Alhamdulillah..Jelajah Muafakat Mahasiswa Kedah anjuran Pejabat MB Kedah bersama dengan adik - adik mahasiswa Universiti Malaysia Perlis yg berlangsung di Rizqy Ikan Bakar Kuala Perlis malam tadi berjalan dengan lancar dan sangat baik.
SETPOL MB Kedah Dato Shaiful Hazizy memberikan pelbagai info - info terkini mengenai dasar - dasar Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran YAB Dato Seri Ahmad Bashah terutamanya untuk orang muda di Kedah. Dato Shaiful turut menjelaskan mengenai 19 item untuk abak muda di dalam 47 item janji - janji dalam Amanat 100 Hari YAB Dato Seri Ahmad Bashah sebagai MB Kedah.
Para pelajar Kedah UniMap kelihatan sangat teruja dengan penerangan dan penjelasan yg diberikan. Pelbagai soalan diutarakan oleh mereka dapat dijawap dengan baik oleh Dato Shaiful Hazizy termasuk soalan2 panas mengenai politik. Dalam majlis ini juga, Dato Shaiful menyampaikan cek berjumlah rm3000 daripada Kerajaan Negeri Kedah Ansar UniMap.
Kami semua
turut dihiburkan dengan nyanyian daripada band Busker Darulaman yg
didatangkan khas buat adik - adik mahasiswa Kedah UniMap. Saat paling
epik apabila lagu Kedah Serata - Rata dinyanyikan. Kaunter pendaftaran
daftar pemilih yg dibuka juga mendapat sambutan yg baik daripada adik -
adik mahasiswa Kedah yg belum mendaftar lagi.
Tahniah diucapkan buat adik - adik mahasiswa Kedah di UniMap yg hadir malam tadi. Kalian memang terbaik dan selamba!