YAB Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah Berjaya Lonjakkan Pendapatan Negeri Kedah.



Semasa Sidang DUN Kedah bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima berlangsung semalam, dewan yang mulia dimaklumkan melalui jawapan bertulis dari soalan bertulis yang dikemukakan oleh ADUN Pengkalan Kundur mengenai jumlah pendapatan Kerajaan Negeri Kedah telah mencatatkan peningkatan hampir RM200 juta pada tahun berakhir 2016 berbanding pendapatan tahun lalu.

Menjawab soalan ADUN Pengkalan Kundor, Dato' Phahrolrazi Zawawi yang bertanyakan tentang pendapatan Kerajaan Negeri bagi tahun 2014, 2015 dan 2016, jelas ia menunjukkan peningkatan pada tahun ini. Pada tahun 2014, pendapatan sebenar Kerajaan Negeri adalah RM506,480,416.38, namun jumlah pendapatan negeri jatuh merudum pada tahun 2015 dengan jumlah kutipan hanyalah RM411,051,093 sahaja.

No automatic alt text available.

Selepas pucuk pimpinan Kerajaan Negeri diambil alih Menteri Besar, YAB Dato Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah, jumlah pendapatan Kerajaan Negeri mencatat peningkatan kepada jumlah RM601,631,101.44 pada tahun ini. Peningkatan hampir RM200 juta itu merupakan pencapaian terbaik dalam tempoh tiga tahun berkenaan.

Ahmad Bashah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah selepas Jemaah Pemangku Sultan mengesahkan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) hilang kepercayaan terhadap bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Beliau kemudian memperkenalkan konsep perbelanjaan berhemah selepas mengambil alih Kerajaan Negeri selain mempunyai hubungan erat dengan Pegawai - Pegawai Kerajaan Negeri Kedah.


Tahniah YAB Dato' Seri  Diraja Ahmad Bashah Md Hanipah

#SidangDunKedah2017
#MuafakatKedah

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post