Kerajaan Negeri Tidak Dimaklumkan Berkenaan Kenaikan Harga Tiket Feri Langkawi


Walau bagaimanapun arahan telah pun dikeluarkan supaya kenaikkan itu ditangguhkan kata Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain.

"Jabatan Laut dan penguasa feri diminta memberi penjelasan kepada pihak kerajaan negeri dahulu sebelum kenaikan sebanyak itu dilakukan," katanya

Apa yg berlaku ialah pihak pengurusan feri hanya berbincang dengan Jabatan Laut dan tak memaklumkan pihak kerajaan negeri.

Secara teknikalnya, harga tiket masih kekal sama malangnya caj baru diperkenalkan iaitu 'caj pengurusan' RM3 menyebabkan kos total setiap tiket naik RM3.

Bagaimanapun, warga Langkawi dan sesiapa yg membeli tiket online tak dikenakan caj RM3

Pihak pengusaha feri memohan supaya orang awam untuk cuba memahami situasi mereka  di mana sudah hampir 10 tahun harga tiket tidak naik selari  mengikut kenaikan kos semasa.

Sila Rujuk Berita Berkaitan :

(1) Penumpang terkejut harga tambang feri naik
http://www.kosmo.com.my/negara/penumpang-terkejut-harga-tambang-feri-naik-1.582763

(2) Tiket feri: Kerajaan negeri tak dimaklum kenaikan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/369545/tiket-feri-kerajaan-negeri-tak-dimaklum-kenaikan

(3) Kerajaan negeri arah tangguh kenaikan
https://m.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-negeri-arah-tangguh-kenaikan-1.582752

(4) Pemuda UMNO Kedah bantah kenaikan tambang feri
https://m.utusan.com.my/berita/nasional/pemuda-umno-kedah-bantah-kenaikan-tambang-feri-1.582758

(5) Pemuda UMNO Kedah kecam tindakan Pengusaha Operator feri naikkan harga
http://muafakatkedah.blogspot.my/2018/01/pemuda-umno-kedah-kecam-tindakan.html

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post