#'PAU2017 : Serah Kepada Kedah Jika Guan Eng Tolak Peruntukan Pusat


Keengganan Pulau Pinang menerima peruntukan kerajaan dicadang disalurkan ke Kedah untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa di Kulim.

Perwakilan UMNO Kedah, Dato' Mohd Yusof Ismail, ketika mengetengahkan cadangan itu, menyifatkan keangkuhan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menolak peruntukan berkenaan tidak harus diendahkan.

Mohd Yusof berkata, peruntukan itu sebaliknya boleh disalur ke Kedah untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa di Kulim, selaras pelan pembangunan Zon Perdagangan Bebas (FTZ) Bukit Kayu Hitam.

"Semalam, ketika ucapan dasar Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Najib Razak kelihatan tidak berapa senang hati apabila peruntukan yang nak diberi kepada Pulau Pinang bagi menaik taraf lapangan terbang tidak disokong pembangkang.

"Macam inilah. Kalau orang nak bagi, depa (mereka) tak mau, mai pakat bagi kat Kedah sebab Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah) ada pesan.

"Chop (Yusof), hang habaq la kat YAB Perdana Menteri. Kalau Guan Eng tak mau, saya (Ahmad Bashah) mau.

"Jadi, saya pun pakat sampaikanlah ke YAB Datuk Seri Najib Razak," katanya ketika membahaskan usul ekonomi sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Keberanian Ahmad Yusof menyuarakan amanat ketuanya itu menggamatkan suasana Dewan Merdeka, selain mencuit hati barisan kepemimpinan yang duduk di pentas utama.

Beliau berkata, keterbukaan YAB Datuk Seri Najib Razak menyalurkan peruntukan untuk membina FTZ di Kedah, walaupun mewakili Parlimen Pekan adalah bukti kepemimpinan bersifat 'tidak pilih bulu'.

Pekerti itu, katanya, berbeza dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun yang tidak pernah merangka inisiatif strategik demi manfaat Kedah, meskipun menjadi anak jati negeri berkenaan.

Langkah membina FTZ di Bukit Kayu Hitam ini amat bertepatan kerana kontena dari China kini tidak boleh berlabuh di Kulim tanpa perlu ke Pulau Pinang.

Elok sangatlah sebab mereka (Guan Eng) sombong. Orang sudah bagi kelulusan, sokong sajalah. Tapi baguih jugak la, Kulim la ni jadi lagi hebat," katanya.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post