Ucapan Dasar Pemimpin Tertinggi PPBM Sekadar Melontar Hasutan - KP UMNO Kedah


Ucapan Dasar Pengerusi dan Presiden PPBM : Ucapan menghasut dan tiada tawaran baru untuk rakyat.

1) Menyifatkan ucapan dasar Pengerusi dan Presiden PPBM baru-baru ini adalah “menghasut” dan tiada tawaran baru untuk rakyat. Banyak isu diputar belit dan di ulang berkali-kali seolah-olah mereka mahu rakyat terus termakan perkara yang tidak benar ataupun separa benar. Bagi Pemuda Kedah ini menunjukkan “Kedangkalan” hala tuju parti PPBM itu sendiri yang jelas semata-mata bersandarkan hasad dan dendam peribadi.

2) Ingin berpesan kepada Tan Sri Muhyiddin untuk tidak terus menerus memutarbelitkan fakta ataupun membohongi dan pada masa yang sama menghasut rakyat dengan terus menerus menjadikan isu 1MDB sebagai tajuk utama.

Umum telah mengetahui bahawa Kerajaan telah pun menangani isu ini dengan penuh siasatan secara profesional, dibuat secara telus tanpa sebarang tindakan salah laku. Hakikatnya pelan rasionalisasi 1MDB sedang dilaksanakan dan segala beban hutang telah pun dilunaskan tanpa menggunakan sebarang dana daripada rakyat.

3) Mendesak supaya Tan Sri Muhyiddin tidak terus menerus menfitnah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dimana beliau mendakwa usaha penambahbaikan proses pilihanraya melalui penambahan anggota perkhidmatan kerajaan untuk menjadi pengundi pos adalah satu usaha penipuan adalah penghinaan besar terhadap penjawat awam yang terlibat. Ini adalah satu lagi permainan persepsi ala “isu 40 ribu Bangladesh” yg amat murah cuba dimainkan oleh Presiden PPBM yang dahulunya adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

4) Pemuda UMNO Kedah ingin tegaskan, agar Tan Sri Muhyiddin tidak terus menerus menjadikan rakyat sebagai “Tebusan”. Rakyat telah pun diberi maklum dan penjelasan bahawa ini adalah sistem percukaian baru yang lebih efektif dan menyeluruh. Hakikatnya hasil GST jugalah yang telah menyelamatkan ekonomi negara akibat kejatuhan harga minyak dunia. Secara jelas beberapa mekanisme baru untuk menangani peningkatan kos sara hidup telah pun diperkenalkan oleh Kerajaan. Saya harap Tan Sri Muhyiddin tidak menjadi terlalu “bebal” dan pada yang sama dibutakan mata dan paradigma politik berasaskan dendam dan kebencian.

4) Pemuda UMNO Kedah percaya permohonan maaf Pengerusi PPBM, Tun Mahathir adalah terlalu murah nilainya dan boleh dikatakan bersifat politik. Permohonan maaf beliau hanyalah untuk menghalalkan tindakan diktator ataupun “draconian” yang cuba ditebus pada masa kini.

Hakikatnya janji -janji beliau iaitu kebebasan bersuara, dan pengasingan kuasa eksekutif dan penghakiman adalah dosa lampau beliau yang cuba dijadikan modal politik baru PPBM.

Pemuda UMNO Kedah mohon agar rakyat faham dan jangan mudah terpedaya dengan air mata murahan Tun Mahathir yang cuba bermain sentimen nostalgia.

5) Dari sudut ekonomi Pemuda UMNO Kedah tidak yakin akan penyelesaian politik Pengerusi PPBM. Umum sedia maklum Kerajaan masa kini masih terbeban dengan beban hutang dan liabiliti keputusan ekonomi kroni pemimpin terdahulu.

Tun Mahathir tidak perlu menjadi berlakon untuk menjadi “hero ekonomi” masa kini dengan mencadangkan beberapa pendekatan yang populis dan tidak mampu dilaksanakan.

Fantasi untuk mengurangkan jumlah pekerja asing daripada 7 juta orang ke hanya 2 juta dan tempat mereka akan diisi oleh tenaga tempatan adalah amat kabur dan tidak mungkin dapat dilaksanakan.

Begitu juga kononya sesi konsultasi bersama pemegang ekonomi dimana kerajaan sedia ada telah lama laksanakan secara terbuka dan telus.

6) Pemuda UMNO Kedah juga ingin mempersoalkan cadangan PPBM untuk menjadikan Tun Mahathir sbg Perdana Menteri atas dasar pengalaman.

Bagi Pemuda Kedah inilah jenaka paling besar dlm sejarah dimana sebuah parti yg paling bongsu dan hanya wujud di 137 kawasan Parlimen mahu menuntut sebuah pengiktirafan yang cukup besar.

Nasihat Pemuda Kedah kepada Timbalan Presiden PPBM Dato Seri Mukhriz untuk sentiasa ukur baju dibadan sendiri dan jangan buat cadangan yang bakal memalukan partinya sendiri.

7) Pemuda UMNO Kedah juga mengalu-alukan hasrat Tun Mahathir untuk bertanding di 2 kawasan utama dalam negeri Kedah iaitu di Parlimen Kubang Pasu dan Langkawi. Bagi Pemuda Kedah jentera UMNO Negeri sentiasa bersiap sedia dan menunggu sesiapa pun dan apa pun juga latar belakangnya.

8) Namun Pemuda UMNO Kedah yakin rakyat negeri Kedah dan ahli UMNO sudah bijak membuat penilaian akan sebuah nostalgia songsang dan sebuah “Kerajaan Masa Depan” yang mampu memberi perkhidmatan dan jaminan masa depan yang lebih terjamin untuk rakyat.

9) Pemuda UMNO Kedah yakin ini adalah langkah “desperado” dan terdesak PPBM untuk terus kekal relevan sehinggakan sanggup memperjudikan “kederat” seorang yg berumur 92 tahun dipentas politik.

Pemuda UMNO Kedah ingin mempersoalkan kemampuan Tun Mahathir sendiri menyampaikan “khidmat” dan “komitmen” beliau sebagai wakil rakyat.

Hakikatnya tugas sebagai wakil rakyat adalah amat berat dan Pemuda UMNO Kedah sama sekali tidak yakin Tun Mahathir dapat menggalas tanggungjawab tersebut dengan berkesan.

10) Namun Pemuda UMNO Kedah sedia menanti kehadiran Tun Mahathir dimana-mana  Parlimen pun dalam negeri Kedah.

Kami juga sedia memadamkan terus “nostalgia songsang” Tun Mahathir dinegeri ini. Kami juga sedia untuk memberikan komitmen dan berjuang habis-habisan bagi memastikan rakyat tidak terus dipengaruhi oleh pemimpin senja ini.

Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Ketua Pemuda UMNO Kedah

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post