Segelintir Pelajar Universiti Disifatkan Masih Belum Berjiwa Merdeka - KP UMNO Kedah


Kuala Lumpur - Sekumpulan pelajar universiti yang terlibat dalam demontrasi jalanan di Dataran Merdeka kelmarin,disifatkan masih belum berjiwa merdeka.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan yang diambil mereka  yang sebahagian besarnya pelajar Melayu adalah ketinggalan zaman.

Menurut beliau, jalan yang mereka ambil itu tidak menguntungkan sesiapa pun kecuali Pakatan Pembangkang.

"Sikap mereka amat berbeza dengan pelajar bukan melayu yang gigih mengejar kecemerlangan akademik dengan memperoleh keputusan terbaik sekali gus menjamin pekerjaan yang hebat.

"Mahasiswa sepatutnya perlu mempunyai jiwa merdeka yang lebih ampuh dan kental dengan tidak membiarkan diri mereka terus dipengaruhi agenda murahan puak yang ingin merebut kuasa,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shaiful Hazizy mengulas tentang "Demontrasi Jalanan" tersebut anjuran Gerakan Pelajar ProPembangkang yang diperalatkan Parti Pembangkang untuk kepentingan mereka.

Beliau menambah,"Demontrasi Jalanan" yang didalangi Pemimpin-Pemimpin Pakatan Pembangkang itu membuktikan gerakan pelajar semakin hilang fokus.

"Pelbagi ruang seperti Parlimen Belia, Parlimen Mahasiswa, dan Majlis Permuafakatan Negara disediakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak namun golongan tersebut masih memilih "Demontrasi Jalanan" jelasnya.

Shaiful Hazizy memberitahu, sikap mereka itu tidak mencerminkan Keintelektualan sebenar kerana isu yang diperjuangkan masih samar, sekadar menurut rentak pembangkang serta mengkhianati amanah dan citra negara yang mengharapkan golongan pelajar menjadi Cendekiawan yang Mapan dan Cemerlang.

Beliau berkata, masih banyak lagi isu dalam kampus seperti Kebajikan, Kemudahan Asrama serta Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran yang sewajarnya diberikan Keutamaan oleh Gerakan Pelajar.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post