Program Walkabout Muafakat MB Kedah Di Parlimen Padang Terap


Walkabout Muafakat YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah di Daerah Parlimen Padang Terap, Lokasi pertama Walkabout MB Kedah bermula di Pekan Naka dan bersarapan bersama penduduk setempat di Dataran Pekan Naka.

Turut hadir bersama YB Dato' Seri Mahdzir Khalid, Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Y.Bhg Dato' Seri Ghazali Ibrahim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap serta YB Kama Noriah Ibrahim, ADUN Pedu dan YB Dato' Haji Badrul Hisham Hashim, ADUN Kuala Nerang.
















Walkabout Muafakat Menteri Besar Kedah melakukan lawatan ke PDM Naka dan YAB Menteri Besar Kedah turut menyampaikan amanat.








Menteri Besar Kedah turut melawat Pekan Ahad yang juga dikenali sebagai Pekan Nat yang cukup sinonim dengan masyarakat Naka, Kuala Nerang didalam kawasan Parlimen Padang Terap pagi tadi.

Meluangkan masa bertemu dengan peniaga dan pengunjung serta melihat pelbagai jenis barangan yang dijual. Kewujudan pekan Nat ini mampu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi masyarakat dikawasan Parlimen Padang Terap.




















Walkabout Muafakat Menteri Besar Kedah diteruskan ke Pusat Pembenihan Cendawan Volvarella yang terletak di Padang Nyior, Kuala Nerang. Didalam lawatan tersebut, Menteri Besar Kedah turut menyampaikan Geran Tanah kepada 22 orang penerima dan bantuan kerusi roda kepada 6 orang penerima.


























Walkabout Muafakat Menteri Besar Kedah turut diadakan majlis Jamuan Rakyat dan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid bersama Menteri Besar Kedah bertempat di perkarangan Masjid Kampung Bukit Nambua, Kuala Nerang.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post