ALOR SETAR - YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri perjumpaan tertutup bersama kepimpinan kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Beliau hadir pukul 11.05 pagi diiringi YAB Menteri Besar, Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din.
Turut hadir barisan Exco, ketua-ketua jabatan persekutuan dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Admin difahamkan, antara mesej dan penekanan dalam perjumpaan selama satu jam itu adalah perlunya penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di samping melaksanakan agenda pembangunan yang dirancang untuk manfaat rakyat.
Sebaik tamat perjumpaan itu, YAB Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar bergerak ke Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini untuk mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 7,000 penjawat awam negeri ini dan pemimpin masyarakat.
Berucap lanjut beliau menyeru agak penjawat awam di peringkat negeri dan pusat bersatu hati bagi melaksanakan setiap dasar dan perancangan disediakan kerajaan.
“Inilah kerajaan kita pegawai kerjaan mesti bersama-sama kerana apa yang dibentangkan penting untuk dilaksanakan,” katanya.
Beliau juga dijangka menerima kunjungan hormat Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid Abdul Aziz Al-Faleh di sini petang nanti.
Perdana Menteri melakukan lawatan kerja sehari ke negeri ini dengan menghadiri jadual padat bermula dari pagi hingga malam.
#MuafakatKedah