#VIDEO : Majlis Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Alor Setar.2016


#MesyuaratPerwakilanUMNOBahagianAlorSetar

Mendekati Pilihanraya Umum Ke-14, ahli UMNO disaran untuk meningkatkan permuafakatan bagi memastikan kemenangan parti itu.
Pengerusi UMNO Kedah, YAB Dato' Seri Hj Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sasaran perlu diletakkan dalam mengembalikan kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang kini disandang parti pembangkang ke pangkuan Barisan Nasional.
Beliau turut meminta ahli UMNO meningkatkan kerjasama dengan parti komponen Barisan Nasional, dalam usaha merealisasikan hasrat memaksimakan pemerolehan kerusi kemenangan.
Datuk Seri Ahmad Bashah berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Alor Setar.


#VIDEO : Antara intipati ucapan Usul Ekonomi & Politik yang saya cadangkan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar.






















"Jangan Menjadi Melayu Mudah Lupa”
Dulu 22 tahun dipersada,
Kami taat, kami setia, kami julang siang dan malam
Maka..janganlah menjadi Melayu MUDAH LUPA.

Dulu..parti lawan serang silang menyilang

KAMI pertahan..kami setia..kami akur
Kerana prinsip dipegang..pantang Melayu menderhaka
Maka..janganlah menjadi Melayu Mudah Lupa
Dulu..krisis ekonomi bersama dihadapi..
Luka getir..keluh kesah bangsa dirawat bersama
Namun Kini..musuh tradisi diajak semeja,
dek nafsu amarah dan cita cita
sanggup mengadai sahsiah bangsa..
Permainan apakah ini?..
Dulu..kata taat digembur..prinsip setia ditabur
Kami tunduk..patuh tanpa kabur…
Kerana faham..pemimpin itu parti..
Kuat Jemaah kerana berpadu
Kuat parti kerana bersatu..
Kini..parti dan prinsipnya dirobek..Nista dihambur
Hanya kerna dendam dan amarah dihati..
Janganlah..menjadi Melayu Mudah Lupa..
Negara ini kita kongsi bersama..
Pasak dengan linangan air mata..
Berkorban jiwa dan raga..
Kenapa perlu digadai masa depan cucu cicit..
Hanya bersebabkan cita-cita yang sedikit?..
kenapa berpaksikan amalan pecah dan perintah..
Bukankah itu jelmaan penjajah?
Akhirnya bangsa menjadi kembali lesu...
Akibat kita Alpa tinta sejarah kota Melaka...
Janganlah..menjadi Melayu Mudah Lupa..
Janganlah Menjadi Melayu Mudah Lupa..
Kembalilah bertaut pada aqidah yang satu..
Kiblat yang serupa..
Demi agama, bangsa dan juga perjuangan
Demi Memenangkan sebuah bangsa Merdeka…





SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post