“Kita Mesti Menilai Seorang Itu Waktu Dia Ada Kuasa, Jangan Waktu Dia Tidak Ada..." - PM Najib


YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengingatkan rakyat  agar menilai seseorang pemimpin itu ketika mereka sedang berkuasa.

Walaupun tidak menyebut  nama sesiapa semasa  berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO bahagian Sik Sabtu lepas namun semua orang tahu siapa pemimpin berkenaan yang Perdana Menteri maksudkan itu

“Kita mesti menilai seorang itu waktu dia ada kuasa. Jangan waktu dia tidak ada..." kata Najib yang juga Presiden UMNO.


 “Waktu dia ada kuasa apa dia buat?...Masa ada kuasa hari minggu dia balik Kuala Lumpur…hari Khamis balik Kuala Lumpur…hari Jumaat balik Kuala Lumpur...hari Ahad mai balik…London pun pi selalu..

“Macam mana…saya pun pernah jadi Menteri Besar…hari minggulah kita jumpa rakyat…nak tahu susah keluh-kesah…penderitaan rakyat, orang kampung..mereka yang toreh getah..pesawah dan lain-lain",  ujar Perdana Menteri.

 Menurut belaiu orang politik sebenarnya tidak ada waktu rehat mereka.

Beliau merujuk kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang kini memimpin parti pembangkang, PPBM bersama bapanya Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Gelagat Mukhriz itu dikatakan mencetuskan rungutan di kalangan orang politik sehingga sukar untuk membuat temujanji dengannya dan banyak program parti tergendala.

Ini jauh berbeza dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri lain yang duduk menetap bersama keluarga di negeri mereka tabir.

 Namun bila hilang jawatan Menteri Besar dan menyertai pembangkang Mukhriz masuk kampung dan berjanji berbagai macam-macam perkara yang hendak dibuat jika pembangkang menang.


Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi turut membangkit perkara yang sama  semasa merasmikan Persidangan  Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar  pada 5 Ogos lalu

Menurut Zahid, Menteri Besar Kedah sepatutnya orang yang sentiasa berada di Kedah dan
mengambil peduli tentang hal masyarakat dan ahli UMNO di Kedah.

“Tidak ada sejarah Menteri Besar atau Ketua Menteri yang tidak duduk di negeri itu...tidak berumah tangga di situ…tidak ada…kecuali seorang saja (Mukhriz) dalam sejarah politik Malaysia.

‘Itu pun rakyat Kedah boleh terima…itupun rakyat Kedah boleh bertoleransi…tetapi janganlah ulangi kesilapan itu,”katanya Zahid.


Mukhriz diminta melepaskan jawatan Menteri Besar awal tahun 2016 setelah beliau hilang kepercayaan oleh ADUN BN dan pemimpin UMNO bahagian di negeri ini.

Selepas  dipecat dari UMNO kerana menyerang kempimpinan parti, Mukhriz  bersama bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  menubuhkan PPBM, parti  diilhamkan oleh Dr. Mahathir dan bekerjasama dengan pakatan pembangkang yang diketuai DAP bagi menjatuhkan Perdana Menteri dan mengambil alih teraju pentadbiran Putrajaya.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post