MANFAAT EKONOMI DIKETEPI, GADIS SEKSI DIPEDULI...

Hasil carian imej untuk ISU DI AMAN SENTRAL

1. Kompleks beli belah Aman Central tersenarai antara 10 yang dinamik di Asia Pasifik. Nilai jualan dan transaksi bulanan antara 32-34 juta dengan jumlah pengunjung 150 ribu secara purata setiap bulan.

 2. Pada 19 Mei yang lalu YAB MB Kedah telah dijemput untuk melancarkan Bazar khas menjual pakaian dengan penglibatan ikut serta 15 orang pengusaha jenama tempatan dan selebihnya pengeluar jenama yang sudah dikenali ramai.

3. Timbul isu berkenaan sisi gambar latarbelakang majlis yang dianggap tidak sesuai konon memapar imej Islamik namun ada beberapa gadis yang berpakaian menjolok mata.

 4. Dua isu teras berbangkit disini. Pertama pihak pemilik kompleks berkenaan mengadakan bazar jualan baju bukan semata mata sempena sambutan Ramadhan atau jualan untuk Hari Raya. Namun kemeriahan sambutan Ramadhan dimanfaatkan kerana sudah menjadi satu strategi perniagaan bagi mereka melihat potensi yang ada.

5. Keduanya tema majlis tersebut yang disusun oleh penganjur bertemakan colourful diversity of Middle East. Maka ternampaklah akan beberapa gadis yang berpakaian ala padang pasir dan dalam hal ini pihak penganjur sudah pun memohon maaf kepada pihak pejabat YAB MB.

6. Dari sisi yang lebih luas, isu isu kontroversi yang diangkat ini seakan menutupi usaha holistik menjana ekonomi yang sedang digerakkan kerajaan negeri.

7. Contohnya sudah ada 5 buah hotel besar yang menjadi tumpuan pelancong antarabangsa di Langkawi menganjurkan pakej sehari ke Alor Setar melawat heritage trail dan membeli belah di Aman Central.

8. Ini amat sesuai kerana dari sejumlah 3.7 juta pelancong ke Kedah lebih 65% adalah dari luar dengan tumpuan ke Langkawi.8. Maka dengan sasaran 5 juta pelancong pada tahun ini adalah diharapkan tanah besar di Alor Setar turut menjadi destinasi tarikan.

9. Dengan demikianlah kenapa beberapa ikon pelancongan dinaik taraf seperti Dataran Medan Bandar dengan kos RM9 juta dan Wisma Negeri lama atas plan perancangan BPEN akan dinaiktaraf menjadi Hotel warisan dengan Pekan Rabu yang baru bernilai RM85 juta, Menara Alor Setar dan Aman Sentral sendiri akan dihubungkan melalui laluan pejalan kaki berbumbung.  
    
10. Lantaran itu tidak seharusnya, usaha murni yang menatijahkan manfaat ekonomi yang besar kepada rakyat dan ekonomi negeri ditutupi dengan kelemahan dan sikap kurang sensitif penganjur yakni Aman Central yang menganjurkan Bazar jualan pakaian dan telah menjemput YAB MB selaku perasminya.  

11. Isu pakaian juga jangan dijadikan sentimen hipokrit di kalangan kita kerana saban hari di pusat membeli belah kita sering melihat ramai yang bukan Islam mahupun yang Islam berpakaian menjolok mata.
               
12. Melainkan dikeluarkan satu peraturan khusus semua pelanggan di kompleks membeli belah perlu berpakaian sopan menutup aurat baik Islam mahupun bukan Islam maka kemungkinan isu isu dibangkitkan ini tidak timbul lagi dimasa hadapan.

SHARE THIS

Author:

Previous Post
Next Post