# Jelajah Muafakat Mahasiswa Kedah Bersama Pejabat Menteri Besar Kedah Di USM


Majlis Jelajah Muafakat Mahasiswa Bersama Pejabat Menteri Besar Kedah dengan adik - adik mahasiswa Kedah yang belajar di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang yang berlangsung malam tadi berjalan dengan lancar dan meriah lagi intim.
USM menjadi destinasi pertama Jelajah Muafakat Mahasiswa bersama MBO. Melalui majlis ini adik - adik mahasiswa daripada Kedah dapat mendengar sendiri maklumat - maklumat terkini mengenai Kerajaan Negeri Kedah daripada Setiausaha Politik MB Kedah Dato Shaiful Hazizy. Malah adik - adik mahasiswa juga dapat bertanya sebarang soalan kepada SETPOL MB Kedah tanpa sebarang tapisan.

 


Hampir 200 orang adik - adik mahasiswa Kedah yang hadir ke majlis malam tadi. Mereka melahirkan penghargaan terhadap Pejabat Menteri Besar Kedah di atas inisiatif yang sangat menarik. Pelbagai persoalan mengenai pinjaman,biasiswa serta inisiatif - inisiatif terkini Kerajaan Negeri Kedah terhadap mahasiswa Kedah. Malah soalan mengenai politik juga turut diutarakan oleh adik - adik mahasiswa USM.





Kaunter pendaftaran pemilih juga turut dibuka bagi memudahkan kepada mana - mana pelajar yang masih belum membuat daftar pemilih lagi. Kaunter daftar pemilih yang dibuka tadi mendapat sambutan daripada adik - adik mahasiswa USM.
Jelajah Muafakat Mahasiswa 2016 ini akan berkunjung ke pusat - pusat pengajian tinggi awam yang lain selepas ini. Nantikan kemunculan delegasi MBO di universiti anda selepas ini.


SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post