PM Najib Ziarah Penoreh Dan Sampaikan Bantuan BARAKAH


POKOK SENA - YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa menziarahi dan menyampaikan Kotak Bantuan Rakyat Kedah (BARAKAH) kepada penoreh getah, Mansor Salleh, 60 di sini hari ini.

Beliau tiba kira-kira pukul 4 petang dengan diiringi YAB Menteri Besar, Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Yang turut mengiringi beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, YB Datuk Ahmad Lebai Sudin.



Dalam lawatan tersebut, beliau sempat meninjau keadaan rumah milik penoreh tersebut.

Selepas menyampaikan sumbangan, Najib bergerak ke Dataran Keda untuk hadir program bersama rakyat sempena bantuan musim tengkujuh kepada pekebun kecil.

Terdahulu, Najib meluangkan masa hampir sejam meninjau Loji Rawatan Air Pokok Sena yang bernilai RM68 juta yang dijangka siap 15 November ini.

#MuafakatKedah






SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post