Hari ini YAB Menteri Besar kedah, Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah telah hadir ke Majlis Perjumpaan Puteri UMNO Cawangan - Cawangan Seluruh Negeri Kedah di Dewan Institut Kemahiran MARA (IKM) Sungai Petani.
Dalam majlis tersebut, YAB Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah tururt merasmikan Pelancaran Jentera PRU14 Puteri UMNO Negeri Kedah. Jentera Pergerakan Puteri UMNO di semua PDM dalam negeri Kedah sudah bersiap siaga untuk menghadapi PRU14 pada bila -bila masa sahaja.
Hadir bersama dimajlis tersebut, Ketua Puteri UMNO Malaysia YB Datuk Hajah Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Puteri UMNO Negeri Kedah Datin Norashimah Md Nowar.
YAB Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah turut dikejutkan dengan hadiah Kek Hari Ulangtahun ke - 67 diakhir majlis oleh YB Datuk Hajah Mad Ermieyati Samsudin bersama dengan Ketua - Ketua Puteri UMNO Bahagian seluruh Kedah.