Guru Harus Perkasakan Keupayaan dan Seiiring Perubahan Teknologi Terkini



ALOR SETAR: DYMM Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, mahu guru berfikiran jauh dan memperkasakan keupayaan diri seiring perubahan teknologi dan daya pemikiran masyarakat, sekali gus mampu melahirkan generasi intelek dan berdaya saing.

Baginda bertitah, guru harus menyampaikan ilmu secara kreatif dan inovatif selari dengan perkembangan teknologi terkini seperti yang digariskan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Yang turut hadir YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid. DYMM Sultan Abdul Halim bertitah, guru adalah insan bertanggungawab menyampaikan ilmu dan kejayaan seseorang adalah bermula dari guru.




"Guru adalah pendakwah mulia yang memainkan peranan besar dan penting dalam membina negara dan bangsa. Perkembangan dunia pada hari ini turut menuntut guru memainkan peranan lebih mapan.

"Perkembangan pendidikan kini juga jelas menunjukkan bahawa bangsa yang berani melakukan hijrah adalah bangsa yang bersedia melakukan perubahan. "Jika guru masih leka berada di tahap lama, keberhasilan dan kebesaran tema hari guru tahun ini iaitu 'Guru Pembina Negara Bangsa' tidak akan tercapai," titah baginda.

Baginda bertitah sempena sambutan Hari Guru peringkat Kedah 2017 di Wisma Darul Aman di sini hari ini. Titah ucapan baginda dibacakan oleh Raja Muda Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah. Raja Puan Muda Kedah, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff, berkenan berangkat pada majlis berkenaan.

"Ingatlah, negara cemerlang terhasil dari umat cemerlang, umat cemerlang terhasil dari keluarga cemerlang, keluarga cemerlang terhasil dari individu cemerlang..individu cemerlang pula terhasil dari didikan guru.

"Bagi meneruskan realisasi itu, guru mesti ada keupayaan untuk jana kemahiran berfikir aras tinggi bagi galakkan murid berfikir kreatif, kristis dan inovatif. "Maka dalam era ini, guru tidak boleh lari dari melakukan transformasi minda bagi melahirkan generasi yang mampu bersaing di dunia penuh mencabar," titah baginda.












SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post