Pakatan Harapan Bakal Berkubur Dengan Politik Desprado Mahathir - Shaiful Hazizy

Imej yang berkaitan

Pemilihan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) akan mencelarukan lagi parti-parti dalam gabungan pembangkang itu. Struktur kepimpinan baharu Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan hancur dan rebah kerana kecelaruan yang bakal dibawa oleh Presiden serta ahli keluarganya sendiri.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkeyakinan sifat desperado Dr. Mahathir yang tidak konsisten dengan kerap membuat 'pusingan U' akan membawa padah kepada struktur kepimpinan baharu PH itu.


Kegagalan menamakan calon Perdana Menteri yang sebenar jika pakatan menang Pilihan Raya Umum kelak, membuktikan mereka masih berprasangka buruk antara parti-parti dalam pakatan itu, kata Shaiful Hazizy dalam satu kenyataan media semalam..

Beliau yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia mengulas mengenai pelantikan Dr. Mahathir sebagai pemimpin utama untuk menerajui PH bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua umum dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden gabungan itu Khamis lalu.

"Kemungkinan Datuk Seri Anwar untuk menjadi Perdana Menteri amat tipis memandangkan beliau berada di dalam penjara dan faktor umur.

Cadangan untuk mewujudkan calon 'Perdana Menteri Transit' ataupun Perdana Menteri sementara adalah bukti belum wujud kata sepakat antara komponen pakatan pembangkang itu," katanya lagi.

Kata beliau, Pemuda UMNO Kedah juga yakin DAP akan terus kekal sebagai 'broker paling berkuasa' dalam pakatan itu walaupun Anwar dan Wan Azizah masing-masing dilantik sebagai Ketua Umum dan Presiden gabungan itu.

"Kami turut meragui komitmen pakatan tersebut untuk membebaskan semua tahanan politik di mana ramai pihak maklum, Dr. Mahathir di era kepimpinannya telah menggunakan kuasa termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap musuh-musuh politiknya, " kata Shaiful Hazizy.

Beliau juga menyifatkan PH sudah kehabisan peluru apabila terus menggunakan isu 1MDB dan isu kos hidup rakyat untuk menyerangkan kerajaan BN sedangkan perkara itu telah ditanggani oleh pemerintah.

"Pemuda UMNO Kedah yakin kegagalan Pakatan Harapan yang masih gagal menamakan calon Perdana Menteri realistik membuktikan bahawa masih wujud pra-sangka dan ketidak percayaan politik di antara satu sama lain.

"Umum sedia maklum bahawa kemungkinan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri adalah begitu kecil kerana faktor masih berada di dalam tempoh hukuman dan umur.

Hasil carian imej untuk shaiful hazizy zainol abidin

"Kita juga yakin kewujudan 'Perdana Menteri Transit' menunjukkan belum wujud konsensus yang serius diantara komponen PH sendiri, sifat 'desperado' Tun M bawa padah dalam hierarki baru PH," tegas Shaiful.

Shaiful turut mengulas pengumuman struktur kepimpinan baharu Majlis Presiden PH pada Khamis yang menamakan Anwar sebagai Ketua Umum, Dr Mahathir sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, ia dipegang bersama Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

Dalam pada itu tegas Shaiful, PH seharusnya menunjukkan imej kestabilan dan persefahaman bayangan kerajaan alternatif yang baik kepada rakyat dan pada masa memberi keyakinan kerajaan alternatif tidak akan goyah serta mampu menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan.

"Kita yakin DAP kekal menjadi 'Broker Kuasa' paling berpengaruh di dalam Pakatan Harapan. Persetujuan untuk tetap meletakkan Anwar sebagai Presiden dan pada masa yang sama Dr Mahathir sebagai Pengerusi hanyalah untuk 'membeli' keyakinan politik Melayu bagi PRU yang akan datang.

"Kita yakin sekiranya PH menjadi kerajaan, DAP akan menjadi pembuat keputusan yang paling berpengaruh. Inilah keputusan politik yang paling rapuh dibuat oleh PH.

Imej yang berkaitan

"Mereka seharusnya mengakui bahawa isu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri Pakatan Pembangkang masih menjadi pertikaian utama," tegasnya.

Katanya lagi, PH juga tidak sama sekali menunjukkan imej sebuah kerajaan yang stabil dan mampu mengemudikan pentadbiran dengan baik.

"Kalau di negara-negara lain, parti pembangkang pada waktu ketika ini sudah ada siapa calon perdana menteri dan calon menteri kabinet bersama portfolio-portfolio tertentu.

"Namun, Pakatan Pembangkang sendiri kini masih di peringkat membincangkan isu pembahagian kerusi yang sama sekali masih belum diselesaikan," jelasnya.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post