
Orang Utara dijemput datang ke Jelajah Beautiful Terengganu 2017 bertempat Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai , Pulau Pinang bermula hari ini (4 Ogos 2017) sehingga ke 6 Ogos 2017.
Program ini memberi peluang kepada masyarakat di Koridor Utara Semananjung untuk melihat, merasai , mengalami dan menikmati sendiri keunikkan produk, destinasi pelancongan dan menonjolkan juga kekuatan seni , budaya dan warisan yang terdapat di Negeri Terengganu.
Pelbagai aktiviti yang menarik menanti pengunjung sepanjang 3 hari program ini berlangsung seperti demostrasi mencanting batik , tenunan songket tradisional , permainan tradisional , pertunjukan fesyen batik , masakkan makanan dan kuih tradisional Terengganu.

Selain dari itu persembahan kebudayaan juga dibawa untuk tontonan seperti tarian Ulik Mayang , Rodat , Gamelan , lagu – lagu tradisional dan tarian – tarian daerah yang terdapat di negeri Terengganu.
Pengunjung juga boleh membeli produk usahawan makanan terbaik dan unik yang dibawa seperti keropok lekor , Nasi Dagang , rempah ratus masakan Terengganu , makanan frozen ( Kayu Keramat dan karipap ikan) , anika kuih muih , kek , kerepek dan juga minuman.
Datang ramai -ramai bawa seisi keluarga untuk kenali Terengganu di Jelajah Beautiful Terengganu di Mydin Bukit Mertajam dari 10 pagi sehingga ke 10 malam.









