#PAU2017 : Terus Serang Pakatan Harapan Dan Abaikan Parti Bunga Yang Hanya Parti Pra Matang.


Sudah tiba masa UMNO untuk tidak lagi bercerita mahupun bersembang mengenai parti lawan khusus Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebaliknya melakukan strategi serangan berterusan terhadap parti pembangkang

Perwakilan Kedah, Datuk Saiful Hazizy Zainol Abidin berkata, PPBM atau Parti Bunga ini parti pra-matang, nak susun struktur parti pun huru-hara, tak tentu hala.


“Mereka nak cakap pasal mentadbir negara, nak cari pemimpin di bahagian pun tak mampu malah nak adakan Mesyuarat Agung pun belum berjaya, kehadiran hanya 12 orang, dikatakan Mesyuarat Agung.

“Tak perlu kita nak ulang-ulang bercerita pasal parti ini kerana pada saya, cukup membuang masa. Baru-baru ini, berapa ramai kalangan ahli parti bunga di Kedah yang sudah mengumumkan keluar parti, belum apa-apa lagi; mereka sudah hilang percaya.

“Kita bukan tak kenal orang-orang dalam parti bunga ni, cuma kita ni jenis baik, tak mahu nak buka keburukan orang, tapi rasanya masa untuk kita ‘simpan cerita’ ini sudah tamat, sekarang masa kita menyerang,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyokong usul ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di sini, hari ini.

“Kita kena menyerang, kita akan pastikan perkara-perkara songsang mereka ini dibuka, jika mereka hina Presiden (UMNO) kita, kita juga perlu lakukan perkara sama supaya mereka merasa musibah itu.

“Sentimen hormat Tun Dr Mahathir Mohamad juga perlu dihentikan kerana beliau bersekongkol dengan DAP. Apa guna mengenang nostalgia jika ia hanya menambah luka kepada kita,” katanya lagi. 

SHARE THIS

Author: