Kerajaan BN Kedah Tetap Membela Nasib Rakyat Tanpa Mengira Kaum Dan Fahaman.


Hari Ini berlangsung Majlis Penyerahan Cek Kerajaan Negeri Kedah Kepada 3 Buah Sekolah Menengah (Persendirian) Cina Kedah yg disampaikan oleh YAB MB Kedah Dato' Seri Ahmad Bashah sendiri di Aras 1 Blok A Wisma Darulaman.
Sumbangan sebanyak Rm50, 000 bagi setiap buah sekolah iaitu
1. Sekolah Menengah Sin Min (Persendirian) Alor Setar.
2. Sekolah Menengah Keat Hwa (Persendirian) Alor Setar.
3. Sekolah Menengah Sin Min (Persendirian) Sungai Petani.

Saya berharap sumbangan itu dapat membiayai sebahagian perbelanjaan sekolah itu dan kerajaan negeri akan terus menyokong pembangunan sekolah-sekolah berkenaan demi pendidikan anak-anak.
Syabas juga kepada tiga sekolah berkenaan yang telah berjaya melahirkan ramai pelajar yang pintar dan berjaya.



Untuk makluman semua, ketiga2 buah sekolah ini sebelum ini tidak pernah menerima sumbangan bantuan daripada Kerajaan Negeri Kedah.



Antara tetamu yg turut sama hadir dalam majlis bersejarah ini ialah
1. YB Leong Yong Kong EXCO Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan Negara, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Masyarakat Cina,India dan Siam Negeri Kedah.
2. En. Ch'ng Chuwb Leong Pengerusi Persatuan Lembaga Sekolah2 Cina (Dong Lean Hui) Kedah.
3. Dato Ooi Eng Hian SU Badan Perhubungan MCA Kedah mewakili MCA Kedah.
4. En. Wee Kal Wah Naib Pengerusi GERAKAN Kedah mewakili GERAKAN Kedah.
5. Dato Cheng Lai Hock Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kedah.
6. En Loo Tung Hua Pengerusi Lembaga Pengurus Sek Men Sin Min Alor Setar.
7. En Chang Kong Foo Timbalan Prngerusi Lembaga Pengurus Sek Men Keat Hwa Alor Setar.
8. En Wonh Chee Chai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurus Sek Men Sin Min Sungai Petani.
9. Dato Tan Kok Hooi Penasihat Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Kedah dan mantan Ahli Parlimen Padang Serai.
10. Dato Sunny Hoe Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kedah.
11. Tuan Haji Mohd Shahadan Abdullah Timbalan Pengarah Tanah Dan Galian 1 Kedah.
12. En Armishah Siraj Ketua SU Sulit kpd YAB MB Kedah.

#MuafakatKedah



SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post