Pemuda UMNO Kedah Yakin Ada Unsur “Penipuan” Dalam Isu Tanah Felda Jalan Semarak


Pemuda UMNO Kedah amat terkejut dan kecewa terhadap isu terbaru tanah felda jalan semarak yang bakal hilang kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan pada masa yang sama menyebabkan kerugian yang cukup besar kpd Felda.

Pemuda UMNO Kedah yakin bahawa perkara ini bukan setakat “salah tadbir urus” tetapi wujud gerakan pihak-pihak tertentu yang berniat utk menipu dan menyeleweng melalui “tindakan strategi korporat” dan dlm pada yang sama mengaburi kepimpinan tertinggi Felda.

Pemuda UMNO Kedah bimbang sekiranya perkara ini tidak diselesaikan dengan segera rakyat akan kembali melontarkan persepsi negatif yang bakal sukar ditangani oleh kerajaan dan parti. Namun apa yang terjadi adalah terlalu besar dan ianya perlu ditangani dgn kadar segera dan terbuka.

Hakikatnya sudah terlalu banyak isu dan kontroversi menyelubungi Felda dan rakyat sudah tentu mengharapkan kerajaan dengan segera menyelesaikan kemelut ini dengan lebih tegas tanpa melindungi sesiapa yang bertanggungjawab.

Pemuda UMNO Kedah mencadangkan agar pihak jawatankuasa tertinggi Felda mewujudkan sebuah jawatan kuasa “inkuiri” bagi membawa pihak yg bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Pemuda UMNO Kedah yakin, rakyat perlu jawapan yg “penghabisan” akan kemelut Felda yang bakal memberi “krisis kredibiliti” terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Hakikatnya rakyat sudah letih dan muak akan kemelut dan salah tadbir urus Felda ini. Frasa “enough is enough” adalah yang terbaik bagi gerakan yg seterusnya. Kerajaan dan parti perlu buat keputusan yang tegas walaupun “sukar” demi mengembalikan keyakinan rakyat dan para peneroka.

Pemuda UMNO Kedah yakin Felda akan terus menerus menjadi kudis dan bisul dalam kerajaan dan parti sekiranya ianya tidak ditangani dgn segera dan tegas.

Pemuda UMNO Kedah hari ini juga menyambut baik tindakan dan azam pengerusi Felda yg baru yang berjanji akan mengembalikan tanah Felda jalan semarak dan ianya amat bertepatan dgn masa dan keadaan. Namun Pemuda UMNO Kedah juga mendesak agar Pengerusi Felda yang baru tidak melindungi individu-individu tertentu yang membenarkan keputusan yang “merugikan” dan “tidak bertanggungjawab” ini.

Hakikatnya, tindakan  Pengerusi Felda yg baru ini bakal menentukan keputusan rakyat utk PRU yang akan datang nanti.

Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Ketua Pemuda UMNO Kedah
22 Disember 2017

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post