SUNGAI PETANI - Litar lumba yang merupakan manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah pada pilihan raya umum lalu bakal dimulakan pembinaannya di Bandar Amanjaya, dekat sini pada pertengahan September nanti.
YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Seri DiRaja Ahmad Bashah merealisasikan manifesto Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah untuk membina litar lumba Kedah yang ditunggu-tunggu golongan muda di negeri ini setelah tertangguh beberapa tahun.
YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, bila pembinaan Litar Lumba Rakyat sudah siap sepenuhnya, ianya akan berjaya mengurangkan aktiviti rempit di negeri ini, kerana aktiviti rempit sebelum ini bukan sahaja membahayakan keselamatan anak-anak muda terbabit, namun turut mengancam nyawa orang ramai
Sumber Video : Utusan Online
“Insya Allah pembinaannya akan dilaksanakan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Bina Darulaman Berhad (BDB) di atas tanah berkeluasan 40 hektar milik Perbadanan Menteri Besar (MBI) di sini.
“Litar sepanjang 1.8 kilometer yang menelan kos RM30 juta sumbangan Kerajaan Persekutuan itu, mempunyai sembilan selekoh dan bertaraf antarabangsa. Bukan saja motosikal, malah perlumbaan kereta juga boleh diadakan di situ,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan litar tersebut di sini hari ini.
"Alhamdulillah, semua pengurusan telah selesai, kelulusan pembangunan dari Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) pun dah diluluskan. Jadi pada pertengahan September nanti, bula depan projek ini adakan bermula, bina infrastuktur dan sebagainya.
"Kita jangka dalam bulan September ini, pertengahan bulan depan, insyaAllah majlis pecah tanah akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak nanti," katanya dalam sidang media sejurus mengadakan lawatan kerja ke tapak projek berkenaan, di sini pagi tadi.
Tegas YAB Menteri Besar, Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) akan memuktamadkan perjanjian dengan kontraktor yang juga anak syarikat kerajaan negeri, Bina Darulaman Berhad (BDB) dalam tempoh masa terdekat.
Jelasnya, projek berkenaan turut menyaksikan sedikit pengambilan tanah persendirian untuk pembinaan jalan keluar masuk ke tapak litar itu.
Litar itu nanti akan mempunyai sembilan selekoh yang bakal mencabar kemahiran anak muda di negeri ini, kompleks itu juga mampu menempatkan seramai 2,000 penonton di tempat duduk utama, medan berbumbung, di tepi dan teres bukit.
Selain itu, kompleks berkenaan juga merangkumi prasarana kemudahan lain seperti tandas, surau, tempat meletak kenderaan, kafeteria dan mempunyai sifat mesra golongan orang kelainan upaya (OKU).
Ahmad Bashah menjangka pembinaan litar tersebut bakal siap kira-kira enam bulan selepas projek tersebut bermula dan dapat digunakan sepenuhnya selepas pembinaan infrastruktur yang lain disiapkan oleh BDB.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam respon terhadap permintaan anak muda Kedah pada PRU ke-13 yang lalu bersetuju untuk menghadiahkan sebuah litar lumba bagi kegunaan mereka, sekaligus mengelak aktiviti rempit di negeri ini.
Walau bagaimanapun, Menteri Besar terdahulu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberikan pelbagai alasan yang menghalang projek berkenaan untuk dimulakan termasuk dakwaan seperti kononnya Kerajaan Pusat tidak memberikan kerjasama sewajarnya.
Difahamkan bahawa kerajaan yang diketuai Mukhriz ketika itu merancang untuk membina litar lumba bertaraf antarabangsa yang menelan belanja lebih RM70 juta yang bersifat mewah, namun rancangan tersebut mendapat bantahan ramai pihak.
Sumber menjelaskan bahawa bantahan tersebut dibuat atas alasan kebimbangan Kerajaan Negeri akan gagal menyelenggara litar lumba mewah yang berprestij seperti Litar Antarabangsa Sepang itu, dan peruntukan tersebut adalah lebih baik dijimatkan untuk kegunaan yang lebih bermanfaat untuk rakyat.
Ekoran itu, pembinaan litar tersebut tertangguh kira-kira 3 tahun sebelum ini, namun berjaya direalisasikan Ahmad Bashah walaupun hanya baru mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri pada 4 Februari tahun lalu.