#PAU2017 : " Kenyataan Dato' Hasmuni KP UMNO Kubang Pasu Telah Diputar Belit Pembangkang "


Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu, Y.Bhg Dato' Hasmuni Hassan menjelaskan isu mengenai kenyataan beliau semasa Persidangan Agung UMNO (PAU2017) rabu lepas yang telah diputar belitkan pihak pembangkang yang ternyata tidak mahu menerima kenyataan bahawa parti Bersatu(PPBM) sebagai sampah.

"Saya tak berniat menghina pengunjung pasar malam, kenyataan saya diputar belit pihak tertentu", tegas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu, Dato' Hasmuni Hassan.

Kenyataan beliau sebelum ini telah ditular setelah memberikan reaksi sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) rabu lalu, berhubung perbezaan antara UMNO dan Bersatu(PPBM).

Sila tengok kembali video ni adakah Dato' Hasmuni menghina pengunjung pasar malam mahupun pekan nat. Fahamkan maksud sebelum mahu menyebarkan perkara tidak betul. Jangan jadi " Pekak Badak dan Buta Mata" selepas itu menular perkara palsu.


Dalam kenyataan itu, Hasmuni menyebut, "UMNO parti berstruktur dan sistematik", berbanding parti Bersatu (PPBM) angan-angan setahun jagung yang ahlinya entah dari mana. Dikutip sembrono di pasar malam, pekan nat dan ditepi jalan, barangkali inilah punca AGM mereka hanya dihadiri 12 ahli sahaja".

Kenyataan itu yang dimuat naik di laman sosial, kemudian mendapat reaksi pelbagai apabila ada pihak yang tidak mendengar dan melihat secara jelas perkara yang betul dari petikan dari video yang ditular terus mendakwa Dato' Hasmuni menghina pengunjung pasar malam serta melabel mereka sebagai "sampah"... (penulis nak sambung .."Keji sungguh kaki tular berbayar dari pihak yang tidak bertanggung jawab asalkan mereka berjaya membuat fitnah melampau".)

Dato' Hasmuni ketika ditemui menegaskan, kenyataan itu bukan bertujuan menghina pengunjung pasar malam ataupun pekan nat, sebaliknya ditujukan kepada parti politik yang mengutip ahlinya dengan membuka kaunter ditempat seperti itu. (Memang benar apa yang dikata.. bukti ada pun yang parti sampah tu buka kaunter sambil berbangga mereka dengan pendaftaran keahlian ditepi jalan - ADMIN)

"Saya sendiri suka beli barang basah di pasar malam atau pekan nat. Tak timbul langsung soal hina pengunjung pasar malam. Saya dapati media Bersatu(PPBM) dan beberapa laman sosial pro pembangkang telah putar belitkan kenyataan saya dengan tafsiran sebegitu", tegas Hasmuni.

Jelas Hasmuni, tujuan mereka mahu memburukkan imejnya selain mencalarkan imej UMNO kononnya menghina rakyat yang berkunjung ke pasar malam mahupun pekan nat.

"Saya cukup kental untuk dihina kerana saya juga berasal dari bawah. Belum pernah parti politik buka kaunter di pasar malam, pekan nat kerana tempat itu adalah untuk rakyat tanpa mengira kaum, agama, ideologi politik membeli belah", tegas Hasmuni.



Tegas Hasmuni lagi, ia khusus untuk aktiviti perniagaan dan sebahagian besar pengunjung bukan sahaja dari kawasan berdekatan. "Tindakan seperti itu dilihat sebagai sembrono atau terdesak untuk mencari seramai mungkin ahli, maka mereka sanggup buka kaunter tanpa mengira tempat, ditepi longkang sekali pun".

Dato' Hasmuni turut menegaskan, beliau juga tidak pernah melabelkan golongan yang gemar ke pasar malam sebagai 'sampah", itu semua fitnah yang cuba dimanipulasi pihak yang tidak bertanggung jawab yang cuba mengambil kesempatan diatas apa yang beliau jelaskan.

"Yang 'sampah" adalah bekas ahli UMNO yang dibuang atau keluar parti kerana kecewa, kemudian sertai Bersatu(PPBM). Selepas itu mereka serang, hina dan fitnah UMNO, Parti yang sebelum ini banyak membantu mereka. Inilah "sampah" sebenarnya", Jelas Hasmuni.

Dalam masa yang sama, Dato' Hasmuni berkata, kenyataannya itu selari dengan kenyataan Pengerusi Bersatu(PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan ahli Bersatu(PPBM) yang keluar dari parti itu sebagai "sampah".

"UMNO sudah lama bela nasib golongan marhaen dengan pelbagai bantuan dan sumbangan. Sedangkan Bersatu(PPBM) baru setahun jagung dan menuduh UMNO tak membela nasib orang melayu. Saya harap cukuplah gunakan modal fitnah untuk tarik sokongan rakyat", katanya.

Tambah Hasmuni lagi, sebaliknya Bersatu(PPBM) perlu tunjukkan kepada rakyat apa yang aprti itu mampu membantu rakyat bukannya menanam kebencian melalui fitnah kerana mahukan sokongan rakyat.

"Parti yang bermaruah tidak akan guna isu fitnah dan rekaan untuk menarik sokongan rakyat dan untuk memenangi pilihanraya. Kepada mereka yang hilang kepercayaan kepada Bersatu (PPBM), Kembalilah menyokong UMNO" tegas Hasmuni.

#KPUMNOKubangPasu
#JauhiFitnahPembangkangTerdesakKuasa
#PPBMPartiKutipSampahSarapSisaBuanganUMNO
#PAU2017

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post