YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan pemergian Exco Wanita Umno, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Jerlun, Allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid sebagai kehilangan besar buat negara, khususnya Kedah.
“Kehilangan yang amat besar kepada negeri ini kerana Allahyarhamah adalah seorang ikon wanita Kedah yang berjuang dalam arena politik dan bidang keusahawanan sejak usia muda hingga ke akhir hayatnya,” katanya
Menurut Ahmad Bashah, biarpun Allahyarhamah sudah tiada, namanya akan kekal sebagai ikon ‘Iron Lady’ yang menjadi sumber inspirasi kepada rakan seperjuangan.
“Semoga rohnya ditempatkan kalangan orang yang beriman,” ujar Ahmad Bashah ketika menziarahi jenazah Allahyarhamah di kediamannya di Ampang bersama isteri YBhg Datin Seri DiRaja Hizam Awang Ahmad.