Alhamdulillah, Satu Lagi Aku Janji BN Kedah Di Tepati.


Hari ini berlangsung Majlis Pertukaran Dokumen - Dokumen Perjanjian Program Science @ Alor Setar di antara NCIA yg diwakili oleh Ketua Eksekutif Datuk Redza Rafiq dengan USM yg diwakili oleh Prof Dato Dr Omar Osman serta Pertukaran Dokumen Penyewaan antara USM dan Kerajaan Negeri Kedah yg diwakili YAB MB Kedah YAB Dato' Seri Ahmad Bashah. Majlis berlangsung di Aras 3 Blok A Wisma Darulaman.



Untuk makluman semua, program Science @ Alor Setar ini merupakan salah satu inisiatif yg sejajar dengan AKUJANJI Kerajaan Negeri Kedah di bawah Tranformasi Bandaraya Alor Setar untuk mewujudkan sebuah universiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi di Alor Setar,Kedah. Program ini akan dilaksanakan di Blok D Kampus Kolej Universiti Insaniah di Mergong Alor Setar,Kedah dijangka pada bulan september ini.


Projek ini akan dilaksana oleh USM setelah NCIA melihat kapasiti Universiti Sains Malaysia USM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yg mempunyai kemampuan membentuk kerjasama seperti penyelidikan bersama,pendidikan,latihan dan pembangunan graduan untuk bekerjasama dalam perancangan program ini.
Pada peringkat permulaan,Program Science @ Alor Setar ini akan memberi tumpuan kepada 3 kategori pendidikan iaitu
1. Pengajian Pendidikan Jarak Jauh - bagi merealisasikan budaya pengajian sepanjang hayat dan pembelajaran kendiri.
2. Pusat Inovasi Dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA) - bagi menggalakkan inovasi dan produktiviti dalam pentadbiran awam.
3. Pusat Inovasi Komuniti - bagi menggalakkan inovasi untuk aktiviti perdagangan setempat atau perniagaan.


InSyaAllah melalui Program Science @ Alor Setar ini mampu melahirkan graduan yg berpengetahuan serta menghasilkan pekerja yg berpengetahuan dan mahir sekaligus meningkatkan produktiviti. Program ini juga akan menyokong Sektor Industri di Kedah terutamanya bagi inisiatif baru seperti Rubber City,Tapak Arkeologi Merbok dan Taman Teknologi Sains Kedah.
Tahniah buat YAB Dato' Seri Ahmad Bashah selaku MB Kedah yg berusaha bersungguh2 bagi merealisasikan AKUJANJI yg dibuat oleh Barisan Nasional pada pru13 lepas menjadi realiti. Terima kasih juga buat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yg menjadi pendorong dan penyumbang kos program. Juga sekalung tahniah buat pihak USM yg turut sama menjadi pelaksana program dan menyumbang kos program. Rakyat Kedah harus mengambil peluang keemasan ini!

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post