Lawatan dan ziarah YAB Menteri Besar Kedah, DS DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah ke Kampung Alor Merah yang dilanda musibah banjir baru-baru ini. Meninjau segala kerosakan dan kepayahan yang dihadapi penduduk ketika musibah banjir.
Turut mengingatkan kepada kontraktor yang dilantik supaya menjalankan kerja -kerja menurap jalan yang perlu dinaik taraf semula di kawasan Alor Merah mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Dalam masa yang sama saya mahu Agensi-agensi yang bertanggung jawab mengenai keadaan sungai dan perparitan, mengambil perhatian serius dan lakukan kerja-kerja selenggara dikawasan rendah yang didiami penduduk.
Didalam lawatan tersebut berkesempatan menyampaikan bantuan BARAKAH dan melawat rumah mangsa banjr.
#MuafakatKedah