Jumlah dagangan Malaysia sekitar RM1.7 trillion tahun lepas


Jumlah dagangan Malaysia tahun lepas setakat November mencecah RM1.62 trillion, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Katanya lagi, jumlah eksport sekitar 11 bulan tahun lalu ialah lebih kurang RM856 billion manakala RM776 billion jumlah import.

Rakan dagangan eksport terbesar Malaysia ialah China dimana Malaysia mengeksport barang dagangan bernilai lebih RM114 billion, diikuti Eropah dengan RM87 billion, Amerika dengan RM82 billion dan Jepun dengan RM68 billion.

Antara barang dagangan paling tinggi ialah barangan elektrik dan elektronik dengan RM314 billion, petroleum RM66 billion, bahan kimia RM62 billion, produk minyak sawit RM50 billion dan mesin RM37 billion.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post