SUNGAI PETANI - Kehadiran dianggarkan lebih 40 ribu anak muda dan penunggang motosikal dari seluruh negeri Kedah termasuk juga dari laur Kedah turut berkonvoi bersama pada program Santai Anak Utara (SAU) 2017 yang dianjurkan Gabungan Anak Utara bersama Menteri Besar Kedah bertempat di Dataran Plaza Amanjaya, Sungai Petani.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, Santai Anak Utara 2017 @SAU 2017 merupakan satu platfom mengumpulkan peserta terdiri daripada anak negeri dan golongan muda dari tiga negeri lain di utara tanah air.
“Acara ini menghimpunkan golongan muda terutamanya ‘rider’ atau penunggang motosikal dalam satu majlis untuk berbincang hal-hal berkaitan hala tuju dan kepentingan golongan tersebut kepada masyarakat secara keseluruhannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan acara tersebut.
Menurutnya, sebanyak 62 gerai pameran dan jualan dibuka untuk peserta dan pengunjung sepanjang program itu.
“Program tersebut juga merupakan bukti sokongan dan penerimaan golongan muda terhadap program yang dianjurkan pihak kerajaan,” katanya.