BARAKAH :INSENTIF BERTERUSAN UNTUK RAKYAT KEDAH


1. Saya terpanggil untuk membetulkan tafsiran sonsang Tun Mahathir berkaitan skim Barakah yang kerajaan negeri Kedah perkenalkan sejak 14 April 2016 didalam tulisan terbaru beliau http://chedet.cc/?p=2478

2. Pemberian skim ini tidak ada kaitan dengan kononya usaha kerajaan negeri atau persekutuan memberi gula gula kepada masyarakat susulan selepas lawatan pimpinan pembangkang sepertinya.

3. Barakah adalah usaha menyuruh menyeleraskan skim bantuan pelbagai agensi untuk disalurkan pada sasaran memerlukan supaya tidak ada pertindihan.

4. Tun Mahathir terkeliru apabila sekadar menyebut kotak makanan Barakah sebagai satu satunya pemberian kerajaan negeri pada penduduk sama ada di Pulau Tuba atau tempat lain.

5. Hakikatnya Barakah punyai 5 komponen yang disesuaikan dengan kumpulan sasar. Bagi komponen Barakah Anak Muda sepanjang 2016-2017 RM2juta disalurkan bagi skim.latihan misalnya program IMAN, latihan kepimpinan, Town Hall TN50 ANAK, Kedah Job Fair selain insentif pengurusan persatuan mahasiswa. Selain SUKDA yang membolehkan 1500 bakat sukan dicungkil di Kedah. Demikian juga ADAB, ratusan pemain bola sepak pelapis dilahirkan demi memenuhi tuntutan bahawa sukan sudah menjadi satu industri kerjaya.

6. Demikian juga komponen.Barakah Pendidikan dan Modal Insan. 1600 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah diberi bimbingan tuisyen percuma melibatkan kos RM600 ribu. Jelas dari keputusan SPM 2016 pelajar yang tidak pernah diberikan harapan berjaya mencapai keputusan membanggakan.

7. Barakah Pendidikan dan Modal insan turut menyediakan penyaluran bantuan per head untuk semua pelajar Sekolah Agama Rakyat dengan nilai RM2.7 juta setahun di Kedah. Satu hak yang dinafikan Tun Mahathir tatakala beliau menjadi Perdana Menteri atas justifikasi kononya sekolah agama melahirkan kader PAS. Bukan itu sahaja melalui skim Barakah ini, 11 buah pondok pengajian agama dibawah naungan Yayasan Pondok Malaysia yang beroperasi di Kedah dibantu oleh YAB DATO SERI DIRAJA AHMAD BASHAH dengan sokongan kerajaan Persekutuan. Bantuan menerusk geran berjumlah RM330 ribu bagi membantu aspek pengurusan selain urusan belian kitab pengajian.

4. Skim ini merupakan antara kegagalan anak Tun semasa menjadi MB Kedah untuk melaksanakannya sungguhpun ianya terkandung dalam akujanji PRU KE13 khusus untuk Kedah. Menjadi menteri besar bukan sekadar menunding jari ataupun mencari alasan "tiada kerjasama kerajaan persekutuan", tetapi ianya memerlukan dedikasi dan sentiasa mengambil risiko demi rakyat.

5. Tun Dr Mahathir juga terlepas pandang kerana skim Barakah adalah sistem bantuan kepada rakyat di Kedah yang dilaksana secara konsisten tanpa perlu menunggu musim pilihanraya atau dilakukan tergesa gesa selepas pemimpin pembangkang melawat sesuatu kawasan. Barisan Nasional yang menunjangi kerajaan negeri sentiasa berkhidmat tanpa musim pada setiap ketika dan waktu.

6. Biarlah Tun menuduh kononya Barakah ini adalah gula gula kerajaan sama seperti dia berpolemik dengan menyatakan BRIM itu rasuah.

7. Secara realitinya kerajaan ini memahami keperluan rakyat dan berusaha memenuhi keperluan berkenaan sebaik mungkin. Bagi Tun Mahathir ianya mungkin gula gula kerana dia sendiri dan kaum keluarganya sudah kaya raya hasil apa yang dikatakan 'kecekapan berniaga".

8. Namun bagi rakyat kebanyakkan yang dikatakan ' gula gula' itulah sedikit sebanyak meringankan kos sara hidup dan bebanan keluarga mereka. Pemuda UMNO Kedah menyanjung tinggi usaha dan komitmen Kerajaan negeri dan YAB Menteri Besar yg ingin terus menerus membela nasib rakyat dengan terus-menerus membekalkan kotak "Barakah" pada masa yg akan datang. Bagi Pemuda Kedah, inilah kerajaan yg mesra rakyat dan sentiasa peka terhadap masalah dan keperluan semasa rakyat.

DATO SHAIFUL HAZIZY B. ZAINOL ABIDIN
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO KEDAH

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post