SOP PPBM Hanya Pandai Tuding Jari Kepada UMNO - Pemuda Kedah


ALOR SETAR - Pergerakan Pemuda UMNO Kedah menyifatkan tindakan sesetengah pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menuding jari kepada UMNO terhadap kekecohan yang berlaku di Forum Nothing to Hide 2.0 anjuran Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) sebagai perbuatan dangkal dan melulu.


Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pihaknya melihat sindrom menuding jari kepada UMNO bagaikan sudah menjadi prosedur operasi standard (SOP) buat PPBM. 


“Pemuda UMNO Kedah yakin tindakan ini juga lahir atas rasa kekecewaan mereka kepada keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melayan jemputan tersebut. 


“Pada masa sama, kita juga melihat kekecohan tersebut sebenarnya berpunca daripada kegagalan Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyakinkan pengikut serta barisan kepimpinnya sendiri.

Advertisement

“Ini kerana umum telah mengetahui wujud sebilangan besar kepimpinan Armada di peringkat bahagian mahupun barisan kepimpinan yang sendiri tampil mempersoalkan kredibiliti Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta ahli keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Dalam pada itu, Shaiful Hazizy menegaskan Pergerakan Pemuda UMNO Kedah sama sekali menolak tindakan mana-mana pihak yang sengaja mencetuskan huru-hara berbentuk keganasan dalam penganjuran forum mahupun keramaian.


SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post