Pemuda UMNO Kedah kecam tindakan Pengusaha Operator feri naikkan harga


Pemuda UMNO Kedah menganggap tindakan operator feri yg menaikkan harga feri sebanyak RM3 tanpa notis dan kebenaran kerajaan negeri sebagai satu tindakan yg tidak bertanggungjawab dan sabotaj secara langsung kpd kerajaan yg sedia ada.

Tindakan yg dibuat ini walaupun ianya tidak melibatkan penduduk tetap Langkawi adalah tindakan yg tidak kena pada masanya dan Pemuda UMNO Kedah beranggapan ianya adalah satu usaha sabotaj terhadap kerajaan negeri yg sedia ada, di mana ianya secara langsung menaikkan kemarahan rakyat.

Rakyat perlu sedar bahawa tindakan ini diambil tanpa mengambil kira pandangan kerajaan negeri, dan Pemuda UMNO Kedah amat yakin Kerajaan Negeri yg ditunjangi UMNO dan Barisan Nasional sama sekali tidak akan membenarkan perkara ini drpd berlaku.

Oleh yg demikian Pemuda UMNO Kedah menuntut agar pihak syarikat menarik balik caj perkhidmatan RM3 yg dikenakan baru-baru ini. Bagi Pemuda Kedah caj ini adalah tidak relevan sama sekali kerana rata-rata perkhidmatan feri yg sedia ada masih lagi kurang memuaskan dan perlu diperbaiki.

Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Ketua Pemuda UMNO Kedah
1 Januari 2018

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post