Litar Lumba Rakyat Kedah : Bukti Kesungguhan Menteri Besar - Pemuda UMNO Kedah


Pemuda UMNO Kedah mengucapkan jutaan terima kasih kpd YAB Menteri Besar kerana menyegerakan pembinaan Litar Lumba Rakyat di Negeri Kedah. Usaha yang dibuat oleh YAB Menteri Besar menyelesaikan kekusutan yang telah ditimbulkan oleh pemimpin terdahulu adalah amat dihargai. Umum sedia mengetahui kegagalan Dato Seri Mukhriz menyelesaikan akujanji terpenting anak muda ini dan kekusutan ini di selesaikan dengan kesungguhan dan dedikasi Dato Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah.

Pemuda UMNO Kedah ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri memberi peluang kepada semua Persatuan Permotoran amatur dan professional didalam negeri Kedah untuk sama-sama menjadi pemegang taruh "stake holders" litar ini. Pemuda UMNO Kedah bimbang akan kemungkinan Litar ini menjadi terlalu "eksklusif" sehinggakan ianya bakal menjadi "gajah putih". Pemuda UMNO Kedah menggesa agar Litar Rakyat ini akan menjadi benar-benar "rakyat" dan terus-menerus makmur dengan segala program dan pada masa yang sama terkenal diseluruh negara.


Pemuda UMNO Kedah ingin memaklumkan bahawa kita akan mengadakan "roadshow" ke seluruh negeri Kedah untuk berjumpa dengan seluruh anak muda Kedah mengenai pembinaan Litar Lumba Rakyat ini. Pemuda UMNO Kedah ingin mengajak seluruh anak muda Kedah untuk menyokong dan pada masa yang sama turut serta memakmurkan litar ini.

Hakikatnya, perkembangan positif pembinaan Litar ini membuktikan Kerajaan yang sedia ada ini meletakkan kepentingan rakyat di aras yang paling utama. Pemuda UMNO Kedah yakin kepimpinan YAB Dato Seri Menteri Besar bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah Litar tetapi juga banyak lagi masalah rakyat akan dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang terdekat.

Dato Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post