Lebih melucukan terdapat tindakan nakal di kalangan mereka yang membuat provokasi dengan meletakkan pelekat logo PPBM di kenderaan rasmi UMNO.
Menurut Annuar, sikap sebegini adalah satu perkara biasa memandangkan UMNO hadir di kawasan yang diwakili oleh Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
“Ini perkara biasa sebab kita datang di kawasan Datuk Seri Mukhriz. Mungkin mereka melihat ini sebagai satu ancaman kepada tempat yang dianggap sebagai kubu mereka.
“Tapi bagi saya tak ada masalah…,” ujar Tan Sri Annuar Musa.
Mengulas mengenai perjumpaan santai bersama penduduk di Jerlun pula Annuar berkata, program ini membuka peluang untuk UMNO melihat sentimen di sini sekaligus meninjau sejauh mana sentimental engagement yang ada.
“Saya gembira kerana rata-rata masih lagi mempunyai sikap sayangkan parti dan menunjukkan sikap positif serta keterbukaan mungkin kerana pemimpin akar umbi yang terus menjalankan tanggungjawab dengan baik.