Mukhriz Perlu Fasih Politik Dan Ekonomi


Faktor bekas Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir digugurkan iaitu kegagalan mentadbir negeri, tidak boleh menyatupadukan parti serta tidak setia kepada kepemimpinan dan parti menjelaskan bahawa beliau kurang fasih politik serta ekonomi.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan juga membuktikan bahawa Mukhriz bukanlah seorang Menteri Besar yang mampu memberi impak besar terhadap negeri seperti yang diharapkan.
“Hakikatnya ekonomi negeri Kedah mencatatkan pertumbuhan tidak memberangsangkan sepanjang tempoh lebih dua tahun beliau mentadbir Kedah di mana rizab kewangan serta kutipan hasil kerajaan negeri merosot.

“Ini adalah fakta yg tidak boleh dinafikan, kelebihan Kedah pada dasarnya mempunyai kerajaan yg sama dengan Pusat tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya,” katanya di sini hari ini.
Tambah beliau, tindakan beliau yang dilihat tidak bersama-sama pucuk pimpinan amatlah mengecewakan malah ia menyusahkan proses urusan kerajaan dan Pusat.
“Banyak pihak dan golongan muda di negeri ini, tidak tahu mengetahui fakta itu sehingga mereka terpengaruh dengan permainan persepsi yang dimainkan oleh beliau dengan adegan hanya pandai berswafoto sahaja,” katanya.
Tambahnya, Pemuda UMNO Kedah pada dasarnya melihat Mukhriz tidak berminat untuk berkhidmat dan meningkat ekonomi negeri tetapi lebih menumpukan terhadap populariti dan imej peribadi semata-mata.

Sumber : UtusanOnline

SHARE THIS

Author: