Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yg juga Ketua UMNO Bahagian Alor Setar YAB Dato' Seri Ahmad Bashah telah merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Alor Setar di Dewan MBAS.
Ternyata kehadiran YAB Dato' Seri Ahmad Bashah telah menyuntik semangat yg luarbiasa buat Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Alor Setar. Dalam ucapan Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Setar Datok Sharifah Maznah, beliau menegaskan bahawa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Alor Setar bermuafakat menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Hj Mohd Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia dan YAB Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Malah Wanita UMNO Alor Setar juga berdiri teguh di belakang YAB Dato' Seri Ahmad Bashah selaku Menteri Besar Kedah.
Wanita UMNO Alor Setar juga memohon agar YAB Dato Seri Hj Mohd Najib agar tidak sesekali menyerah kalah terhadap serangan fitnah dan tohmahan barisan pembangkang.
Dato Sharifah Maznah juga menegaskan yg Pergerakan Wanita UMNO Alor Setar sudah bersiap siaga di peringkat Bahagian,Cawangan dan PDM untuk menghadapi pilihanraya umum ke - 14 bagi memastikan negeri Kedah KEKAL BIRU! Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada para perwakilan Wanita UMNO Alor Setar kerana berjaya bermesyuarat dalam keadaan penuh bermuafakat.
#MuafakatWanitaUmnoAlorSetar.