WAJAR CONTOHI SEMANGAT LUAR BIASA ATLET PARALIMPIK NEGARA



ALOR SETAR - Temasya Sukan Paralimpik di Rio, Brazil menjadi saksi keupayaan atlet orang kurang upaya (OKU) mencetus inspirasi dan ikonik baharu kalangan masyarakat.

Pengerusi Kelab Belia Darul Aman, Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Masri berkata, kekurangan individu bukan penghalang untuk meraih tiga pingat emas dan satu pingat gangsa serta memecahkan 3kali rekod dunia apabila diberikan peransang dan bimbingan.

"Polisi progresif Kementerian Belia dan Sukan diterajui Khairi Jamaluddin yang memberi peluang sama rata serta ganjaran sama seperti atlet lain, memberi impak positif dalam masa jangka panjang.

"Usaha itu mempunyai maksud yang tersirat yang cukup besar kerana golongan OKU walau kekurangan dari aspek fizikal namun memiliki semangat dan pengorbanan dalam meletakkan nama negara di persada dunia Sukan. Ini usaha yang cukup luar biasa malah kadang kala gagal disempurnakan insan biasa yang sempurna" jelas Syed Mohd Johan Rizal.

Katanya, inisiatif ini juga membuka harapan kepada golongan yang selama ini berasa dipinggirkan untuk kembali bersemangat dan membina kekuatan diri. Semoga dimasa hadapan kita semakin ramai atlet Paralimpik yang punya semangat waja dan sentiasa memnberikan yang terbaik umtuk negara.


SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post