#PAU2017 : Wanita UMNO Cadang Penubuhan STEM


Wanita UMNO mencadangkan penubuhan pusat tahfiz aliran sains, kejuruteraan, teknologi dan matematik (STEM) bagi memenuhi keperluan semasa dalam bidang berkenaan.

Program yang menggabungkan model Ulul Albab dan kemahiran vokasional dan teknikal (TVET) itu diharapkan mampu membantu pelajar tahfiz bersaing dalam pasaran kerja

Ketua Wanita UMNO Kedah, Y.Bhg Dato' Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah, berkata program itu penting memandangkan 60 peratus atau 900,000 daripada 1.5 juta peluang kerja menjelang 2020 adalah untuk mereka yang mempunyai kemahiran TVET.

Kejayaan program Ulul Albab yang diperkenalkan di Maktab Rendah Sains Mara sejak 2009 perlu diperluaskan ke pelbagai peringkat pendidikan terutama peluang meneruskan pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi awam dan swasta", Jelasnya.

Menjelang 2019 akan menyaksikan sejumlah 13,070 pelajar Tahfiz Model Ulul Albab dan kurikulum bersepadu tahfiz mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sedangkan pengambilan pelajar aliran agama ke universiti awam hantar sekitar 4,000 saja dengan hanya Kolej Universiti Islam Malaysia dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menawarkan kursus berkaitan.

Sebanyak 93 peratus pelajar aliran agama tidak berpeluang meneruskan pengajian di universiti awam," katanya ketika membahaskan usul pendidikan, agama dan sosial di Perhimpunan Agung UMNO 2017.

Satu formula khusus juga perlu bagi membolehkan program Ulul Albab dapat dilaksanakan menggunakan kurikulum yang selaras bagi semua peringkat pengajian, tegas Dato' Sharifah Maznah.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post