Lawatan dan Ziarah YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah ke kawasan yang terlibat bencana banjir baru-baru ini di Lubuk Peringgi, Seberang Pumpong, Suka Menanti Hilir dan Seberang Pantai Johor, Alor Setar.
Dalam lawatan tersebut Menteri Besar Kedah juga telah menyerahkan bantuan BARAKAH kepada mangsa-mangsa banjir dan penduduk kawasan terlibat disamping meninjau kerosakan harta benda serta mendengar permasalahan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa yang terlibat.