#Misi Jejak Nur Shakinah Naim : Ayah Dan Ibu Berlepas Ke Perancis Sabtu Ini.

#Misi Jejak Nur Shakinah Naim : Ayah Dan Ibu Berlepas Ke Perancis Sabtu Ini.



ALOR SETAR - Ayah dan ibu siswi yang dilaporkan hilang di Perancis dijangka akan berlepas ke negara Eropah itu pada Sabtu ini dalam usaha menjejaki anaknya, Nur Shakinah Naim, 19, di sana yang dilapor tidak pulang sejak Jumaat lalu.

Naim Awang, 46, dari Kampung Masjid, Tikam Batu dan isterinya amat berterima kasih atas sumbangan dan keprihatinan Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Mejar (B) Datuk Rahim Saad atas tajaan tiket kapal terbang, kos pengangkutan dan kemudahan untuk ke Perancis.

"Terima kasih tak terhingga buat semua yang membantu, kami di sini tidak henti-henti berdoa dan mengerjakan solat hajat agar segala kesulitan dipermudahkan," katanya ketika menerima kunjungan media di rumahnya, hari ini.




Selain media, turut hadir menziarahi keluarga Nur Shakinah adalah Setiausaha Politik Menteri Besar, Dato' Shaiful Hazizy Zainol Abidin, yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Mejar (B) Datuk Rahim Saad dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani, Mashitoh Mohd Yusoff.

Naim yang bekerja sebagai pesawah itu turut meluahkan rasa bimbang tentang keselamatan anaknya di sana dan ternanti-nanti sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan kehilangan anaknya di sana.

"Saya berharap sangat ada maklumat terkini tentang anak saya dalam masa terdekat kerana seluruh ahli keluarga menantikan dengan penuh debar sebab nak tau apa yang sebenarnya berlaku," katanya.




Sementara itu, Shaiful Hazizy memohon kepada semua pihak supaya tidak mencetus sebarang spekulasi berhubung kehilangan Nur Shakinah bagi mengelak gangguan emosi keluarga itu, sebaliknya berterusan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan pelajar berkenaan.

Menyampaikan keprihatinan Ahmad Bashah dan sedikit sumbangan buat Naim sekeluarga, beliau menjelaskan bahawa Pejabat Menteri Besar akan cuba memenuhi keperluan keluarga itu dalam menghadapi musibah tersebut.

Manakala Rahim pula turut meluahkan rasa simpati atas musibah yang melanda keluarga tersebut selain meminta rakyat Malaysia berdoa agar urusan terbabit berjalan lancar.

"Umno Bahagian Sungai Petani juga akan menganjurkan solat hajat selepas Maghrib nanti di Masjid Pulau Sepom, Tikam Batu dan mengajak semua yang berdekatan untuk turut serta," katanya.




Nur Shakinah yang merupakan pelajar University of Technology (IUT) Roanne merupakan bekas pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekula Jaya, Tikam Batu mengikuti pembelajaran di sana selepas mendapat tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sejak setahun lalu.

Nur Shakinah dilaporkan tidak pulang ke rumahnya sejak Jumaat lalu apabila keluar sehelai sepinggang, selepas bapanya menerima panggilan dari Kedutaan Malaysia di Perancis pada Isnin lepas. - kedahNews.com











Jelajah Muafakat Mahasiswa Kedah Anjuran Pejabat MB Kedah Di KPTM

Jelajah Muafakat Mahasiswa Kedah Anjuran Pejabat MB Kedah Di KPTM


Program Jelajah Muafakat Mahasiswa Kedah 2016 Pejabat MB Kedah bersama dengan pelajar Kedah Kolej Poly Tech MARA yang diadakan di Restauran Laman Padi,Alor Setar berlangsung dengan penuh meriah.
Kolej Poly Tech MARA (KPTM) menjadi destinasi ketiga dalam Jelajah Muafakat Mahasiswa ini selepas Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Sains Malaysia.

Penerangan dari SetPol MB Kedah Dato Shaiful Hazizy tentang isu isu semasa dan memberi kata perangsang dan motivasi semangat buat pelajar pelajar KPTM. 






Antara kehadiran Mahasiswa Kptm bersama Pejabat MB Kedah amat dialukan. 


Seisi bergambar kenangan.


Para pelajar KPTM kelihatan berpuas hati dan enjoy dengan penerangan panjang lebar oleh SETPOL MB Kedah Dato Shaiful Hazizy mengenai dasar - dasar Kerajaan Negeri Kedah terutama dasar yang menyentuh kepentingan anak - anak muda Kedah. Sesi soal jawap juga berjalan dengan lancar dan intim.
Terima kasih buat pelajar - pelajar KPTM. Kita jumpa lagi di lain masa. In Sya Allah.
Jelajah Muafakat Mahasiswa Kedah Anjuran Pejabat MB Kedah Di UniMAP

Jelajah Muafakat Mahasiswa Kedah Anjuran Pejabat MB Kedah Di UniMAP



Alhamdulillah..Jelajah Muafakat Mahasiswa Kedah anjuran Pejabat MB Kedah bersama dengan adik - adik mahasiswa Universiti Malaysia Perlis yg berlangsung di Rizqy Ikan Bakar Kuala Perlis malam tadi berjalan dengan lancar dan sangat baik.

SETPOL MB Kedah Dato Shaiful Hazizy memberikan pelbagai info - info terkini mengenai dasar - dasar Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran YAB Dato Seri Ahmad Bashah terutamanya untuk orang muda di Kedah. Dato Shaiful turut menjelaskan mengenai 19 item untuk abak muda di dalam 47 item janji - janji dalam Amanat 100 Hari YAB Dato Seri Ahmad Bashah sebagai MB Kedah.



Para pelajar Kedah UniMap kelihatan sangat teruja dengan penerangan dan penjelasan yg diberikan. Pelbagai soalan diutarakan oleh mereka dapat dijawap dengan baik oleh Dato Shaiful Hazizy termasuk soalan2 panas mengenai politik. Dalam majlis ini juga, Dato Shaiful menyampaikan cek berjumlah rm3000 daripada Kerajaan Negeri Kedah Ansar UniMap.





Kami semua turut dihiburkan dengan nyanyian daripada band Busker Darulaman yg didatangkan khas buat adik - adik mahasiswa Kedah UniMap. Saat paling epik apabila lagu Kedah Serata - Rata dinyanyikan. Kaunter pendaftaran daftar pemilih yg dibuka juga mendapat sambutan yg baik daripada adik - adik mahasiswa Kedah yg belum mendaftar lagi.
Tahniah diucapkan buat adik - adik mahasiswa Kedah di UniMap yg hadir malam tadi. Kalian memang terbaik dan selamba!

#Video: "Mukhriz Nak Bertanding Di Kedah? You're Welcome" - Ahmad Bashah

#Video: "Mukhriz Nak Bertanding Di Kedah? You're Welcome" - Ahmad Bashah



ALOR SETAR - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dialu-alukan untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri di Kedah, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ahmad Bashah menegaskan bahawa Mukhriz berhak menentukan di mana saja yang beliau suka untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti dan 

"You're welcome.. you're welcome... Dia nak bertanding di mana? Kalau dia nak bertanding di Parlimen Jerlun, you're welcome... nak bertanding Dun yang sekarang ni, dia nak jadi Menteri Besar, you're welcome.

"Kalau dia tak confident, dia nak pi dok dekat Kubang Pasu tempat pak dia dok 22 tahun, you're welcome to Kubang Pasu... no harm," katanya menegaskan pendirian beliau yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri di sini, petang tadi.

Ahmad Bashah berkata, bekas Menteri Besar itu berhak memilih mana-mana kerusi untuk ditandingi meskipun memilih untuk menentangnya di Dun Bakar Bata.


Pendirian tersebut turut disokong padu oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Suraya Yaakob yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pendang yang menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak gentar dengan kelibat Mukhriz di Kedah.

"Betul.. betul.. mana-mana tempat yang dia suka, kita bukannya ada kuasa nak halang," kata Suraya menyokong penuh pendirian Ahmad Bashah yang hadir dalam program Bicara Santai Wanita Bersama Menteri Besar Kedah yang diadakan bersempena Sambutan Hari Wanita Kebangsaan @ Kedah dan Karnival Perwani di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di sini, hari ini. 

Mukhriz hari ini menafikan spekulasi yang mengatakan beliau akan bertanding di Putrajaya, sebaliknya mengatakan akan bertanding di kerusi Parlimen atau Dun di negeri Kedah, namun tidak mendedahkan kawasan mana yang bakal ditandingi pada PRU ke-14 nanti.

Spekulasi yang tercetus mengatakan Mukhriz berkemungkinan bakal bertanding di kerusi Parlimen Jerlun, Kubang Pasu atau Langkawi, dan akan cuba mengekalkan kedudukan Adun Ayer Hitam dengan bertanding di Dun tersebut. -Kedahnews.com


#VIDEO ESKLUSIF KEDAH NEWS.COM




MUKHRIZ DICABAR DEDAH AHLI UMNO MAHU SERTAI PPBM - KP UMNO KEDAH

MUKHRIZ DICABAR DEDAH AHLI UMNO MAHU SERTAI PPBM - KP UMNO KEDAH


ALOR SETAR : Datuk Seri Mukhriz Mahathir dicabar mendedahkan mana-mana ahli UMNO yang berjawatan yang mahu menganggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Naib Presiden PPBM itu juga diminta berhenti bermain politik tarik tali berhubung isu berkenaan.

Jelas Shaiful, secara realitinya Mukhriz harus sedar bahawa PPBM masih lagi tercari-cari rentak dan gagal menyakinkan rakyat untuk menyertai mereka.

"Kita cabar Mukhriz untuk mendedahkan siapa ahli UMNO yang berjawatan yang telah atau akan menyertai PPBM.

"Kita minta Mukhriz tidak berteka-teki atau bermain politik tarik tali apabila menyatakan bahawa ada ahli UMNO yang berjawatan telah menyatakan kesediaan untuk menyertai PPBM tetapi hanya di dalam diam dan rahsia.

"Kita anggap kenyataan ini tidak matang dan ia tidak perlu diambil serius," Jelas Dato Shaiful Hazizy

Sebelum ini, Mukhriz dilaporkan mahu bertanding di Kedah dan bukannya di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mukhriz juga dikatakan akan membawa parti itu ke Kedah dan bertanding di situ.

Mukhriz merupakan ADUN Ayer Hitam dan telah memenangi kerusi Parlimen Jerlun pada 2008.

Kata Mukhriz, PPBM mendapat sambutan menggalakan apabila penyertaan terhadap parti itu kini mencecah 500,000 ahli.

Malah menurutnya, terdapat juga ahli UMNO yang menyerahkan borang bagi menyertai PPBM.

Dalam pada itu jelas Shaiful, UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri disifatkan sedikit pun tidak terusik dengan ancaman Mukhriz atau PPBM.

"Kita ada urusan sendiri yang perlu diberi tumpuan iaitu gerakan mendaftarkan pengundi dan pengurusan parti yang lain.

"Mengenai kerusi yang ingin ditandingi Mukhriz, itu adalah haknya dan kita percaya rakyat serta ahli parti boleh menilai kemampuan dan keupayaannya," jelasnya.

Shaiful turut meminta semua kepimpinan UMNO serta BN negeri untuk terus menumpukan perhatian terhadap tugas-tugas yang diamanahkan pucuk pimpinan parti.

"Kita tidak perlu takut sekadar digertak dengan keahlian PPBM yang kononya bersifat rahsia.

"Apa yang perlu dibuat adalah yakin dan tumpukan perhatian pada tugasan dan tanggungjawab memberi khidmat kepada rakyat dan ahli parti," ujarnya
.
 # Jelajah Muafakat Mahasiswa Kedah Bersama Pejabat Menteri Besar Kedah Di USM

# Jelajah Muafakat Mahasiswa Kedah Bersama Pejabat Menteri Besar Kedah Di USM


Majlis Jelajah Muafakat Mahasiswa Bersama Pejabat Menteri Besar Kedah dengan adik - adik mahasiswa Kedah yang belajar di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang yang berlangsung malam tadi berjalan dengan lancar dan meriah lagi intim.
USM menjadi destinasi pertama Jelajah Muafakat Mahasiswa bersama MBO. Melalui majlis ini adik - adik mahasiswa daripada Kedah dapat mendengar sendiri maklumat - maklumat terkini mengenai Kerajaan Negeri Kedah daripada Setiausaha Politik MB Kedah Dato Shaiful Hazizy. Malah adik - adik mahasiswa juga dapat bertanya sebarang soalan kepada SETPOL MB Kedah tanpa sebarang tapisan.

 


Hampir 200 orang adik - adik mahasiswa Kedah yang hadir ke majlis malam tadi. Mereka melahirkan penghargaan terhadap Pejabat Menteri Besar Kedah di atas inisiatif yang sangat menarik. Pelbagai persoalan mengenai pinjaman,biasiswa serta inisiatif - inisiatif terkini Kerajaan Negeri Kedah terhadap mahasiswa Kedah. Malah soalan mengenai politik juga turut diutarakan oleh adik - adik mahasiswa USM.





Kaunter pendaftaran pemilih juga turut dibuka bagi memudahkan kepada mana - mana pelajar yang masih belum membuat daftar pemilih lagi. Kaunter daftar pemilih yang dibuka tadi mendapat sambutan daripada adik - adik mahasiswa USM.
Jelajah Muafakat Mahasiswa 2016 ini akan berkunjung ke pusat - pusat pengajian tinggi awam yang lain selepas ini. Nantikan kemunculan delegasi MBO di universiti anda selepas ini.

# Misi Bantuan Muhammad Fakhrullah : Bayi Tiada Tempurung Kepala Perlu Bantuan

# Misi Bantuan Muhammad Fakhrullah : Bayi Tiada Tempurung Kepala Perlu Bantuan



ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki berusia lima bulan menderita akibat ketiadaan tempurung kepala sehingga menyebabkan otaknya berada di luar, memerlukan sumbangan untuk menampung kos rawatan. 

Muhammad Fakhrullah Firdaus, dikatakan dilahirkan normal, namun dikesan mengalami kesulitan itu selepas mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, apabila ketulan pada bahagian otak bersaiz sebesar telur ayam dikesan ketika imbasan dilakukan. 

Ibunya, Hasida Ahmad, 35, berkata anaknya itu kerap diserang sawan disebabkan gangguan saraf pada otak dan memerlukan penjagaan rapi sepanjang masa untuk mengelakkan jangkitan kuman. 

"Anak saya itu mendapat rawatan dua minggu sekali untuk mencuci benjolan pada kepala di HSB dan apa yang menyedihkan, pihak hospital menjangkakan anak saya hanya mampu bertahan dalam tempoh tiga bulan saja memandangkan keadaan otaknya yang sentiasa mengeluarkan cecair kuning, putih dan hijau. 

"Dengan pendapatan suami, Firdaus Mohd Rahim, 35, yang tidak menentu sebagai pemandu lori dengan gaji kira-kira RM1,000 sebulan, ia tidak mencukupi untuk kami menyara kehidupan keluarga apatah lagi untuk keperluan perubatan anak bongsu kami itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Flet Simpang Kuala, di sini. 

Terdahulu, dia menerima kunjungan Biro Kebajikan UMNO Kedah diketuai Pengerusinya, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masri, yang turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan kelengkapan harian serta ubatan kepada bayi itu. 

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Hasida di talian 017-4687531 atau menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank milik Firdaus Mohd Rahim 152050233296.
Pemaju Hartanah Bertingkat Disaran Jimat Guna Tanah - MB

Pemaju Hartanah Bertingkat Disaran Jimat Guna Tanah - MB



ALOR SETAR: Kerajaan negeri menyarankan pemaju membina bangunan perniagaan dan perumahan bertingkat bagi menjimatkan tanah yang semakin terhad khususnya di bandar raya ini. 

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata tanah adalah sumber yang tidak dapat diganti dan akan berkurangan di samping harganya sentiasa meningkat. 

Katanya, peningkatan harga itu sekali gus menyumbang kepada ketidakmampuan rakyat di negeri ini untuk memiliki rumah."Pemaju seperti ahli Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia ( REHDA) sudah mempunyai alternatif lain bagi mengurangkan harga sesebuah bangunan iaitu menggunakan sistem bangunan industri (IBS). 

"Justeru kerajaan negeri menyambut baik usaha REHDA Kedah/Perlis yang mengorak langkah menggalakkan ahlinya menggunakan sistem IBS di dalam pembinaan rumah dan bangunan komersial serta pembinaan bangunan mesra alam," katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Makan Malam Tahunan REHDA Kedah/Perlis di Hotel Grand Alora di sini malam tadi. 

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim dan Timbalan Presiden REHDA Malaysia, Datuk Sivanyanam Sinnathamby. 

Ahmad Bashah berkata, adalah menjadi harapan kerajaan negeri dengan penjimatan kos yang berlaku, pemaju dapat menjual rumah dengan harga yang setara dengan kemampuan sebahagian besar rakyat negeri Kedah. - BH
 Majlis Santai Ramah Mesra Pejabat MB Kedah Bersama UMNO Bahagian Padang Serai

Majlis Santai Ramah Mesra Pejabat MB Kedah Bersama UMNO Bahagian Padang Serai


Bagi memastikan setiap Bahagian di dalam negeri Kedah mendapat berita atau info yang sahih lagi terkini, Pejabat MB Kedah telah menganjurkan Majlis Santai Ramah Mesra Pejabat MB Kedah dengan pemimpin 4 peringkat setiap UMNO Bahagian di dalam Kedah.

Bermula dengan UMNO Bahagian Padang Serai pada petang tadi menyaksikan pelbagai maklumat terkini yang benar2 sahih mengenai perjalanan Kerajaan Negeri Kedah dan UMNO Kedah. SETPOL MB Kedah Dato Shaiful Hazizy akan memberi penjelasan secara panjang lebar tentang semua isu2 terkini serta dibuka sesi soal jawap di mana semua yg hadir boleh bertanyakan apa jua soalan dari hati ke hati.

Satu pembaharuan yang sangat menarik yang diperkenalkan oleh DS Ahmad Bashah bagi memastikan golongan teras di setiap Bahagian mendapat maklumat yang benar2 sahih dan terkini.

#MuafakatRamahMesra
#MuafakatPadangSerai
#PadangSeraiKitaPunya
MERASMIKAN AMANAT 100 HARI MB KEDAH : PUSAT TUISYEN BARAKAH SIK, DI DEWAN SERI KEMELONG.

MERASMIKAN AMANAT 100 HARI MB KEDAH : PUSAT TUISYEN BARAKAH SIK, DI DEWAN SERI KEMELONG.


Sebaik usai merasmikan Program Kursus Pra Perkahwinan Percuma Peringkat Daerah Sik di Dewan Kolej KEDA, SETPOL MB Kedah Dato Shaiful Hazizy, ADUN Belantek YB Dato Haji Tajudin turun meninjau adik - adik yang terpilih untuk Pusat Tuisyen Barakah Sik di Dewan Seri Kemelong.


Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 5 dari daerah Sik dari keluarga miskin yang terpilih untuk mendapat tuisyen percuma di Pusat Tuisyen Barakah yg dikendalikan oleh GPMS Kedah. Pusat Tuisyen Barakah merupakan satu lagi inisiatif di dalam Barakah Orang Muda yg dijanjikan oleh DS Ahmad Bashah dalam Amanat 100 hari Pentadbiran MB Kedah tempohari.




Para pelajar yg terpilih mengucapkan jutaan terima kasih terhadap DS Ahmad Bashah dan Kerajaan Negeri Kedah di atas inisiatif yg sangat bermakna ini. Mereka berjanji akan menggunakan peluang yg diberikan ini untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

#BarakahPendidikanDanModalInsan
#MuafakatOrangMuda
#BarakahOrangMuda
#JanjiDitepati
#AnakAngkatBashah
PROGRAM BARAKAH ORANG MUDA : KURSUS PRA PERKAHWINAN PERCUMA PERINGKAT DAERAH SIK

PROGRAM BARAKAH ORANG MUDA : KURSUS PRA PERKAHWINAN PERCUMA PERINGKAT DAERAH SIK



Hari ini berlangsung satu lagi program Barakah Orang Muda iaitu Kursus Pra Perkahwinan Percuma Peringkat Daerah Sik yang diadakan di Dewan Kolej KEDA,Sik. Kursus ini adalah akujanji yang dibuat oleh YAB DS Ahmad Bashah dalam Amanat 100 beliau sebagai MB Kedah. Kursus ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Kedah.
Dalam ucapan perasmian Dato Haji Mohd Tajudin Abdullah, beliau merakamkan jutaan terima kasih terhadap YAB MB Kedah DS Ahmad Bashah kerana menganjurkan program yang sangat bermakna dan bermanfaat terhadap anak muda. Inisiatif YAB MB Kedah ini sekurang2nya dapat meringankan beban anak2 muda. Menurut Dato Tajudin lagi, ada banyak lagi program2 daripada Kerajaan Negeri Kedah khusus untuk anak muda negeri Kedah melalui inisiatif Barakah Anak Muda. Beliau turut menyeru agar anak2 muda di Sik agar tidak terjebak dengan aktiviti sosial yang boleh menjejaskan masa depan mereka sendiri.
Kursus Pra Perkahwinan Percuma Peringkat Daerah Sik ini dihadiri seramai 160 orang anak muda dan dirasmikan oleh EXCO Kerajaan Negeri Kedah yang juga merupakan ADUN Belantek dan Ketua UMNO Bahagian Sik Dato Haji Mohd Tajudin Abdullah. Turut sama hadir ke majlis ini adalah SETPOL MB Kedah yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Kedah Dato Shaiful Hazizy, ADUN Jeneri yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik YB Mahadzir Abdul Hamid, Pegawai Khas MB Kedah yang juga merupakan Ketua Puteri UMNO Kedah Datin Norashimah Nowar serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Sik Puan Maizatul Akmam.


















Terima kasih Abah Bashah!!!
Terima kasih Dato Shaiful Hazizy 
Terima kasih Dato Haji Mohd Tajudin Abdullah