Latest
Loading...

UMNO Bahagian Alor Setar Agih Daging Korban Kepada 5,500 Fakir Miskin


ALOR SETAR  - UMNO Bahagian Alor Setar mengagihkan daging korban kepada 5,500 penerima terutamanya golongan kurang berkemampuan dan fakir miskin di daerah ini sempena Hari Raya Aidiladha.
Timbalan Ketuanya, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, sebanyak 60 ekor lembu disumbangkan oleh UMNO Bahagian Alor Setar, kerajaan negeri, Usima Group Berhad dan Naza Group bagi melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.
“Bagi menjayakan Program Korban Perdana pada kali ini, kita (UMNO Bahagian Alor Setar) dan kerajaan negeri masing-masing menyumbang sebanyak 15 ekor lembu manakala Usima beri 20 ekor dan selebihnya daripada Naza.
“Pada tahun ini, kita telah meminta setiap cawangan (UMNO Bahagian Alor Setar) untuk me­ngenal pasti kira-kira 30 pene­rima terutamanya fakir miskin yang layak menerima daging korban pada tahun ini selain petugas,” katanya di sini hari ini.




Terdahulu pada sebelah pagi, kira-kira 1,000 penduduk di sekitar Taman Wira, Mergong di sini bergotong-royong menyembelih dan melapah 60 ekor lembu sebelum diagihkan kepada orang ramai.
Sementara itu di Sungai Petani, UMNO Bahagian Sungai Petani mengagihkan kira-kira 1,500 bung­kus da­ging korban kepada penerima yang layak terutama­nya golongan fakir miskin dalam Program Korban Perdana di sini hari ini.



Ketuanya, Datuk Abdul Rahim Saad berkata, pihaknya bergotong-royong menyembelih dan melapah 22 ekor lembu di Kampung Nangka, Sungai Petani sejak pukul 8 pagi pagi.
“Selain mengagihkan da­ging korban ini kepada orang ramai, hari ini kita juga bergotong-royong memasak (daging korban) untuk mengadakan majlis tahlil,” ujarnya.




Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar Tuan Syed Mohd Johan Rizal bersama Penduduk Bergotong royong menyediakan makanan selepas tahlil.

#SalamAIDILADHA
#SalamMuafakatKedah






SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post