Tahap Kepercayaan Rakyat Meningkat Apabila Semua Segmen Masyarakat Disentuh

KUBANG PASU - Tahap kepercayaan rakyat kepada kerajaan semakin meningkat berikutan pelbagai perancangan dan pelan pembangunan berjaya dilaksanakan oleh kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata antara kunci kepada keyakinan itu adalah kerajaan sentiasa mengambil sikap “mengotakan” janji-janji yang dibuat dan mengambil kira semua segmen masyarakat untuk disentuh.



“Kita mengharapkan agar rakyat terus faham apa yang dibuat kerajaan sejak Mei 2013 hingga ke hari ini, Insya-Allah pada masa hadapan pun kita memang betul-betul melaksanakan kerja-kerja untuk membela dan mensejahterakan rakyat.

”Baik orang muda, anak kecil orang dewasa, veteran, tok imam, Jawatankusa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) semua ini kita sentuh dan kita santuni…diharapkan rakyat terus memberi sokongan padu kepada kerajaan melalui peti undi nanti ,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan rumah di bawah Program Touch Point Cabinet Away Day 2017 Politeknik Sultan Abdul Halim (POLIMAS) Fasa 1 di Kampung Kuala Tunjang di Jerlun dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Othman yang juga Anggota Parlimen Jerlun mengingatkan agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai persepsi negatif yang sengaja dilontarkan oleh pihak pembangkang yang ingin menggangu gugat kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

“Janganlah kita mendengar pelbagai tohmahan, fitnah dan janji-janji kosong daripada pihak pembangkang…kerana (mereka) ini hanya sekadar nak bercakap tapi tak ada tanggungjawab untuk melaksanakan…ini berbeza macam kita kalau kita janji, kita akan buat…mesti kena buat kalau tak buat rakyat ada hak untuk menolak kita,” katanya.

Menyentuh mengenai program itu Othman berkata sebanyak 28 rumah yang daif di kawasan sekitar Pendang, Kubang Pasu dan Kuala Kedah berjaya dibaik pulih setakat ini menerusi program itu di bawah kelolaan POLIMAS dengan melibatkan peruntukan RM140,000 daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Othman berkata sebanyak 36 rumah lagi akan dibaik pulih pada fasa 2 yang bermula 15 Dis ini hingga akhir bulan ini. - UMNO Online

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post