sedikit,” katanya.

Tambahnya, aduan juga sudah dibuat kepada pihak berwajib, namun masih ada tindakan dilakukan.

“Kita harap mereka dapat segerakan kalau tak sesuai garisan jalur kuning itu guna lah kaedah lain yang bersesuaian bagi mengurangkan risiko kemalangan,” katanya.- sinar


Enam Ditahan Kes Lempar Batu Bas Penyokong Kedah

Enam Ditahan Kes Lempar Batu Bas Penyokong Kedah



GEORGE TOWN: Enam lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sekumpulan lelaki bermotosikal melempar batu ke arah bas penyokong Kedah di Jalan Datuk Keramat, di sini selepas perlawanan bola sepak Liga Super malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata mereka yang berusia 16 hingga 40 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di negeri ini, antaranya di daerah Timur Laut dan Seberang Perai dari pukul 2 pagi hingga 8 pagi Rabu.
"Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, bas persiaran yang membawa 40 penyokong Kedah dalam perjalanan pulang ke Alor Star. Ketika melalui Jalan Datuk Keramat, kira-kira 15 hingga 20 motosikal mengekori rapat bas tersebut.
"Mereka yang dipercayai penyokong pasukan Pulau Pinang membaling batu ke arah bas itu sehingga sebahagian cermin kiri dan kanan retak, lampu belakang pecah dan badan bas kemek," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.
Beliau berkata kejadian selepas perlawanan yang menyaksikan Pulau Pinang menewaskan Kedah 3-2 itu menyebabkan keadaan menjadi kecoh dan kereta peronda polis terpaksa mengiringi bas tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.
Mior Faridalatrash berkata pemandu bas berusia 31 tahun itu membuat laporan polis dan mendakwa kerugian lebih RM20,000.
Tiada kecederaan dilaporkan.
Beliau berkata keenam-enam lelaki termasuk dua penjawat awam itu ditahan berdasarkan nombor pendaftaran motosikal mereka dan polis telah mengenal pasti 10 lagi motosikal yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.
"Kesemua yang ditahan itu akan direman esok dan polis meminta mereka yang terlibat dalam kejadian itu supaya menyerah diri," katanya.
Beliau berkata berdasarkan siasatan, kejadian itu dipercayai berpunca daripada provokasi antara penyokong Kedah dan Pulau Pinang sejak dari dalam stadium.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mior Faridalatrash berkata polis telah mengenal pasti beberapa lelaki dipercayai penyokong Selangor yang membaling bom asap sehingga mencetuskan kekecohan pada perlawanan Liga Super ketika menentang Pulau Pinang di Stadium Bandaraya di sini, Ahad lepas.
Isnin lepas, terdapat rakaman video yang menjadi viral menunjukkan penyokong Selangor mencetuskan kekecohan di Stadium Bandaraya di sini. - bernama
Majlis Pelancaran Pesawat Latihan Kolej Tentera Udara Alor Setar.

Majlis Pelancaran Pesawat Latihan Kolej Tentera Udara Alor Setar.



Majlis Pelancaran Pesawat PC - 7 Mk II Batch III dan ECC 120B Dirasmikan oleh Menteri Pertahanan DS Hishamuddin Hussien Onn di Kolej Tentera Udara Alor Setar dan juga Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kolej Tentera Udara Alor Setar.



YAB MB Kedah DS Ahmad Bashah serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah dan barisan kepimpinan UMNO Negeri Kedah turut sama menyambut kedatangan YAB Menteri Pertahanan ke Negeri Kedah Darul Aman.






Pesawat Pilatus PC - 7 Mk II ini akan digunakan sebagai pesawat latihan penerbangan bagi TUDM. Begitu juga dengan helikopter yg sangat sesuai dijadikan helikopter latihan penerbangan bagi pelatih2 TUDM.




DS Hishamudin Hussien Onn ,DS Ahmad Bashah dan Dato Johari Baharom 
Di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kolej Tentera Udara Alor Setar.





Antara jenis2 Pesawat yg dirasmikan.

1. Pesawat Pilatus PC - 7 Mk II ini digunakan utk tujuan latihan penerbangan asas di Pusat Latihan Terbang 1 (PULATIBANG 1) Kolej Tentera Udara ,Alor Setar.

2. PC - 7 Mk II ini merupakan penambahan kpd aset sedia ada di dlm inventori TUDM bagi menampung penggunaan pesawat PC - 7 Mk II yg sedia ada dan pesawat Pilatus PC - 7 Turbo Trainer yg akan ditamatkan perkhidmatannya.

3. Pesawat ini diterima drp Pilatus Aircraft, Switzerland yg membuat penerbangan drp Switzerland ke Koleh Tentera Udara Alor Setar.

4. Perolehan pesawat ini dilakukan dlm 2 siri iaitu perolehan Siri 1 pada 3 Jun 2016 sebanyak 2 buah pesawat baru dan bagi Siri 2 sebanyak 3 buah pesawat telah diterima pada 19 Julai 2016 menjadikan jumlah keseluruhan pesawat baru 5 buah. Pesawat baru ini mula digunakan sbg pesawat latihan penerbangan pada 13 Julai 2016.

5. Airbus Helicopters EC 120B Colibri buatan Perancis ini merupakan pesawat helikopter  ringan yg unggul dan sesuai bagi menjalankan operasi dan latihan penerbangan bagi agensi2 keselamatan seluruh dunia. Rekabentuk yg moden dikuasakan dgn enjin tunggal Turbomeca Arrius 2F yg mampu hasilkan kuasa tujahan 504hp serta mampu menjangkau kelajuan maksimum 151 kts dgn jarak sejauh 441 nautical miles menjadikan pesawat ringan ini cukup disegani dalam kelasnya.

6. Mula diperkenalkan di dlm TUDM pada 3 Disember 2015 menggantikan pesawat Alouette III yg telah tamat perkhidmatannya pada bulan Mac yg lalu

7. 5 buah pesawat EC 120B Colibri ini akan digunakan sebagai pesawat latihan penerbangan dengan 3 pesawat pertama telah pun diterima bermula Januari hingga Mac 2016.

8. Pesawat EC 120B Colibri ini sememangnya diakui dan diyakini mampu memenuhi segala bentuk keperluan latihan penerbangan yg dirancang di Pusat Latihan Terbang 2 bagi memenuhi keperluan skuadron operasi  dlm TUDM.

9. Demi kelangsungan kualiti dan pemodenan aset2, TUDM juga telah menggariskan pelan perancangan masa hadapan terhadap aset2nya. Terdapat 7 perancangan utama yg telah digariskan termasuklah Peningkatan Pesawat Hawk, Pusat Servis Teknikal Sukhoi (STC), Peningkatan Avionik Pesawat Nuri (NUP4), Peningkatan Avionik Pesawat C130H (AUP2), Perolehan Pesawat A400M, Perolehan Tambahan Pesawat Latihan Pilatus PC-7 MK II dan Peningkatan Radar Kawalan Lalu Lintad Udara di Oangkalan Udara Butterworth dan Pangkalan Udara Kuantan.

10. Pelan perancangan ini amat bertetapan dgn Teras Kesiapsiagaan yg termaktub dalam 5 Teras Utama Kementerian Pertahanan pada tahun ini dgn harapan agar segala usaha yg dijana oleh pihak TUDM ini mampu untuk memastikan TUDM terus kekal relevan dan menjadi kuasa udara yg disegani di rantau ini dan dunia.
Siasat Segera Individu Dalam Laporan Pemuda UMNO - Shaiful Hazizy

Siasat Segera Individu Dalam Laporan Pemuda UMNO - Shaiful Hazizy

KP umno kedah

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa untuk mempercepatkan siasatan mencari dalang konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pemuda UMNO Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tuduhan itu amat berat dan perlu disiasat dengan kadar segera.

"Kita amat bimbang dengan senario sekarang iaitu wujudnya kemungkinan beberapa pegawai tinggi kerajaan yang mempunyai maklumat dan data strategik negara bertindak menjual ataupun membocorkan maklumat ini.

"Kita juga mengutuk usaha untuk menjatuhkan Kerajaan dan Perdana Menteri melalui kaedah yang tidak demokratik. Bagi Pemuda Kedah ianya satu pengkhianatan seumpama rampasan kuasa yg tidak sah "coup de tat" terhadap sebuah Kerajaan yang dipilih secara demokratik.

"Pemuda UMNO Kedah yakin, pilihanraya dan demokrasi adalah jalan yang paling baik untuk mana-mana pihak menukar Kerajaan dan Perdana Menteri," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Sebelum ini, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun mendakwa bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan perdana menteri.

BACA: Zeti Akhtar antara terlibat konspirasi gulingkan PM - Pemuda UMNO

Dalam satu laporan polis, Khairul Azwan menjelaskan mempunyai sebab-sebab untuk mempercayai individu-individu tersebut telah memberi maklumat sulit dan dokumen kepada agensi-agensi di Amerika Syarikat termasuk pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Tegasnya, maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen ini telah diberikan kepada pihak asing tanpa kelulusan yang sah oleh pihak berkuasa Malaysia yang berkenaan termasuk Jabatan Peguam Negara dan sebahagian besar daripada maklumat tersebut adalah direka, dipalsukan serta diputar belit untuk mencapai tujuan-tujuan jahat.

Dalam pada itu, Shaiful turut bimbang campur tangan asing bukanlah satu jalan yang ideal untuk menyelesaikan kekusutan.

"Keupayaan Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) untuk menjalankan siasatan secara telus dan adil adalah amat diragui.

"Umum sedia maklum akan peranan 'pelobi' upahan dalam sistem pentadbiran dan perundangan Amerika.

"Keupayaan dan niat kumpulan-kumpulan tertentu adalah amat membimbangkan dan ia mampu mengugat kestabilan sebuah negara," ujarnya.

Shaiful juga mahu Perdana Menteri dibebaskan daripada sebarang 'jenama' politik yang berniat jahat.

"Harus diingat, Perdana Menteri sendiri menyatakannya tidak melindungi mana-mana pihak dan menggesa agar mereka yang terlibat dengan segera dibawa ke muka pengadilan," katanya.- awani
Peneroka Felda Dinasihatkan Jual Hasil Getah Ke Pusat Pengumpulan

Peneroka Felda Dinasihatkan Jual Hasil Getah Ke Pusat Pengumpulan



SIK - Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dinasihatkan agar memastikan hasil getah dihantar ke Pusat Mengumpul Getah (PMG) Felda bagi membolehkan mereka menikmati insentif yang disediakan kerajaan, terutamanya sewaktu negara berdepan dengan isu kejatuhan harga getah.

Pengurus Besar Felda Wilayah Alor Setar, Abdul Rahman Ahmad berkata terdapat sebanyak 13 tanah rancangan Felda di bawah Wilayah Alor Setar, termasuk tiga di Perlis, dengan penyertaan keseluruhan seramai 4,042 peneroka.

"Kejatuhan harga getah sememangnya membuatkan banyak pihak susah hati, bukan hanya peneroka bahkan Felda sendiri tidak terkecuali, namun peneroka Felda tidak begitu terkesan memandangkan ramai daripadanya terlibat dalam proses tanaman semula pokok getah.

"Bagaimanapun, saya menyarankan agar semasa kejatuhan harga getah ini, bagi tanah rancangan yang masih mengeluarkan hasil, pastikan hasil getah itu dihantar ke PMG Felda kerana kerajaan menyediakan bantuan kepada penoreh menerusi Insentif Produktiviti Getah yang diwujudkan bagi membantu penoreh sewaktu harga getah jatuh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sewaktu menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan penyampaian sumbangan kepada 23 jemaah haji dari Felda Teloi Timur yang bakal berangkat menunaikan haji bermula 4 Ogos ini, di Dewan Semai Bakti Felda Teloi Timur, di sini, Selasa malam.


Majlis disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah. Hadir sama, Anggota Parlimen Sik Dr Mansor Abd Rahman dan Pengurus Felda Teloi Timur Yaacob Hashim.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, 10 tanah rancangan Felda di Kedah ialah Felda Bukit Tangga, Felda Bukit Tembaga, Felda Lubuk Merbau, Felda Gunung Bongsu, Felda Teloi Timur, Felda Teloi Kanan, Felda Sungai Tiang, Felda Laka Selatan, Felda Batu Lapan dan Felda Guar Napai, manakala tiga di Perlis ialah Felda Rimba Emas, Felda Mata Air dan Felda Chuping.

"Keseluruhan tanah rancangan Felda ini berkeluasan 15,160.56 hektar, yang mana majoritinya melibatkan tanaman getah dan hanya 355.08 hektar sahaja yang terlibat dengan penanaman kelapa sawit iaitu di Felda Lubuk Merbau," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Tajuddin berkata, pemberian Insentif Produktiviti Getah bagi tahun ini di Kedah berjumlah RM882,749.71, melibatkan empat tanah rancangan Felda iaitu Felda Teloi Timur (RM467,315.80), Felda Lubuk Merbau (RM258,535.69), Felda Bukit Tangga (RM148,246.42) dan Felda Teloi Kanan (RM8,651.80).

"Saya difahamkan di Perlis, yang juga termasuk dalam Wilayah Alor Setar, pemberian insentif yang telah diberikan ialah sebanyak RM694,216.09 iaitu melibatkan Felda Chuping, menjadikan keseluruhan Insentif Produktiviti Getah yang telah diterima peneroka Felda Wilayah Alor Setar setakat ini berjumlah RM1,567,965.80," katanya.

Pada majlis sama, Mohd Tajuddin turut menyerahkan sumbangan kepada 23 warga peneroka Felda Teloi Timur berusia lingkungan 55 hingga 60 tahun, yang terpilih mengerjakan ibadah haji pada musim haji tahun ini, dan menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada lima keluarga warga peneroka Felda Teloi Timur.- Bernama
JABATAN ALAM SEKITAR, KEDAH DIMINTA SEGERA BERTINDAK

JABATAN ALAM SEKITAR, KEDAH DIMINTA SEGERA BERTINDAK

26jasa

SUNGAI PETANI - Seramai 300 penduduk di Kampung Kemumbung, Si­dam Kiri di sini merayu pihak berwajib khususnya Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah segera tampil menyelesaikan masalah pembuangan sampah dari kilang dan pusat beli-belah ke kawasan lombong pasir lama yang didakwa melimpah sehingga ke dalam Sungai Muda.
Rata-rata mereka mendakwa pencemaran itu berlaku terlalu hampir dengan rumah masing-masing iaitu hanya sekitar 100 meter dari penempatan penduduk sehingga mengundang rasa kurang selesa termasuk kedatangan lalat, pedih mata serta bau yang amat busuk.
Seorang penduduk, Md. Isa Othman, 55, berkata, adalah tidak wajar pelbagai bahan terbuang kilang, termasuk dari Kulim dan Sungai Petani dibuang ke pusat pelupusan sampah yang tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa di daerah Kuala Muda.
“Kadang-kadang timbul bau busuk yang tidak menyenangkan, kami amat bimbang kemungkinan pelbagai bahan asid turut dibuang ke dalam lombong pasir itu.
“Sudah lama kami adukan kes itu kepada pihak-pihak tertentu iaitu sejak 10 tahun lalu tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil, sepatutnya pihak ber­ke­naan melakukan pemantauan selepas menerima aduan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dipercayai pemilik tanah di situ mengenakan bayaran yang terlalu murah bagi menarik minat lori luar membawa bahan bua­ngan bagi tujuan menimbus semula lombong pasir itu.
Seorang lagi penduduk, Abdul Rahman Abu Hassan, 47, mendakwa, sampah dari kilang itu bukan sahaja dibuang dalam kawasan itu malah sudah melimpah ke kawasan Sungai Muda pula.
“Dalam keadaan ini, kami sendiri tidak tahu pihak mana yang bertanggungjawab. Setiap agensi yang diadu tampil de­ngan alasan tersendiri untuk tidak mengambil tindakan.
“Selagi kes itu tidak dibuat pemantauan serius dan tindakan tegas, Sungai Muda bakal dicemari tidak lama lagi. Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) pula dikatakan tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan kerana perkara itu terletak di luar kawasan,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Yusoff Othman, 43, memberitahu, ba­nyak anjing liar berkeliaran pada sebelah malam di sekitar kampung tersebut pada masa ini.
“Dulu anjing liar tidak begitu banyak tetapi kini hampir 50 ekor berada di kawasan pelupusan sampah itu. Pada sebelah malam pula anjing-anjing itu mengganggu kambing dan ayam penduduk.
“Kami mahu pihak berkuasa segera melakukan sesuatu bagi memastikan keadaan di sini terus berada dalam suasana selesa se­perti dulu tanpa ada bau busuk dan gejala lain yang tidak menye­nangkan,” katanya. - Utusan


58 Rumah Mampu Milik Bawah RM200k Bakal Dibina Di Serdang,Kedah.

58 Rumah Mampu Milik Bawah RM200k Bakal Dibina Di Serdang,Kedah.



BANDAR BAHARU - Sebanyak 58 unit rumah mampu milik akan ditawarkan kepada penduduk setempat di bawah harga RM200,000 dalam satu projek pembangunan di Seksyen 8, Serdang dekat sini.

Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darul Aman Berhad (BDB), Datuk Izham Yusoff berkata, projek di atas lot Plot 1 dan 2 itu merangkumi 132 unit rumah dan 11 kedai pejabat yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Menurutnya, sebanyak 45 peratus atau 58 unit daripada jumlah rumah tersebut dikhaskan untuk kediaman mampu milik yang ditawarkan kepada penduduk setempat.

“Walaupun setiap projek pembangunan perumahan kita perlu sediakan kuota sebanyak 30 peratus rumah mampu milik, namun kita telah ambil keputusan untuk lancarkan 45 peratus rumah mampu milik di Serdang ini.

“Jadi keluarga yang tinggal di sini nak beli rumah baru, di sini boleh dapatkan kerana harganya memang mampu milik berbanding harga asal,” katanya ketika ucaptama pada Majlis Pecah Tanah, dekat Serdang kelmarin.

Izham berkata, projek pembangunan itu akan dilaksanakan di atas tanah berkeluasan kira-kira empat hektar yang bernilai RM31 juta.

“Pembangunan ini memberikan impak yang besar apabila kita laksanakan termasuk kepada ekonomi setempat,” katanya.

Tambahnya, majlis pecah tanah juga penting sebagai tanda usaha sama dengan Pejabat Daerah Bandar Baharu yang akan dimulakan dalam masa terdekat.

“Kita juga perlu komitmen semua pihak untuk sediakan perumahan mampu milik ini yang akan dibangunkan di bawah anak syarikat BDB iaitu Kedah Holding Bhd,” katanya.

Katanya, dengan kehadiran masyarakat setempat pada program itu menunjukkan permintaan terhadap rumah mampu milik dan bangunan kedai sentiasa ada.

“Kita lihat ramai yang datang isi borang nak mohon rumah mampu milik dan kedai, jadi keperluan untuk membangunkan ini sentiasa ada,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, projek pembangunan diperlukan untuk memajukan kawasan ini terutama sektor perumahan apabila melihat permintaan yang ada.

“Kita mengalu-alukan kedatangan pelabur untuk membangunkan kawasan ini dan kita akan memberi kerjasama baik,” katanya.

Terdahulu, Exco Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah turut hadir bagi merasmikan Majlis Pecah Tanah. - Sinar