Jika dilihat kepada puak penentang kerajaan termasuklah mereka yang cukup taksub kepada Tun Dr Mahathir, pelbagai cara dan helah mereka lakukan untuk menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib dan kerajaan. Pelbagai helah mereka lakukan termasuk menyebarkan fitnah-finah liar kepada Datuk Seri Mohd Najib seolah-olah mereka sudah tidak terikat lagi dengan hukum hakam agama.
Harus diingat, mungkin pada mulanya Allah mengizinkan sesuatu fitnah berkenaan disebarkan. Namun dengan kuasa Allah jualah segala jenis fitnah berkenaan akan dihancurkan sebaik sahaja Allah mengangkat kebenaran mengatasi yang batil.
Allah S.W.T telah menjanjikan kemenangan akan sentiasa berpihak kepada pihak yang benar walaupun ada ketikanya, fitnah berjaya meracuni fikiran. Allah juga benci kepada perjuangan yang berasaskan fitnah dan menjanjikan mereka ini dengan neraka jahanam. Atas sebab itula...
1) Allah memberi "kematian" kepada Pakatan Rakyat sebelum berlakunya Pilihan Raya Umum ke14.
2) Allah memberi kematian yang cukup tragis kepada mereka yang menghina undang-undang syariah dan memperkotak katikkan Islam iaitu Karpal Singh
3) Allah menunjukkan kebenaran kepada Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan memenangkan Felda Golden Ventures (FGV) dalam kes saman fitnah Wan Azizah terhadap FGV
4) Allah menunjukkan kebenarannya apabila Nurul Izzah kalah dalam saman fitnahnya terhadap Datuk Seri Raja Nong Chik ketika PRU13 di Parlimen Lembah Pantai. Malah, Nurul Izzah sendiri mengakui beliau memfitnah Raja Nong Chik dan meminta maaf secara terbuka
5) Allah telah membukakan hati para ulama dan pemimpin PAS untuk memisahkan diri drngan perjuangan yang didukung oleh PKR, DAP dan PAN.
6) Allah telah menggagalkan usaha PKR Sabah yang telah mengambil hampir RM500 juta wang hartanah rakyat Sabah dengan dibuktikan bersalah di mahkamah
7) Allah telah menunjukkan kebenaran dengan menyumbat sekali lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi ke penjara atas kesalahan liwat. Andai ada yang mengatakan Anwar adalah mangsa politik, barisan peguambelanya sendiri mengakui Anwar melakukan seks songsang ini atas alasan suka sama suka.
8) Allah bukakan pekung penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan tuduhan rasuah di mahkamah
9) Allah telah beri kehinaan kepada Rafizi Ramli dan PKR di mahkamah di atas fitnah mereka terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika mereka begitu sibuk melakukan konspirasi Langkah Kajang.
10) Allah tiupkan kesedaran di hati rakyat dengan memberi kekalahan teruk kepada Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak dan dua Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini.
11) Allah tiupkan ketakutan akan kekalahan di hati pemimpin Pakatan Harapan sehingga mereka batalkan hasrat untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri di Pulau Pinang.
12) Allah tiupkan kesedaran di hati mahasiswa dan memberi kekalahan teruk kepada kumpulan beraspirasikan Pakatan Harapan dengan tewasnya kumpulan ini di semua Pilihan Raya kampus/universiti.
13) Allah tiupkan kebencian di hati rakyat sehinggakan BERSIH 4 gagal akibat di boikot majoriti orang Islam. Sebelum ini, NGO BERSIH mendakwa, mereka akan mengumpulkan satu juta peserta dalam demi ini. Namun jumlah kehadiran dicatatkan hanyalah sekitar 20 hingga 20 ribu orang di seluruh negara
14) Allah tiupkan kerungsingan, ketidak percayaan,hasad dan dengki di hati pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sehinggakan mereka sentiasa bertelagah sesama sendiri pada setiap kali pilihan raya serta sebarang keputusan sehingga menyebabkan kedudukan mereka sentiasa berantakan.
15) Allah telah memesongkan hati pemimpin yang berhati busuk sehingga mereka terpaksa menjilat semula ludah mereka untuk bersekongkol dengan pemimpin pembangkang hanya dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan dan Datuk Seri Mohd Najib.
Kesemua ini adalah membuktikan bahawa Allah amat benci kepada fitnah dan pendustaan. Harus diingat, sekuat mana fitnah dan kebencian yang cuba ditanam dan dihasut kepada rakyat, semakin kuatlah Allah mematahkan setiap fitnah dan kebencian itu.
Tanya pada diri sendiri, siapa kita untuk menentang kehendak Allah? Adakah halal bagi umat Islam menjatuhkan pemimpin yang menggalakkan penyebaran Islam di muka bumi? Adakah halal bagi umat Islam menentang pemimpinnya yang sentiasa taat kepada Allah?
#MuafakatKedah